actions speak louder than words

Sunday, May 20, 2012

Posted by yuss yusoff on Sunday, May 20, 2012 in , , , , | No comments
Salam.

Setelah mencuba kali ketiga, akhirnya Kelantan TRW  berjaya juga menggondol Piala FA. Kegagalan pada 2009 dan 2011 sekurang-kurangnya memberi pengajaran berguna buat TRW. Walaupun persembahan final malam tadi, tidak serancak aksi separuh akhir menentang Kedah namun kerahan kudrat semua pemain perlu diberi perhargaan baik di pihak TRW atau Sime Darby U yang ‘parked the bus’.

Keputusan membawa masuk semula M.Ghaddar nampaknya berbaloi walaupun kadang2 gaya individunya lebih menyerlah berbanding semangat 'kekitaan' dalam pasukan. Gol penaltinya minit ke 59 akhirnya menobatkan Kelantan TRW selaku juara baru Piala FA dan selepas 22 tahun menjengah juga piala FA di bumi tanah serendah sekebun bunga.

Seakan 'sudah serasi', piala baharu yang diperkenalkan pada tahun ini yang dibuat di Kelantan, kembali ke 'tanah tumpah darah'nya.Jumpa nanti di piala AFC 2013.

p/s : paling syok tengok : banner & playcard : "Aizuddin Out! Wake up FAM", “Why Always Us”, “FA Cup is ours”, “Gomo Kelate Gomo”. 

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter