actions speak louder than words
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Friday, May 02, 2014

Posted by yuss yusoff on Friday, May 02, 2014 in , , , , , | No comments
Program atau Data E-Sarana ini asalnya dari Bahagian Pengurusan Sekolah harian KPM tetapi telah mula 'menular' ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan KPM. Senang cakap semua sekolah terlibat.

Program rintis yang bermula sejak 17-21 Mac yang lalu di Sabah, Johor dan Selangor telah diperluaskan ke seluruh negeri di Malaysia. Jadi pengisian data bermula dari 10 April hingga 29 Jun 2014 mengikut ketetapan untuk negeri masing-masing.

Bagi negeri Kedah ia bermula pada 28 April hingga 11 Mei. SU PIBG  telah dipertanggungjawabkan menyelesaikan urusan ini (terutama sarana ibu bapa). Hmmm bertambah kerja ku!!. 

Lawaknya kali pertama log-in, tak tau nak buat apa! Tiada maklumat dibekalkan kepada ku, hatta kata laluan pun tidak, hanya surat siaran dari PPD sahaja. 

Siapakah gerangan yang mendapat taklimat E-Sarana ini???. Terpaksalah meng'google', nasib baik la ada PPD yang cekap dan informatif (Tahniah PPD Pasir Gudang) atas usaha panduan mengisi data E-Sarana ini....aduhai PPD Kubang Pasu...tapi yang geramnya dalam dok kemaskini jadi 404 not found, moe@cbj6..hmmm...ini sistem online...inilah Malaysiaku..

Laman Web E-Sarana

Panduan Mengisi Data E-Sarana

Wednesday, April 23, 2014

Posted by yuss yusoff on Wednesday, April 23, 2014 in , , , , , | No comments
Pada 16-20 April 2014, pasukan Hoki SM Sains Kubang Pasu telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 2014 di KISAS, Kelang. Penyertaan kali pertama di peringkat Kebangsaan ini telah mengejutkan ramai pasukan hebat lain yang established dalam dunia hoki SBP. 

Kecemerlangan yang ditunjukkan semasa kejohanan di peringkat Zon Utara tidak dapat direalisasikan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun ini. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan SMSKP. Faktor bertanding di peringkat yang lebih tinggi dan berhadapan dengan pasukan-pasukan ternama dalam SBP antara puncanya.

Walaupun pada suatu ketika pasukan SMSKP dilihat mempu memberi cabaran, seperti mengikat SM Sains namun seri tanpa jaringan (0-0) dalam perlawanan pertama, akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan pasukan-pasukan lawan : kalah (0-2) kepada SDAR, seri (0-0) dengan tuan rumah KISAS, dan kecundang ditangan SMS Tengku Muhammad Faris Petra (0-3).

Banyak pengalaman berharga dikutip oleh pemain-pemain, jurulatih dan pengurus pasukan SMSKP apabila bertanding di tahap tinggi seperti ini. Semoga kesempatan menonton aksi pasukan negara (Malaysia) bertemu China dan bergambar dengan pemain-pemain ternama negara akan menyuntik semangat untuk memajukan Hoki untuk SMSKP.
Juara 2014  STAR

Sebahagian keputusan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan Kali Ke-9 2014 :
LELAKI :

Johan : Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Naib Johan : Sekolah Menegah Sains Johor (SMSJ) 
Ke-3 : Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
Ke-4 : Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)

Penjaring Terbanyak : Muhd Izham Nisha bin Hussaini (STAR)
Penjaga Gol Terbaik : Ammar Syahmi bin Abdullah (STAR)
Pemain Terbaik Kejohanan : Mohd Iqbal bin Mohd Ramlan (STAR)

PEREMPUAN :

Johan : Sekolah Seri Puteri (SSP)
Naib Johan : SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER)
Ke-3 : Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB)
Ke-4 : Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ)



Penjaring Terbanyak : Nur Farizatul Syazrin binti Talaha (SSP)
Penjaga Gol Terbaik : Nurul Husna Shafa (KISAS)
Pemain Terbaik Kejohanan : Izzatul Syafiqah (SSP)

Friday, September 20, 2013

Posted by yuss yusoff on Friday, September 20, 2013 in , , , , , | No comments






Seramai 16 guru dan staf SM Sains Kubang Pasu telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4 di Auditorium Parcel E, Putrajaya pada 18 September lepas.

Rombongan bersejarah ini diketuai oleh Tuan Pengetua Cemerlang Tuan Haji Ismail bin Ibrahim dan diiringi oleh Tuan YDP PIBG Dato' Haji Mohamad Mohsin bin Dato' Haji Abdul Rahman bersama-sama dengan Penolong Kanan, GK Kemanusiaan, GK Bahasa dan beberapa orang guru, staf, pelajar dan bekas pelajar.

SMSKP yang merupakan satu-satunya wakil dari negeri Kedah dianggap sangat2 bertuah, kerana ia merupakan sekolah yang paling 'muda' (sejak dibuka pada 2009) berbanding 24 buah sekolah-sekolah lain yang dianggap telah 'establish'.

Penilaian kali kedua pada sesi 2012/2013 ini nampaknya membuahkan hasil ( penilaian kali pertama sesi 2011/2012 SMSKP tidak tersenarai layak). Ini dibantu keputusan cemerlang bidang akademik terutamanya apabila mencatat tempat pertama PMR dan SPM di negeri Kedah tahun 2012 dan kedudukan ke 11 dalam NKRA.

Dengan tersenarainya SMSKP sebagai SBT tahun 2013 ini, maka ianya telah menyertai 115 buah sekolah yang diiktiraf sejak SBT diumumkan tahun 2010 yang lalu. Tahniah untuk semua warga sekolah.

INFO: SENARAI SBT 2013

  • SK Tengku Mariam, Johor
  • SJKT Ladang REM, Johor
  • SMK Dato Penggawa Barat, Johor
  • Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, Kedah
  • SM Sains Machang, Kelantan
  • SK Convent Bukit Nanas (1), Kuala Lumpur
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuen Cheng 2, Kuala Lumpur
  • SK Convent Of The Infant Jesus 1, Melaka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, Melaka
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol, Negeri Sembilan
  • SK Convent, Pahang
  • SK Sultan Idris II, Perak
  • SK Marian Convent, Perak 
  • SBP Integrasi Gopeng, Perak
  • SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak
  • SK Convent Green Lane, Pulau Pinang
  • SJKC Han Chiang, Pulau Pinang
  • SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
  • SK Taman Megah, Selangor
  • SK Bukit Jelutong, Selangor 
  • SK Sri Petaling, Selangor 
  • SMA Persekutuan Kajang, Selangor
  • SBP Integrasi Rawang, Selangor
  • SK Putrajaya Presint 11 (1)

Pautan :

Berita Harian :  24 lagi sekolah diiktiraf SBT

Utusan Malaysia : 24 buah sekolah diiktiraf SBT

Thursday, July 04, 2013

Posted by yuss yusoff on Thursday, July 04, 2013 in , , , | No comments

Saturday, March 09, 2013

Posted by yuss yusoff on Saturday, March 09, 2013 in , , , , | No comments
Aimi Faiz Mohd Fazli (KP)

Nur Zafirah Mohamad Zairo (PKP)
Salam,

Kursus ini akan diadakan mengikit ketetapan berikut :
  • Tarikh : 12-16 Mac 2013
  • Tempat : Oriental Crystal Hotel, Lot 13 Jalan s10, Section 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor

Kali ini SMA Persekutuan Kajang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengelola (tuan rumah). SMS Kubang pasu telah menghantar Ketua Pengawas sesi 2013 iaitu Mohd Aimi Faiz bin Mohd Fazli (Ketua Pengawas) dan Nur Zafirah Bt Mohamad Zairo (Penolong Ketua Pengawas) sebagai wakil. 

Khabarnya wakil SMSKP akan terlibat dengan tazkirah Subuh, Alhamdulillah semoga ianya akan memberikan imej yang baik kepada sekolah sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dan pengurusan diri sepanjang berkursusu di sana.

Wednesday, March 06, 2013

Posted by yuss yusoff on Wednesday, March 06, 2013 in , , , , , , | No comments
Salam, 

Isnin lepas 4.3.2013 saya bersama2 dua lagi wakil PIBG SMS Kubang Pasu telah menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kedah dan Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Kubang Pasu di Dewan Institut Aminuddin Baki (Utara).

Pada awal hemah saya ianya satu program yang bagus, tambahan dengan sambutan kehadiran yang menggalakkan dari wakil2 PIBG sekolah2 daerah Kubang Pasu terutamanya ibu bapa pejaga dan waris, dan wakil dari LPM En. Mohd Mas'udi b. Jelani dan En. Azam Shah b. Osman, dari JPN Tn. Hj Ismail Shahidan Ketua Sektor  SPP JPn Kedah, Tn. Hj Zaini Rafie Ketua Unit PPK dan En. Mohamad Azran Abdul Wahab Pegawai Meja PBS (M) dari JPN Kedah, tentunya nanti ia akan menjadi medan perkongsian maklumat yang hebat.

Namun sangkaan saya meleset. Hasrat asal agar program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan keraguan dan ketidakpastian ibu bapa penjaga tentang pelaksanaan PBS yang masuk tahun kedua (di Sekolah Menengah) sedikit demi sedikit pudar apabila wakil dari LPM menyampaikan 'syarahan'. Beliau seolah2 tidak bersedia sepenuhnya apabila soalan yang diajukan semasa sesi soal jawab sehingggakan sebahagian soalan terpaksa ditanya dua kali kerana tidak dapat memenuhi kehendak dan 'memuaskan hati' ibu bapa yang bertanya. Apalagi beliau asyik merujuk 'kawannya' untuk mendapatkan jawapan.

Antara persoalan yang ditimbulkan :

  • Adakah PBS dilaksanakan di sekolah swasta?
  • Bolehkan PBS mengatasi murid lemah dalam LINUS?
  • Apakah mekanisma LPM untuk mengatasi 'bias' guru semasa pemberian gred PBS?
  • Apakah bentuk PMR PBS yang akan dilaksanakan pada 2014 nanti?
  • Apakah jaminan pelajar tidak akan hilang skill menjawab peperiksaan apabila naik ke menengah atas?
Hmm nak setuju ke tak dengan artikel ini : PBS banding system is impractical : The Star Online 6 Feb. 2013.




Friday, March 01, 2013

Posted by yuss yusoff on Friday, March 01, 2013 in , , , , | No comments

Bermula 1 hingga 5 Mac 2013 SMS Kubang Pasu menjadi tuan rumah (penginapan) untuk peserta2 yang terlibat dengan Festival Wind Orchestra ke IV SBPSK 2013. Pengelola asalnya adalah SM Sultan Abdul Halim, namun atas faktor kekangan fasiliti SMS Kubang Pasu diminta menjadi tuan rumah untuk menempatkan lebih 600 pelajar dari 13 buah sekolah yang bertanding. Jadi pelajar2 SMSKP terpaksa BBM pada minggu ini.

Antara sekolah yang menginap di SMS Kubang Pasu ialah :
  1. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS
  2. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN
  3. SM SAINS SELANGOR
  4. SM SAINS TUANKU JAAFAR, KULA PILAH
  5. SM SAINS MUZAFFAR SYAH, MELAKA
  6. SEKOLAH SULTAN ALAM SYAH, PUTRAJAYA
  7. SMK (P) ST GEORGE, PULAU PINANG
  8. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN
  9. SM SAINS DUNGUN
  10. SM SAINS KOTA TINGGI
  11. SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN
  12. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH, PEKAN
  13. SM SAINS LABUAN


Sunday, October 07, 2012

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 07, 2012 in , , , , | 1 comment

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Red Giants malam tadi di SSM IV dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2012 sepatutnya memberi rangsangan dan tonik untuk mengejar impian ke 3 meraih piala pada musim 2012 ini. Walaupun ianya bukan satu jaminan pasti untuk yakin selamat, tetapi ianya bukanlah mustahil untuk manafikan misi 33 Selangor.

Walaupun sedikit goyah di peringkat suku akhir yan lepas ketiak menentang Felda dengan segelintir pemain mempamerkan aksi 'yo-yo' namun nampaknya pemain mula bangkit dan mempamerkan bisa sebenar pada pertemuan yang disulami aksi kasar RG malam tadi.

Dengan rekod 33 perlawanan tanpa kalah di SSM IV pada musim ini dan rekod 9 pertemuan sejak di perkenalkan Liga Super 2004, skuad Red Giant itu tidak pernah menewaskan TRW di Kota Bharu bahkan kecundang 5 kali,  sepatutnya memberikan kelebihan besar kepada TRW untuk menahan asakan di Stadium Shah Alam Jumaat ini. GKG TRW!



