Salam.
Sehari dua gawat sungguh senario politik, baik diperingkat dunia, kebangsaan dan tak terkecuali di kampus.
Tumbangnya Hosni Mubarak rupa-rupanya turut menyemarakkan lagi jiwa-jiwa yang sentiasa segar dengan idea-idea baru (belia) bukan saja disekitar benua Arab dan Afrika akan tetapi turut dirasai di negara kita.
Pilihanraya di Kerdau dan Merlimau yang tak mula lagi pun (6 Mac ini) dah hangat dengan bermacam-macam isu. Namun begitu pilihanraya kampus dikebanyakan IPTA sudah selesai dan keputusannya agak memeranjatkan apabila Pro-Mahasiswa berjaya menawan beberapa kubu kuat Pro-Aspirasi di beberapa buah IPTA seperti UM dan UKM. Mengejutkan.
Tak cukup dengan isu timbul pula berita kehilangan salah seorang calon yang mewakili Pro-Mahasisiwa (yang akhirnya menang kerusi yang ditandingi), mengusung 'keranda', pembatalan kemenangan atau calon di UPM dan campurtangan pihak luar dalam piliharaya kampus pada kali ini.
Teringat semasa saya di UM 1994-1999 dulu, tak ada nama Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa yang ada nama BMB dan NADI. Sengit juga la pertandingan dua pihak ini namun tetap meriah, khususnya di fakulti kami API dan Kolej Kediaman Kedua.
Dulu masa berkempen calon-calon boleh tampal poster macam pilihnraya SPR. Bahkan pensyarah membenarkan calon-calon berkempen dalam bilik kuliah walaupun pada masa itu kuliah sedang berjalan.
Oh pilihanraya, tapi khabarnya lain pula peraturan dan syaratnya sekarang ini, dah tak boleh kempen ramai-ramai (dikatakan antara sebab 6 calon Pro-Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan), tak boleh letak muka calon kat poster dan macam-macam lagi yang dulunya boleh dan jadi tak boleh.
Apakah halangan-halangan ini akan terungkai berdasarkan keputusan yang dibuat oleh mahasiswa-mahasiswa ini? smaa-sama kita tunggu.
Berita berkaitan :
Angin perubahaan pada p'raya kampus
Menang selesa, pro-M UKM masih bantah
200 penyokong pro-M berpesta di UM
P'raya kampus: Pro-M mula dapat pengaruh
Pro-M, Pro-A 'bertempur' di 5 kampus utama

2 comments:
mahasiswa dinegara kite x mempunyai bisa mencorak pemerintahan negara tp semangat juang mrk amat ditakuti leh segelintir pemimpin politik tanahair w/pun AUKU dikuatkuasakan sbb...
1. jatuhnye soeharto sbb reformasi mahasiswa...
2. Tersingkirnye ramai pemimpin ortodok ala firaun ditimur tengah pun sebab disebalik tabir adanye kebangkitan mahasiswa...
kaji balik AUKU dan serahkan kuasa kepada yang berhak adalah langkah terbaik
Post a Comment