actions speak louder than words

Monday, March 28, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, March 28, 2011 in , , | 2 comments
Salam,

Dalam sibuk-sibuk berSMS dengan Nagaliar, tetiba dapat SMS dari adik saya mengatakan Shaikhah dah menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau adalah satu-satunya sepupu saya (dari 4 orang) yang terselamat dalam kemalangan ngeri 21 hb yang lalu. Namun setelah 4 hari berada dalam keadaan kritikal di hospital akhirnya beliau menyambut panggilan Ilahi juga akhirnya.

Nampak gayanya bulan ini penuh dengan berita kematian dalan kamus saya.

Sebetulnya dua hari lepas adik saya sudah mengkhabarkan keadaan arwah di mana doktor telah memaklumkan ahli keluarga kami, peluang untuk Kak Long (gelaran keluarga kami buat arwah Shaikhah) hidup adalah amat tipis walaupun dah diberikan rawatan yang sewajarnya kerana masalah tertentu.

Khabarnya darah sudah memenuhi kepalanya yang mengakibatkan komplikasi yang besar. Sukar dan amat mustahil untuk mengatasi masaalah ini terutamanya bila merujuk keadaan semasa arwah.

al fatihah.


2 comments:

nagaliar said...

Takziah wat ust sekeluarga...semoga almarhuman serta almarhum2 ahlul bait ustz dilimpahi rahmat dialam sane...

semakin kite meniti usia senja...pelbagai dugaan tidak dijangka...inilah kehidupan dunia fana'...

ustyus said...

terima kasih banyak, harapan semoga semua dugaan yang menimpa menjadikan kita lebih kuat dan istiqamah di landasan yang sepatutnya dalam meneruskan hidup

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter