actions speak louder than words

Sunday, November 02, 2008

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 02, 2008 in , , | No comments

Lega bila menatap berita di dada akhbar tentang pengharaman pengkid, dimana Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23.10.2008 di Kota Bharu telah memutuskan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Berikut ulasan yang dipaparkan oleh Berita Harian :

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan. Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis. ‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (bekas guru saya di SMKA Falahiah, Pasir Pekan)

Tahniah di atas usaha murni ulamak2 ke arah Amar Ma`ruf Nahi Mungkar, saya sentiasa menantikan fatwa mengenai pinjaman untuk menunaikan haji???


Artikel ini mungkin boleh membantu.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter