actions speak louder than words

Saturday, March 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, March 27, 2010 in , | No comments
Salam.

Khamis lepas, saya dan beberapa orang guru yang dah berpindah dari SMK Derma hadir untuk majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK). Sebetulnya sukar juga untuk saya hadir berkebetulan pula pada hari tersebut dianjurkan Kursus Kepemimpinan Pengawas di Kem Siintok Kedah, tapi kerana bersungguhnya 'ketuloi' BKGK, Cikgu Rohimi datang sejauh 36 KM dari Kangar ke Changlun bagi surat jemputan, maka berbesar hatilah saya hadir.

Ceria rasanya bila tengok cikgu2 Derma ni. Banyak mana beban kerja pun mulut je membebel tapi kerja jalan. Saya pun jadi ceria sama, tapi masa bagi ucapan 'terkedu' juga macam tak terucap semuanya apa yang nak dicakapkan. Maklumla tak sangka kena bagi ucapan pula. Apapun terima kasih tak terhingga kepada semua warga Derma atas kerjasama dan sumbangan sepanjang 4 tahun saya di sana. Especially Sir Dess.

p/s : maaf banyak2 pelajar 2 Cekal sebab tak sempat nak jumpa. Insyaallah panjang umur murah rezki jumpa lain kali.

Wassalam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter