actions speak louder than words

Saturday, December 29, 2012

Posted by yuss yusoff on Saturday, December 29, 2012 in , | No comments
Salam, 

Alhamdulillah tepat jam 9.45 pagi 22.12.2012 isteri saya telah selamat melahirkan anak ketiga kami degan LSCS (caesarean) di INS Specialist & Maternity Centre Alor Setar bawah seliaan Dr. Annuar Husainy. Anak lelaki. Kalau diikutkan tarikh itu awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Namun atas sebab yang tak dapat dielakkan dan atas nasihat doktor ianya terpaksa diawalkan.

Pengalaman dua kali menemani isteri di labour room penuh dengan ketenangan, kali yang ketiga inilah saat2 yang paling mendebarkan...

Walaupun bermacam dugaan semasa dalam kandungan, namun akhirnya berjaya juga 'dia' menjengah dunia.  Syukur. Sedikit ringan berbanding kakak dan abangnya dengan berat 3.65 KG, HC 35cm dan LT 45cm.Biarlah apa yang penting selamat. 

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter