actions speak louder than words

Friday, January 15, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, January 15, 2010 in , , | No comments
Salam.

Semalam saya dan 29 orang lagi guru SMS Kubang Pasu diarahkan untuk menghadiri satu perjumpaan dengan Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr Mohd Fuad Zarkasyi. Perjumpaan yang diadakan di SMK Megat Dewa itu dihadiri oleh sejumlah guru (saya andaikan lebih kurang 150 orang - kerana banyak kerusi yang tak terisi?) dari sekolah sekitar daerah Kubang Pasu.

Pada mulanya saya menaruh harapan besar juga dengan pertemuan 4 mata ini. Mungkin kali ini dapat berkongsi isu - isu pendidikan terbaharu. Maklumlah jarang sekali Menteri atau Timbalannya turun ke daerah terpencil kalau tidak ada perkara penting. Namun kenyataan saya meleset apabila hanya ceramah biasa yang cerita utamanya berkisar kepada NKRA dan cerita lainnya hanya mengundang mengantuk mata.

Harapan saya 'berputik' kembali apabila YB Timbalan Menteri menawarkan diadakan sesi soal jawab yang katanya "sanggup menjawab apa saja isu kependidikan bermula dari sekecil-kecil isu sehingga kepada masalah pertukaran guru". Wah ini peluang besar. Beberapa orang guru berkesempatan menggunakan peluang ini sebaiknya.

Antara soalan dan cadangan :
  1. Isu immuniti guru - khusus ketika menguruskan permasalahan dan disiplin pelajar.
  2. Isu 11 acara sukan yang digugurkan oleh MSSM.
  3. Isu ketidakseragaman sistem di Malaysia (khususnya antara Kementerian) - sekolah mengajarkan perkara yang baik tapi TV menonjolkan sebaliknya.

Jawapan YB Timbalan Menteri (sinopsis) :

Saolan 1 : tiada immuniti untuk guru kecuali ahli parlimen.
Soalan 2 : akan diperhalusi (macam tak peka isu semasa).
Soalan 3 : sikap guru dan perangai ibu bapa yang salah bukan sistem (nak cari apa permasalahan bukan siapa salah). Bukan ke bila kenalpasti apa permasaalahan akan membawa kepada siapa?

Entahla YB! Sejauh mana manafaat pertemuan ini boleh diajukan kepada guru-guru yang menghadirinya. Harapan saya cuma berputik namun tidak berbunga.

Wassalam






0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter