Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)
Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."
Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.
Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.
Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.
Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan.
Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.
Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.
"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."
Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.
Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.
Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.
Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.
Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.
Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.
Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.
"Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)
Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.
Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.
Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.
Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.
"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.
Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.
Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.
Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.
Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."
Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."
Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.
Wednesday, January 28, 2009
Artikel ini saya copy paste dari laman harian metro tulisan saudara idris musa (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090123092948/Article/indexv_html). Ia menarik minat saya kerana ada kaitan dengan headline blog saya!
Dalam kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?
Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.
Search Our Site
Translate
Recent Posts
Popular Posts
-
Program atau Data E-Sarana ini asalnya dari Bahagian Pengurusan Sekolah harian KPM tetapi telah mula 'menular' ke Bahagian Sekola...
-
Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 ...
-
Salam. Jumaat lepas saya bersama beberapa 36 guru dan staff SMSKP berpeluang mengikuti lawatn penandarasan di SBPI Gombak. Tujuannya cuma sa...
-
Seramai 16 guru dan staf SM Sains Kubang Pasu telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Ko...
-
Penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan SMS Kubang Pasu 20 April yang lalu, telah masuk kali yang ke-4 pada tahun 2014 ini. Majlis HAK pada...
-
Salam , sebagai penghargaan dan tahniah peribadi dari saya, berikut disenaraikan 36 pelajar yang berjaya mendapat straight A dalam SPM 2011 ...
-
Ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak berapa faham apa dimaksudkan dengan wadiah , mudhrabah dan lain-lain istilah dalam Sistem Perb...
-
Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
-
Membaca al-Quran dengan bertajwid mungkin sukar bagi sesetengah individu. Kurang cekap menguasai kaedah yang tepat mengenai sifat huruf dan ...
-
Salam. Majlis Khatam Quran dan Perasmian Penutup Program Ihya` Ramadhan telah diadakan di Dewan Bitara SMSKP. Perasmian penutupan telah dil...
Categories
Aceh
Banjir
Bersejarah
Cerita Lama
Eidilfitri
Guru dan Murid
Hijrah
Jihad
Kelantan
Kisah Lama
Kriket
Kursus
Minggu Kerohanian
Orchestra
PBS
Pendidikan
Peribadi
Piala Dunia
Piala Malaysia
PIBG
Politik
Pondok
Ramadhan
Renungan
Sambutan Maulidurrasul
Semasa
SMK Derma
SMS Kubang Pasu
Sukan
Sultan
Tahniah
Takziah
Tazkirah
Terima Kasih
Ulasan Berita
Umum
0 comments:
Post a Comment