actions speak louder than words

Friday, May 20, 2011

Posted by yuss yusoff on Friday, May 20, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Sehari dua ni banyak benar berita gembira. Salah satunya berita gembira bagi hok minat sukan. Terutamanya sukan bola di Kelantan. Suka sangat bila Wira Merah (TRW) berjaya 'merendam' Gergasi Merah (Red Giants) dengan agregat 6-2 sekaligus masuk final Piala FA.

Ada chance 'kelek' piala kedua pulatahun ini. Nampak gaya pasukan pantai timur mula tunjuk taring bisanya!

Lagi suka bila dengar TGNA umum nak buat stadium baharu di Bukit Merbau Pasir Putih dengan kapasiti muatan 40 000 dan harga lebih kurang 159 juta (banyak juga tu).

Tapi biasalah niat baik ni akan sentiasa diragui. Ada yang beralasan lokasi tak sesuai, tak tunai janji-janji dulu (score board elektronik) dsbnya. Tapi apa apa masalah pun mesti ada jalan penyelesaiannya.

Cuma bila dengar 'suara-suara' yang ragu-ragu tentang hajat murni kerajaan Kelantan itu, sekali fikir mungkin ada juga benarnya(terutamanya pasal Komplek Sukan Tunjung), tapi dua kali fikir lebih baik dapat berita dari sumbernya supaya tak jadi fitnah nanti.

Memang la dulu riuh juga, kata nak buat Komplek Sukan di Tunjung tapi setakat la ni senyap jah. Tak tahu la pulak kot-kot tak sampai berita terbaharu, sebab lama sangat dah tak balik negeri ni. Kalau tidak boleh la dengar berita yang benar lagi jelas.

Nampak gayanya kena tanya sahabat saya Fadhil Mahmood (adik YB Fatah Mahmood-Exco Belia Sukan) mesti dia ada cerita benar lagi jelas.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter