actions speak louder than words

Wednesday, January 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 27, 2010 in , , | No comments
Salam.

Terjawab sudah teka-teki sekolah manakah yang terpilih menganggotai kelompok baru sistem persekolahan di Malaysia. Pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semalam, dilihat sebagai satu lagi anjakan dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas pengumuman Sekolah Kluster sekitar tahun 2007 dulu.

Matlamat utama untuk mencapai 100 buah sekolah SBT menjelang 2012 (30 tahun depan dan 50 lagi pada 2012) berdasarkan Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan, menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam pelaksanaan SBT ini. Namun nada sseriusnya seakan sama sahaja apabila diumumkan 30 buah Sekolah Kluster yang kohort pertama suatu ketika dulu yang akhirnya bertukar reda di mana kebanyakan perancangan dan matlamat tidak terlaksana sepenuhnya kerana menuntut banyak kesempurnaan (terutamanya melibatkan peruntukan wang ringgit ratusan ribu).

Apa yang agak mengelirukan, apakah sistem SBT ini kelangsungan dari sistem Sekolah Kluster atau ianya satu pengenalan baru? Jika dilihat matlamat utama keduanya adalah hampir sama iaitu "ianya mesti mempunyai identiti sendiri, unik dan mampu melahirkan pelajar cemerlang". Lihat DISINI.

Adakah dengan pengenalan sistem SBT ini benar-benar menunjukkan peningkatan dalam sistem pendidikan di negara kita?. Secara peribadi saya melihat ianya semacam satu kecelaruan, apabila sekolah-sekolah yang diumumkan ke"kluster"annya suatu ketika dulu, masih belum mampu untuk mengukuhkan kedudukannya dalam "Kluster" yang dipilih walaupun ianya telah berlangsung hampir 3 tahun, hatta suatu ketika keputusan peperiksaan umum di sekolah harian (bukan Kluster) lebih terkedepan berbanding sekolah yang telah diiktiraf Kluster. Di mana silapnya?

Isu 'branding school' ini nampaknya lebih banyak mengundang tanda tanya dan rasa pelik, kerana matlamat utama SBT dan Kluster ini dilihat hampir sama. Belum lagi kita perincikan ke mana halatuju Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari yang begitu gah diperkatakan suatu ketika dulu. Hakikatnya perancangan yang baik tidak cukup jika pelaksanaannya kabur.

Apapun TAHNIAH kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

Wallahua`lam.


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter