actions speak louder than words

Friday, September 28, 2012

Posted by yuss yusoff on Friday, September 28, 2012 in , , | No comments
Hujan renyai2 26 September (Rabu) yang lepas tidak menghalang Unit 3K SMSKP menjalankan 'firedrill' untuk tahun ini. Walaupun sepatutnya semua warga sekolah berkumpul di padang, namun kerana hujan, lokasinya beralih ke Dewan Bitara. 

Walaupun berubah lokasi, catatan masa bawah 5 minit yang dilakukan oleh warga SMSKP masih lagi berada dianggap berada dalam 'zon selamat'. Warga SMSKP telah di'taklimat'kan dengan jenis2 kebakaran, punca dan cara memadamkannya. Sebahagian guru dan pelajar juga telah didedahkan dengan praktikal memadamkan beberapa jenis kebakaran menggunakan alat2 yang betul.

Program yang dilaksanakan dengan bantuan En. Khairul yang saya anggap 'familiar' dalam bab2 latihan kebakaran dan kecemasan di sekolah-sekolah di Kubang Pasu ini berlangsung dengan jayanya. Semoga peristiwa 'koperasi terbakar' suatu masa dulu menjadi pengajaran dan iktibar untuk semua warga SMSKP mempersiapkan diri dengan ilmu 'fire drill'. 

Kesimpulannya jangan lagi saja2 bermain2 dengan alat pemadam api!


 





0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter