actions speak louder than words

Friday, March 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, March 13, 2009 in , , | No comments
Semalam (kemarin kata orang Perlis) keputusan SPM 2008 telah diumumkan dengan rasminya. Pelbagai riak terukir di wajah pelajar2, ada yang berdebar, teruja, cemas dan tak kurang juga yang kaku diri seolah2 tiada apa yang penting sangat dengan suasana yang sebegitu.

Alhamdulillah SMK Derma telah mencatat keputusan membanggakan dengan 7 pelajar mendapat straight 1A dan 21 pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil cukup mengujakan pelajar2 terbabit, guru2 bahkan ibubapa2. Tahniah di atas usaha keras masing2 dan kerjasama dan sokongan hebat PIBG sekolah bawah pimpinan Che Mat Noh! Jazakallahukhairan!

Kedatangan Tuan Pengarah Pelajaran Perlis mengesahkan lagi keputusan sekolah memang membanggakan. Alhamdulillah syukur, semoga anak-anak pelajar mencapai apa jua yang di cita-cita kan baik di dunia mahupun di akhirat. Man Jadda Wa Jada

Err... dengar khabar SMSSI (SBPIM) juga dapat result yang cukup membanggakan. TAHNIAH kepada semua warga SMS Sultan Iskandar Mersing & Ust Wan Nazri PPPD Kurikulum Mersing.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter