actions speak louder than words

Saturday, November 08, 2008

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 08, 2008 in , | No comments

Baru 2 hari lepas, "madrasah" saya mengadakan majlis redha ilmu, yg diadakan setiap tahun untuk pelajar yg nk ambk PMR, SPM & STPM. ini kali ke 3 sejak saya berkhidmat di sini (kalau x silap). matlamatnya jelas (sesuai dgn nama majlisnya) tp pengisiannya kabur. bukan memperlekehkan warga kerja penganjuran majlis, (kerana panitia saya yang mengambil alih pengurusan majlis sepenuhnya dari unit bimbingan&kaunseling) ttp urutan majlis amat-amat mengecewakan saya sendiri sebagai "rais al-majlis".

Ini kerana penglibatan guru2 amat mendukacitakan. tambahan pula pelajar segelintirnya memandang remeh & lekeh (debek dlm lahjah kelantan) ttg maqasid majlis ini. jd pertembungan negatif antara ketidakpenglibatan (mgkn tata bhasanya salah) guru dan andaian pelajar, memungkinkan maqasid majlis tidak tercapai sepenuhnya. dlm ucapan ringkas saya mewakili guru2 yg mngjr t5&6Ats, saya mnyentuh byk perkara ttg kepentingan barakah dlm menuntut ilmu, dgn harapan ank didik tercinta terkesan dgn teguran, nasihat dan pengharapan yg mnggunung dlm diri saya & guru2 lain ke arah menggapai kejayaan dunia dan akhirat.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter