actions speak louder than words

Tuesday, July 13, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, July 13, 2010 in , , | No comments
Salam.

Perkataan jahil jika diungkapkan secara bersemuka, amat tidak disukai oleh kebanyakan dari kita, walaupun sesetengah dari kita tidak memahami dengan jelas maksud sebenar jahil. Sesetengah yang lain pula begitu sensitif bila diungkapkan perkataan bodoh tapi agak bertoleransi bila dikatakan jahil. Walaupun dasarnya jahil itu membawa maksud bodoh dan tidak tahu.

Jika masyarakat Arab Jahiliyyah difokuskan kejahilan mereka kerana ketidakpatuhan kepada keEsaan Allah SWT, namun mereka tetap cemerlang dalam banyak bidang ilmu kehidupan antaranya seperti perniagaan dan kesusasteraan.

Akan tetapi masyarakat kita nampaknya menguasai segenap ceruk kejahilan sehingga suatu ketika mengatasi kejahilan yang ada dalam masyarakat Arab Jahiliyyah dulu terutamanya dalam isu ketuhanan.

Ada dalam kalangan mereka yang segelintir ini (tak kisah jika dikatakan jahil (tak tahu) tapi marah jika dikatakan bodoh), menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh mulut yang dinikmati hasil kurniaan Allah SWT seperti 'jika suara wanita adalah aurat, hari ini tiadalah wanita yang bercakap".

Masyaallah! inilah dia mentaliti dan gaya pemikiran 'moden' yang dimomokkan ketika ini. Sudah lupa nampaknya, jika dibina iman dan akidah itu atas tiga perkara, maka sudah tentunya ia akan rosak disebabkan tiga perkara juga, iaitu : hati, lidah dan anggota.

Pemikiran moden ini menganggap isu ini adalah satu isu kecil dan terasing dan tak perlu diperdebatkan, bahkan isu-isu yang lebih besar seperti tidak memenuhi tuntutan rukun Iman dan Islam mesti diutamakan dan diselesaikan. Alpa dan sombong.

Dari itu sebagai pendinding diri sama-sama kita renungkan ayat Allah dalam surah al-A'raf 179 yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sukarnya memahamkan si jahil dalam kalangan si 'alim!

Wallahua'lam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter