Bila dapat khabar NKI pada tahun ini diadakan di SM Sains Sultan Iskandar Mersing Johor, saya terus-terusan berhajat untuk menghadirinya. Berkebetulan pula sudah agak lama saya tidak menyertai NKI ini, seingat saya kali yang terakhir pada 2005 semasa saya bertugas di SBP Integrasi Mersing dulu (SM Sains Sultan Iskandar sekarang) dan berpindah ke sekolah harian sehinggalah kembali semula ke SBP 3 tahun lepas.
Rasa teruja untuk mengalami suasana NKI selepas hampir 7 tahun meninggalkannya semakin meninggi. Adakan penganjurannya masih hebat seperti dulu? Adakah perubahan hattta pembaharuan?
Kepenatan mengharungi perjalanan ke Mersing selama hampir 14 jam dengan jarak hampir 800 KM seakan hilang apabila melihat bumi Mersing dan SMSSI. Ah sungguh menggamit kenangan. Tak terucap rasanya dengan kata. Biar pun terhingguk2 bas melalui jalan Kahang-Mersing.
Rupanya SMSSI sudah jauh mengalami perubahan, tapi apa yang pasti sahabat-sahabat lama (warga SMSSI) tetap kekal sebagai sahabat. Disambut mesra dengan sapaan dan gurauan, berkongsi cerita suka duka, mengimbau kenangan, membanding beza zaman 04/05 dengan sekarang, terlalu banyak untuk dibualkan. Saya sangat kagum dengan pencapaian SMSSI. Syabas!
Selama 4 hari bernadwah , perasaan saya lebih kepada mengingat 'jalan-jalan' yang saya digunakan untuk menapak naik ke kelas 4 ittihad, 4 Itqaan, 5 Ittihad, 5 Itqaan. Bilik Muzik dan Bilik Disiplin yang dibawah jagaan saya. Surau, menapak tangga ke blok Asrama Raudhah. Menjenguk ke bilik guru siapa yang menghuni meja saya. Ustaz rupanya.
Malam Tautan Ukhwah sekali lagi mengimbau kenangan lama saya, bersua muka dan berpelukan dengan sahabat lama saya Syeikh Shahrul Rizal dan berkongsi bermacam cerita, sekalung tahniah untuknya yang semakin berjaya dengan qasidah (khabarnya baru selesai bersiaran di TV al Hijrah) dan rakan Husna serta berjaya membuka pondok di Tenggaroh Mersing. Syukran Jazilan juga kerana menghadiahkan saya kitab "Dalail al-Khairat" terbitan terbaharu (Yayasan al-Husna) milik beliau.
Bersua muka juga dengan Ust Wan Nadzri (PPD Kurikulum Mersing), En. Mohd Nor Ghani (Pengarah JPN Johor), En. Maon (Pengetua SMK Tan Sri Abdul Kadir), En. Razak (YDP PIBG SMSSI), Cg. Junaidah (terima kasih atas cenderamata), Cg. Muhaidzar, Cg.Faizah, Cg.Zairi, Cg. Rosnah, Pak Long dll warga SMSSI yang tak tersebut nama walaupun dah meningkat jawatan tapi masih mesra seperti dulu. Paling mengharukan salah seorang staf pembersihan (makcik...malunya saya kerana dah lupa namanya) masih lagi mengenali saya walaupun sudah 7 tahun saya meninggalkan SMSSI.
Namun disebalik kegembiraan rupanya terselit juga sedikit kisah sedih sahabat saya Hasmadi Hamid (SMK A Falahiah), sebak rasa bila tengok orang yang dahulunya ceria dengan gelak ketawa kini muram kerana kencing manis yang teruk sehingga membataskan penglihatan. Ah tawakka 'ala Allah.

0 comments:
Post a Comment