Saturday, September 29, 2012

Posted by yuss yusoff on Saturday, September 29, 2012 in , , , | No comments
Satu majlis bacaan Yaasin dan solat hajat telah selamat disempurnakan di Surau al-Itqaan SM Sains Kubang Pasu 27 September yang lepas (khamis). Majlis ini diadakan bersempena dengan peperiksaan khusus untuk calon2 PMR 2012 SMSKP yang akan berlangsung 9 Oktober ini.

Majlis bacaan Yaasin telah diketuai oleh Yang Berusaha YDP PIBG SMSKP Dato' Hj Mohamad Mohsin b Dato' Hj Abdul Rahman manakala solat hajat pula telah diimami oleh al-fadhil ustaz Ahmad Pauzi b. Awang.

Alhamdulillah berkat istiqamah doa dan sokongan semua ibu bapa penjaga calon-calon PMR 2012 diharap calon2 PMR tahun ini akan dapat mencapai keputusan yang memberansangkan. Insyaallah!

Tuesday, April 03, 2012

Posted by yuss yusoff on Tuesday, April 03, 2012 in , , | No comments
Sah sehari dua ni tajuk perbualan guru-guru dan penjawat awam  lain berkisar kepada gaji SSM yang telah melalui proses penambahbaikan selepas SBPA dibatalkan sepenuhnya. Laman JPA mungkin merupakan antara laman yang bahannya didownload dengan banyak pada minggu ini. Khususnya yang ini : Pekeliling KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Apa yang penting guru-guru kena baca Lampiran 12...dan ingat apa yang Presiden CEUPACS kata dalam Berita Harian : PERIKSA SENDIRI KENAIKAN GAJI IKUT SSM

KUALA LUMPUR : Penjawat awam perlu mengambil inisiatif sendiri memeriksa kenaikan gaji masing-masing mengikut jadual kenaikan gaji baru di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi memastikan mereka menerima kenaikan sepatutnya.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, menyarankan supaya semua penjawat membaca dan memahami Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru itu sebelum menandatangani apa-apa persetujuan.

"Ini kerana sebelum ini banyak masalah timbul selepas menandatangani disebabkan penjawat awam sendiri tidak memahami kenaikan gred dan berharap ia tidak akan berlaku selepas ini.
"Mereka perlu peka terhadap kenaikan gaji mereka sendiri dan buat perbandingan mengikut jadual baru serta meneliti dengan baik semua pembayaran bermula Januari 2012," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam selaras dengan keputusan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji.

Dipetik dari Berita Harian 03/04/2012

Friday, March 23, 2012

Posted by yuss yusoff on Friday, March 23, 2012 in , , , , | 1 comment
Salam , sebagai penghargaan dan tahniah peribadi dari saya, berikut disenaraikan 36 pelajar yang berjaya mendapat straight A dalam SPM 2011 :


  1. NUR IZZAH BT ABDUL HAMID
  2. MUHAMMAD ZAKRI B ZAINUR
  3. NUR IZZAH BINTI IBRAHIM
  4. SITI SAHKIRAH BT NORSHA
  5. AMIRUL EQHWAN BIN RAHIM
  6. SUFIAN B ABD RAHMAN
  7. NICHOLAS JOEL THOMPSON
  8. ISKANDAR IZZUDDIN BIN MD YUNUS
  9. NIK ISMAIL BIN NIK ABDUL RAHMAN
  10. SHARIFAH NOR FAIZAH BINTI SYED ABDULLAH
  11. NORHANISAH BINTI RAHMAT
  12. SITI NUR MAISARAH BT MAHMUD
  13. FATEN NUR AMANINA BT ROSLI
  14. MUHAMAD ANAS ASYRAF ABDUL MUTHALIB
  15. NAJIHAH BT MOHAMAD NASIR
  16. SITI NUR WARDAH BINTI ISHAK
  17. NOOR HASLINA BINTI OTHMAN
  18. MOHAMAD ZULFADHLI BIN ABDULLAH
  19. AINA KAUSAR BINTI SHAHARUDIN
  20. NURLIYANA BT AMIR
  21. MUHAMAD NAQIUDDIN BIN AB HADI
  22. NURUL HASNA BT MAHAMAD ASRI
  23. MOHAMAD FAIZ BIN ZAMRI
  24. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF BIN MD ROPI
  25. NOOR FATIHAH BINTI HARISFAZILLAH
  26. NURUL AFZA BT MAHMUD
  27. NOR ATHIRA BT MUNTAHA
  28. NUR SYAHRUL IZZATI ADLIANA BINTI MD DESA
  29. NURUL NADHIRAH BINTI JAMIL
  30. AZEEM ALAMGIR BIN ROSLI
  31. AHMAD IRFAN BIN OSLAN
  32. MOHAMAD KHAIRUL SYAZWAN BIN YAHAYA
  33. `AFAF ZULFA BINTI AHMAD ZAKI
  34. SITI SYAZWANI BT ZOLKIFLI
  35. SARAH DIYANA BT ZULKIFLI
  36. NADIA FARHANA BT. MD GHAZALI

Thursday, March 22, 2012

Posted by yuss yusoff on Thursday, March 22, 2012 in , , , , , , | No comments
Salam.

Ianya hari yang menggembirakan buat seluruh warga Sains Kubang Pasu. Keputusan SPM yang dihebahkan kepada warga sekolah pada jam 10.30 pagi sangat mengujakan. Berkat usaha gigih pelajar dan guru-guru menggembleng tenaga tanpa mengira penat lelah dan tawakkal kepada Allah SWT akhirnya terbalas. Allah Maha Adil atas segalanya.

Dalam keputusan yang telah diumumkan pada pagi ini, keputusan SPM tahun 2011 ini seolah-olah mengubat kekecewaan tahun sebelumnya di mana gred purata sekolah yang dicatat 1.79 berbanding 2.14 pada tahun sebelumnya.

Apa yang paling menggembirakan 36 pelajar telah mendapat straight A  dalam semua matapelajaran yang diambil (9/10 matapelajaran) dari 156 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2011 berbanding hanya 2 orang pd tahun sebelumnya. 

Khabar gembira juga apabila Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah Tuan Haji Asmee Hj Tajuddin, semasa hadir merasmikan Karnival Bahasa peringkat sekolah sebelah paginya telah memaklumkan SMS Kubang Pasu di antara 3 sekolah di Kedah yang berjaya meraih 100% lulus. 

Tahniah dan syabas buat semua.

sebahagian pelajar dan waris yang hadir
sebahagian pelajar yang mendapat straight A
sebahagian lagi...


Monday, February 13, 2012

Posted by yuss yusoff on Monday, February 13, 2012 in , , , , , | No comments
Kejohanan yang berlangsung pada 8-12 Februari lepas diadakan di SESTA (SM Sains Tapah). Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian iaitu semua SBP ZOn Utara yang merangkumi Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Dalam kejohanan kali ini, pasukan semi-finalist pada tahun lepas diundi mengetuai kumpulan masing2. Juara bertahan SMS Sultan Muhammad Jiwa mengetuai kumpulan A, Naib Juara 2010 SEMESTI kumpulan C, MCKK kumpulan B dan STAR kumpulan D.

Kejutan berlaku apabila finalist pada tahun lepas SM Sultan Muhammad Jiwa dan SEMESTI gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kerana kalah dalam pertandingan peringkat kumpulan (hanya Johan dari setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir).

SMS Kubang Pasu diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan MCKK, SERATAS dan SMSAH. SMS Kubang Pasu hanya mampu memenangi satu perlawanan iaitu dengan SERATAS dengan 1 wiket. Sebelumnya tunduk pada SMSAH dengan 10 wikets dan MCKK dengan 8 wikets.

STAR telah dinobatkan sebagai Johan mengalahkan MCKK di perlawanan akhir dengan 13 larian (113-100), 10 wiket. SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin dan SMS Pokok Sena diiktiraf tempat ke 3 bersama.

Semoga penganjuran kejohanan akan datang akan lebih gemilang dan penuh dengan semangat kesukanan.




Thursday, February 02, 2012

Posted by yuss yusoff on Thursday, February 02, 2012 in , , | No comments

Salam. Dalam sibuk-sibuk bekerja baik tenangkan jiwa dan otak sambil dengar lagu ni...Insyaallah damai.Ya Habib...lau ka na bainana. salam maulidurrasul 1433 H

Thursday, January 19, 2012

Posted by yuss yusoff on Thursday, January 19, 2012 in , , | No comments
Alhamdulillah Mesyuarat AJK PIBG telah berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Januari 2012
Masa : 10.30 pg (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SMSKP

Beberapa perkara telah dimuktamadkan dengan jayanya. Di antaranya :
  1. Penetapan sumbangan tahunan PIBG dan subsidiarinya.
  2. Projek memperkemas prasarana sampingan sekolah.
  3. Program peningkatan prestasi akdemik PMR dan SPM.
  4. Penambahbaikan dalam pelaporan kewangan dan aktiviti.
  5. Token untuk guru yang mengajar kelas tambahan.

Sekalung tahniah dan terima kasih atas kehadiran, kerjasama, sumbangan idea dan kewangan. Semoga matlamat PIBG dapat dicapai dengan jayanya.

Monday, January 16, 2012

Posted by yuss yusoff on Monday, January 16, 2012 in , , , | No comments
Semakin bercelaru nampaknya TRW musim 2012 ini. Dengan taktikal yang kelam kabut, posisi pemain yang berubah-ubah nampaknya semakin mengundang padah. Walaupun lilitan kapten (Piya) telah dkembalikan, (Mat Yo dan Apek pula yang ghaib!) namun ianya belum cukup wibawa untuk menafikan PKNS mencuri 1 mata di Stadium SMIV. Mata dicuri lagi.

Awalnya saya amat terkejut, bila lihat siaran langsung di Astro Arena, penyokong setia dan fanatik TRW kali ini tidak lagi sudi menunjukkan muka memenuhi setiap ruang di SSMIV itu. Tergohong di sana sini. Nampak pelik sikit.

Pengulas Astro Arena mengatakan ianya berkemungkinan faktor cuaca (hujan lebat) menjadi penyebab utama. Nak cover line kot? Dulunya hujan ribut pun tetap teguh menyorak 'Gomo Kelate Gomo'.

Bagi saya ianya lebih dari itu situasi begini amat mustahil berlaku pada musim 2011 yang lalu. Tak cukup membeli tiket memenuhi ruangan stadium bahkan bersesak2 pula kat luar menatap skrin besar! Apa sudah jadi, peminat fanatik sudah mula bosan ka?

Permulaan perlawanan yang tertangguh hampir setengah jam itupun seolah-olah memberi petanda tidak baik kepada TRW pada game malam itu! Lesu pemain TRW bila dikekang hebat oleh pemain PKNS. Nampaknya Abdul Rahman telah 'study' awal lagi dan dia berjaya menjadikan TRW semakin keciciran mata!

Tuesday, January 10, 2012

Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 10, 2012 in , , , | No comments
TRW tahun ini memulakan aksi dengan gaya yang 'lemah gemalai' menyebabkan satu piala sudah terlepas dari genggaman. Tumbang 1-2 kepada Negeri Sembilan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Piala Sumbangsih (Sultan Ahmad Shah) yang sepatutnya menjadi pembakar semangat pemain dan penyokong setia gagal dipertahankan di bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Kegagalan ini dilihat tidak berbaloi dengan persiapan TRW ala pasukan kelab dunia tapi prestasi masih yo-yo-. Rasanya ia boleh dilihat dari banyak sudut.

Pertamanya berbaloikah kepulangan '3 Abdul' ke sisi TRW kerana jika dilihat pada gaya permainan mereka ini jauh berbeza dengan situasi mereka dalam dakapan KAFA dulunya.

Keduanya adakah kerana lambakan pemain2 bintang sehingga 'kelabu mata' coach untuk menurunkan pemain yang benar2 terbaik dan penuh komitmen.

Benar2 berkemampuankah pemain-pemain import yang diwar-warkan KAFA berada dikemuncak prestasi mereka untuk membantu melonjakkan kebolehan TRW?

Ataupun Butler sudah kepupusan idea sehingga hampir2 percaturan taktikalnya kali ini menjadi 'butter'.

Apapun sokong tetap sokong!

Wednesday, January 04, 2012

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 04, 2012 in , , , , | No comments
Disebalik kelam kelibut tentang dasar segera KPM di mana pelajar luar bandar dan miskin (tegar) yang memperolehi 4A 1B dan 3A 2B akan 'diserap' ke seluruh SBP di Malaysia, menjadikan persaingan sengit dengan pelajar yang mendapat 5A sehinggakan pelajar '5A terpaksa mengalah' memberi lalauan kepada pelajar 4A 1B dan 3A 2B menghuni SBP.

Namun begitu suasana meriah pendaftaran pelajar F1 intake pertama 2012 kali ini tidak terkesan dengan dasar tersebut. Hasilnya 117 pelajar telah mendaftarkan diri walaupun pada dasarnya dikatakan intake sebenarnya ialah 154 pelajar.

Sekali lagi saya dipertanggungjawabkan sebagai MC majlis. Dalam ucapan alu-alaun, sengaja saya tegaskan tentang kesediaan pihak sekolah menerima pelajar dengan menerapkan dasar pintu terbuka dan telus, namun perihal ini perlukan kerjasama sepenuhnya ibu bapa dan penjaga untuk menjelmakan kelangsungan kecemerlangan akademik dan sakhsiah.

Ditambah dengan penegasan yang dibuat dalam ucapan oleh Tuan Pengetua (Tn Hj Ismail Ibrahim) dan PK HEM (Abdul Talib Hj Sulaiman) memungkinkan pemahaman tentang kehidupan di SBP semakin membekas di hati ibu-bapa penjaga.

Insyaallah diharap warga baru SMSKP akan bertahan fizikal dan mental menghadapi 3 minggu program suai kenal yang baru diperkenalkan SBP.

Sunday, December 25, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, December 25, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Kesungguhan pemain2 TRW bertahan hingga akhir dengan 9 keupayaan wajib dipuji. Walaupun aura fanatik penyokong semakin membumi di Stadium Sultan Muhammad IV, namun perasaan itu seakan tidak wujud dan tak melekat kuat dalam diri dan otak 2 pemain TRW ni.

Bahkan demo 2 ni seakan tidak tahu menilai prestij perlawanan malam tadi, dengan slogan Piala Permai dan Piala Uniti itu pun masih tak faham2 maksud dan tujuan perlawanan tersebut. Tindakan kurang cerdik dan semberono bahkan (tork bijok) telah sedikit sebanyak menggugat semangat melawan rakan sepasukan lain.

Senario ini seakan mengulang kembali cerita-cerita lama awal 90an, di mana senario bolasepak di Kelantan khasnya yang menjadi bualan kerana ketidakstabilan emosi pemain2nya. Sehinggakan slogan penyokong pada masa itu iaitu "cah keting" seakan meredhakan tindakan panas segelintir pemain pada masa itu.

Siapa yang mudah lupa dengan tendangan kung-fu ala Eric Cantona keeper TRW Halim Napi (oghe Kelate kato jerk). Hal ini seakan membenarkan kata-kata seorang jurulatih jika mahu TRW kalah mainkan emosi mereka. Bila nak berubah ni tak tau la. Pade-pade la wei.

Tapi kira kemas juga la mainan malam tadi dengan 9 kekeuatan pun Persebaya tak boleh score banyak. Lagi kemas kalau pemain import tu rajin sikit. Minggu depan ni cerita lain la. Gomo!

:: gambar tu ambil kat TRW.com

Friday, December 23, 2011

34

Posted by yuss yusoff on Friday, December 23, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Khabarnya keputusan PMR 2011 dalam kalangan SBP seperti berikut :

  1. SM SAINS TG MUHD FARIS PETRA 1.0139
  2. SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
  3. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
  4. SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
  5. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
  6. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
  7. SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
  8. SM SAINS SELANGOR 1.0263
  9. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
  10. SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273
  11. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
  12. SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
  13. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
  14. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
  15. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
  16. SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
  17. SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
  18. SM SAINS MACHANG 1.0411
  19. SM SAINS MIRI 1.0439
  20. SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
  21. SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
  22. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
  23. SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
  24. SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
  25. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
  26. SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
  27. SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
  28. SM SAINS REMBAU 1.0727
  29. SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
  30. SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
  31. SM SAINS LABUAN 1.0829
  32. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
  33. SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
  34. SM SAINS KUBANG PASU 1.096
  35. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
  36. SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
  37. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
  38. SM SAINS KUCHING 1.1258
  39. SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
  40. SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149
  41. SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
  42. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
  43. SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824

tak payah tengok nombor lain, fokus je pada nombor 34..hu..hu..ni baru separuh jalan, belum sampai 52 buah sbp lagi ni..

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter