actions speak louder than words

Thursday, April 15, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, April 15, 2010 in , , | No comments
Salam.

Kejohanan Balapan & Padang Edisi Pertama SMS Kubang Pasu melabuhkan tirai tepat jam 12.30 petang tadi. Rumah Gamma telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi edisi kali ini . Tahniah buat KGR Gamma Ckg Hamidee atas pencapaian yang membanggakan.

Sabor je la Sir Vicky (Beta), Ckg Khairudin (Lamda), Ckg Jamil (Delta), Ckg Zul (Alpha), bukan turn kita lagi tahun ni.

Rumah saya (Sigma) juga tidak mengecewakan walaupun menduduki tempat ke 4, namun berjaya juga menggondol gelaran Perbarisan Terbaik, Maskot Terbaik, Olahragawan dan Olahragawati kejohanan. Tahniah kepada semua atlit yang menyumbang mata dan pingat untuk rumah dan TAHNIAH serta TERIMA KASIH kepada semua ahli rumah (esp Hafizul & Ayuni : banyak tolong saya : syukran jazilan).

Segala penat lelah guru-guru dan pelajar-pelajar berbaloi jua dengan kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan dengan kehadiran ibu-bapa & pelajar baik sebagai atlit atau tidak. Walaupun dengan segala macam kesulitan dan halangan yang timbul bermula peringkat saringan Ahad yang lepas sehingga ke hari kejohanan, namun semuanya dapat diatasi dengan baik.

Sekalung tahniah buat Ckg Velson, Ckg Hashimah and the geng kerana berjaya mengendalikan kejohanan dengan baik sekali (sikit-sikit tak kena tu biasalah, hangpa jangan minta pindah plak lapas ni).

Semoga kejohanan tahun depan akan lebih meriah lagi. Insyaallah.






0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter