actions speak louder than words

Tuesday, August 17, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, August 17, 2010 in , , | 2 comments
Salam.

Sebenarnya hari ini merupakan di antara hari-hari yang bersejarah dalam hidup saya. Hari ini 17 Ogos merupakan Hari Ulangtahun Pertama anak kedua (lelaki) saya. Rasa baru sambut dia di bilik bersalin Pusat Rawatan Mahsuri Jitra, tapi hari ini dah genap setahun umur dia. Pusat Rawatan Mahsuri pun dengar ceritanya dah tutup atas sebab pengurusan dan teknikal. Teringat lagi pengalaman pahit manis sambut dia.

Saya letak nama dia Afnan Dzikri : semoga dia akan sentiasa diingati dalam suasana yang indah!. Insyaallah. Hari ini Alhamdulillah, dia sihat (walau suatu ketika diagnosisi dengan thalassemia di PMC dulu). La ni dia cukup cergas, 'buas'-kata oghe Kelate : payah nak pegang. Baru nak bertatih berjalan. Tengah mabuk kasut.

Bila isteri saya bagitau dia nak beli beberapa keperluan di Alor Setar untuk sambutan hari lahir si kecik ni, saya mengiyakan saja. Sedia la apa pun saya tak kisah sangat. Kakaknya (Damia Amirah) dulu pun kami beli kek sambut anak-beranak je. Bersyukurla dengan rezki yang Allah bagi.

Lagipun sepanjang hidup, saya tak pernah sambut hari lahir, apatah lagi meniup lilin di kek. Orang kampung katakan. Tapi andai kata saya duduk di bandar sekalipun saya tetap tak akan tiup lilin. Tak minat. Ada la 'saing-saing' sekolah menengah, universiti dan tempat kerja dulu rai : bagi hadiah dan belanja makan di kantin dan kedai makan. Itu sahaja. Tak lebih dari itu.

Rasa takut sebenarnya bila tengok anak membesar di hadapan kita, tambah pula dengan banyak berita-berita yang tak sedap di dengar la ni (anak perempuan khasnya) Bila dah jadi ayah barulah kita faham kenapa mak ayah kita dulu 'bekeng' sangat dengan kita. Cukup tegas dalam benda-benda yang kita anggap remeh. Tiada tolak ansur dalam banyak perkara. Nah! bila dah jadi ayah terjawab la semuanya. Tugas dan tanggungjawab.

Sebenarnya saya cukup kagum dengan Ustazah Maimunah (SMK Derma) dan suaminya Ustaz Abdullah (JPN Perlis) kerana berjaya mendidik anak-anak berjaya dunia akhirat : hebat baca Quran, azan, hafazan, adab pun bagus, belajar pun bijak.

Cikgu Dahasry (SMK Derma) pun sama, anak-anak semuanya berjaya. Bijak dalam akademik (baru baca berita anak dia dapat ke Beijing) . Nampaknya saya yang muda dan cetek ilmu ni kena mengadap balik ke Derma minta ilmu, tunjuk ajar dan petua macamana nak didik anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Nampak gaya kena khatam buku 'tarbiyyat al-awlad' lagi sekali ni.

2 comments:

monmon™ said...

comelnya anak ustaz.
=)

ustyus said...

syukran.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter