actions speak louder than words

Friday, November 28, 2008

Posted by yuss yusoff on Friday, November 28, 2008 in | No comments

Pengharaman Yoga!Isu yang sepatutnya mudah difahami oleh umat Islam pada saat ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak pertikaian yang timbul bermula dari rakyat jelata yang bermacam latar belakang pendidikan (agama terutamanya) sehinggalah kepada beberapa Pembesar negeri dan juga Sultan yang sudah tentunya tergolong dalam kalangan cerdik pandai.

Saya kurang faham untuk melihat dari sudut mana pertikaian itu digembar-gemburkan. Apa yang pastinya sesetengah "Pemerintah" bagi sesetengah negeri meluahkan rasa tidak puas hati bahkan ada yang kecewa apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengeluarkan fatwa tanpa melalui muzakarah Majlis Fatwa Negeri @ Majlis Raja-Raja yang pastinya memerlukan persetujuan dan kelulusan dari mereka (Pembesar dan Sultan) secara pasti (untuk digazetkan dalam Enakmen negeri masing-masing). Seolah-olah Pemerintah negeri ini telah dibelakangkan???. Mengikut al-Qardawi : peranan umarak sebahagiannya adalah memudahkan (taysir) dalam urusan dakwah dan penerangan.

Telah termaktub bahawa Sultan dan Pembesar negeri mengetuai Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, tapi proses mengeluarkan fatwa sekaligus dihebahkan tanpa melalui saluran yang dinyatakan tadi hanyalah PROSEDUR dalam pentadbiran sahaja. apa yang pasti YOGA ITU HARAM. hukumnya pasti. Sepatutnya Sultan dan Pembesar (negeri-negeri tertentu) memperjelaskan isu tersebut, bukannya memperlekehkan keputusan menunding jari tentang ketidakakuran MFK.

Mungkin karenah birokrasi inilah yang menyebabkan denda dan hukuman bagi setiap kesalahan (berkaitan agama Islam) di Mahkamah Syar`iyyah di Malaysia tidak sama bagi setiap negeri. (walaupun Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diwujudkan).

Dengan segala kudrat dan nikmat-nikmat Allah SWT yang tidak terhitung ini, yang ada pada kita pada ketiika ini mariah kita sama-sama memahami tugas "mujtahid-mujtahid" ini sekaligus menyokong dan mengembangkan syiar Islam. Allahukabar!


0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter