actions speak louder than words

Saturday, July 24, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, July 24, 2010 in , , | No comments
Salam.

Sudah menjadi lumrah manusia, khususnya orang Islam dari sejak awal sejarah pembinaan kerajaan dan tamadun, mempunyai persepsi yang cukup berbeza tentang sesuatu perkara. Samada perkara itu telah wujud sejak azali lagi atau bersifat mendatang lagi baharu.

Ambil contoh penerimaan manusia tentang hujan. Jika dilihat dari sudut peringkat umur inya boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa :
  1. Kanak-kanak apabila turunnya hujan akan merasakan ianyaa mat bertuah dan beroleh keberuntungan yang besar kerana dengan turunnya hujan mereka akan dapat bermain sepuas-puasnya di tengah-tengah padang, paling tidak pun 'seloghe' atap rumah masing-masing. Betapa untungnya jika hujan.
  2. Remaja pula melihat hujan itu sebagai satu penghalang kepada banyak pergerakan untuk melaksanakan akiviti-aktiviti mereka. Bagi pemain bolasepak, sepaktakraw, bola tampar dan sebagainya sudah tentu berdukacita kerana hujan telah menyebabkan gelanggang mereka becak dan basah. Betapa ruginya jika hujan.
  3. Dewasa pula menganggap ianya satu tuah, khususnya bagi mereka yang berkebun dan bertani yang tanahnya kering kontang dek tiadanya hujan, namun begitu jika hujan berlebihan pula 'pak tani' ini akan gundah hati takut-takut hujan akan meneggelamkan kebun-kebun mereka. Betapa untung dan ruginya jika hujan.

Contoh di atas hanya sebagai perumpamaan, namun perselisihan ini sebenarnya wujud dalam kontek kehidupan yang lebih besar pada hari ini dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besarnya, khususnya perihal politik, sosio-budaya, ekonomi dan sebagainya. Sehinggakan perbezaan pemahaman, penafsiran dan pendapat ini menyebabkan timbulnya bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Betapa ruginya kita kerana kita tidak mahu membina dan mengangkat darjat akal-fikiran kita sedikit kehadapan supaya ianya mengatasi kelemahan yang sedia wujud pada akal iaitu berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Bersegeralah kita berganding bahu menarafkan perbezaan dan persisihan yang wujud supaya ianya menjadi satu hikmah yang besar lagi berguna untuk kehidupan kita di dunia yang fana dan akhirat yang abadi. Sama-sama kita renungkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 216 (walaupun penurunannya berkisar pada kisah perang dan jihad boleh juga kita lihat dari sudut 'jihad' lain dalam kehidupan seharian) yang bermaksud :

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Wallahua'lam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter