GUA MUSANG - Tiga sepupu maut dan tiga parah dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer Tiga Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat tapak Bandar Utama Gua Musang, dekat sini, awal pagi semalam.
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Pegawai Rashid Hussein Bank (RHB) Kuala Lumpur juga pemandu kereta Produa Kelisa, Hasmah Idrus, 28, sepupunya, Shaibah Che Danial, 34, dan yang meninggal dunia di Hospital Kuala Krai, adik Hasmah, Siti Aminah, 22.
Tiga yang cedera parah adik, Shaibah, Syaikhah, 25, menerima rawatan di Hospital Kuala Krai dan suami isteri yang menaiki pacuan empat berusia lingkungan 40 an yang nama mereka belum diketahui.
Kejadian itu berlaku semasa kereta Produa Kelisa yang dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Erah, Kuala Krai untuk pulang ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.
Pemandu kereta, Hasmah dikatakan tersepit di tempat duduk hingga memaksa sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah.
Abang Hasmah, Abdul Wahid Idrus, 30, berkata, mereka pulang ke kampung sejak enam hari lalu untuk majlis kenduri menyambut isterinya dan tidak sangka dalam perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur berlaku kemalangan.
Katanya, beliau sedih sebaik menerima berita mengenai kemalangan itu dan terus bergegas ke Gua Musang bagi melihat keadaan yang sebenar berlaku.
"Apabila tiba di Hospital Gua Musang sah dua adik saya meninggal dunia dan seorang sepupu hingga saya sendiri rasa pilu melihat keadaan mayat mereka yang cedera parah," katanya.
Abdul Wahid berkata, memang pada asalnya mereka hendak bertolak ke Kuala Lumpur lebih awal kerana bimbang dengan sebarang kemungkinan dalam perjalanan waktu lewat malam.
Beliau berkata, disebabkan beliau bersama ibunya, Robiah Mat Daud, 50, pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk melihat seorang lagi sepupu yang sakit terpaksa menunggu mereka pulang dulu.
"Sebaik saya sampai di rumah hampir jam 10 malam, mereka terus bersalam kerana menyatakan telah lewat untuk pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan muram," katanya.
Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, Asisten Superintendan Zakaria Syahadan semasa ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa yang meninggal dunia kerana cedera parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, empat sepupu yang menaiki kereta Produa Kelisa itu dikatakan gagal memotong kenderaan laun sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.
Dua mayat mangsa dihantar ke HGM manakala seorang HKK untuk bedah siasat dan siasatan lanjut mengenai kejadian kemalangan itu masih dijalankan.
p.s : umur Shaibah 24 bukan 34.
nama kampung pun salah Pasir Era bukan Pasir Erah
0 comments:
Post a Comment