Mungkin belum terlambat mengucapkan TAHNIAH di atas pengiktirafan yang diperolehi oleh sahibussamah Dato` Seri Dr. Hj Harussani Zakaria, merangkap Mufti bagi Kerajaan Negeri Perak kerana diiktiraf sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 H bersama dengan seorang lagi cendekiawan Syiria Prof Dr Wahbah al Zuhaily.
Pengiktirafan sebegini sepatutnya diberikan liputan yang meluas oleh media, kerana para alim ulamak dan cendekiawan memainkan peranan yang cukup penting dalam memperkasakan kehidupan beragama. bak kata "ulamak adalah pewaris nabi-nabi".
Siapa yang tidak kenal dengan Mufti Perak ini, banyak kali media-media melaporkan isu-isu yang yang diulas atau diperkatakan oleh Dato` Mufti : dianggap kontrovesi padahal ianya merupakan pendedahan tentang kebenaran yang perlu dihapuskan agar tidak menjadi duri dalam daging bagi umat Islam di negara kita. Siapa yang pernah lupa tentang isu orang Melayu murtad, sureheboh haram, pertandingan SMS berbentuk judi, isu bollywood, kes liwat Dato` Seri Anwar, penggunaan botox haram
(sekadar menyebut beberapa isu).
Namun ada segelintir dari pemimpin Islam sesetengah pemimpin negeri di negara kita lebih gemar dan cenderung memberikan pengiktirafan kepada 'artis' yang hanya memberikan sekelumit sumbangan kepada rakyat (umumnya umat Islam), negeri mahupun negara berbanding mengiktiraf tokoh-tokoh cendekiawan agama dalam negara. Begitulah rendahnya mentaliti orang Islam.
Cuma saya sedikit khuatir apabila Dato` Mufti mengatakan beliau "tidak pernah ditekan" sepanjang menjadi mufti, walhal semua tahu bahawa bila ada isu-isu (seperti disebut di atas) Dato` Mufti mesti 'kena' oleh akhbar-akhbar yang didokong oleh orang politik. Macamana tu?
Jangan kerana diberi pengiktirafan oleh orang politik saja dah mula berubah haluan. Teruskan perjuangan Dato` Mufti.

0 comments:
Post a Comment