actions speak louder than words
Showing posts with label Piala Dunia. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, July 12, 2010 in , , | No comments

Congratulation Spain
:: became eighth country to win the world cup
despite scoring only eight goals in seven matches. Incredible! ::

la roja's campeones

Sunday, July 04, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, July 04, 2010 in , , | No comments
Salam.

Siapa sangka Brazil terpaksa melayan duka tunduk kepada Belanda walaupun dibarisi oleh pemain ternama : Robinho, Maicon, Elano, Melo dan Kleberson masih membuat Dunga ternganga. Terkandas di 'quater final' bukanlah sesuatu yang bermakna bahkan menyebabkan Dunga hilang tahkta.

Siapa sangka 'the oranje' begitu berkuasa, meneruskan 13 kemenangan berterusan dengan bergaya. Sneijder sudah tentunya dipuja oleh peminat seantero Belanda.

Siapa sangka Argentina ketandusan mata bila berentap dengan Jerman yang rata pemainnya berbadan sasa. Messi dilabel pemain terbaik dunia tapi selalu hilang punca dek kawalan ketat Schweinsteiger & Mertesacker. Tevev, Higuain, Rodriguez, Mascherano dan Di Maria bergerak macam jentera tapi pertahanan selalu alpa, akibatnya mencatat episod duka dibolosi empat gol balasnya tiada.

Khabarnya Paraguay pula kecundang dek Matador, Kalau begini gayanya, nampak macam Jerman dan Belanda bakal berebut takhta.

Monday, June 28, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, June 28, 2010 in , , | No comments
Salam.

16 pasukan terbaik Piala Dunia 2010 telah lengkap tersenarai. Tersingkirnya juara bertahan Itali, pasukan pilihan Perancis menjadikan Piala Dunia kali ini semakin menarik. Brazil, Argentina, Jerman, Belanda dan Sepanyol dilihat mampu menguasai tempat ke Suku Akhir. cuma yang tak syoknya tengok kesilapan pengadil kadangkala menafikan peluang untuk pasukan meraih keputusan yang lebih baik terkubur (kesian England).

Wassalam.

Thursday, June 10, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, June 10, 2010 in , , , | No comments
Salam. Kejohanan bolasepak paling berprestij akan bermula tak lama lagi. Kick-off 11 Jun ini dan akan berakhir 11 Julai nanti sekali lagi menampilkan 32 pasukan yang akan merebut piala (Edisi ke 19 : kalau tak silap) di bumi Afrika.

Masing-masing mula meramal pasukan manakah yang akan merangkul piala pada kali ini? mampukah Itali mengekalkan kejuaraan? bolehkah pasukan pilihan Argentina, Brazil, Perancis, Sepanyol, Portugal, England dan Jerman menggugat?. Ramalan tiada salahnya jangan 'pertaruhan' sudah!

Kalau kita sanggup berjaga malam untuk menyaksikan pasukan pilihan kita beraksi, apa salahnya kita selang selikan dengan amalan yang yang boleh merawat jiwa dan minda. Sama-sama manafaatkan dan seimbangkan minat dan amalan berkat. Insyaallah ganjaran akan di nikmat.

Wassalam.

Thursday, May 13, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, May 13, 2010 in , , , | No comments
Salam.
JAWAPAN

Terjawab sudah isu 'penghalalan judi bolasepak' yang membuak `kemurkaan` ramai orang Islam di Malaysia. Malaysiakini telah melaporkan (di sini) BERJAYA pimpinan Vincent Tan telah dimuktamadkan mendapat lesen untuk perjudian bolasepak di Malaysia. Rupanya segunung bantahan rakyat pun belum dapat mengendurkan keputusan kerajaan meneruskan hasrat mereka. Bahkan kerajaan semakin galak dan bersemangat mengira untung laba tanpa mengira kesan natijahnya.

BANTAHAN

Jika sebelum ini banyak bantahan (dikemukan dan dipaparkan di dada akhbar dan paparan internet) dari orang perseorangan, ahli akademik, ahli agama, badan agama, namun saya tertarik apabila membaca satu ruangan dalam Berita Harian (di sini) tentang bantahan yang dikemukakan oleh seorang tokoh bolasepak tanahair Ghani Minhat yang melihat keburukan judi dari sudut sukan bolasepak yang akhirnya merosakkan presatasi sukan bolasepak negara dan bakat pemain-pemain . Jelasnya judi tetap menjahanamkan jika dilihat dari sudut apa sekalipun. (cuma Pak Menteri saja yang rabun jauh)

MANA MENTERI AGAMA JPM & PAK MUFTI?

Akhirnya saya tertanya-tanya di mana suara Pak Menteri Agama JPM, dalam isu ini? Di mana Pak Mufti yang selalunya lantang 'menghukum' halal haram satu-satu perkara. Adakah kerana title Datuk Seri, Tan Sri telah memberatkan dan menguncikan semua mulut-mulut yang sepatutnya bersuara menyatakan ketegasan dalam isu ini. BERSUARALAH.

HARAPAN

Saya mendoakan agar Pak Menteri, Pak Mufti dan pemimpin kerajaan kita SEGERA menjauhi rasukan dan tipu daya syaitan sebaliknya SEGERA mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT semoga kita sentiasa berada di bawah naungan Rahmat Allah SWT. Amin.

Wassalam.






Monday, May 10, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, May 10, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

Dilaporkan di akhbar dan paparan tv sehari dua ini bahawa kerajaan dalam cadangannya akan meluluskan lesen judi (menjadikan ianya halal dari sudut peraturan dan undang-undang di Malaysia) bersempena dengan Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun ini.

Berita ini sudah tentunya mengejutkan ramai pihak apatah lagi ianya cadangan dari seorang Timbalan Menteri yang beragama Islam iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussein, yang sepatutnya mendokong tak pun sekurang-kurangnya peka dengan sensitiviti keagamaan. (Inikah perangai Timbalan Menteri yang dicanang akan menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika dulu, nasib tak jadi kalau tak Kelantan mungkin berubah jadi Darul Judi, wal`iyazubillah).

Malang sungguh apabila isu kepekaan dan sensitiviti agama ini diketepikan dan keuntungan diutamakan. Apalagi apabila jawatan sehebat Timbalan Menteri Kewangan dipergunakan semata-mata untuk meraih laba (mungkin) dan bukannya menolak bala, kerana dimaklumkan sudah ada pihak yang membida untuk dapatkan lesen tersebut. Rupanya pemimpin kita lebih peka tentang 'ucapan politik' di masjid, ketaatan kepada Raja dan Sultan diutamakan dari isu judi yang memang jelas haramnya disebut dalam al-Quran dan Hadith :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sahih Muslim [Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Bahkan alasan yang digunakan Datuk Dr Awang Adek Hussein (kerajaan) ianya dibenarkan bagi mengawal aktiviti pertaruhan dan perjudian yang tidak boleh dikawal kerajaan amat-amat tidak boleh diterima akal. Lucu juga bila disebut tak boleh dikawal? Jadi apa tugas agensi di bawah Kementerian Kewangan ini?. Adakah dengan membenarkan judi boleh mengawal judi? Pelik+lucu.

Lagi lucu bila ada kenyataan seperti ini : "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).- Utusan Malaysia 06 Mei 2010.

Timbul persoalan adakah pihak kerajaan merasakan judi tu mendatangkan manafaat, baik untuk kerajaan (ekonomi)? Adakah kerajaan berpuas hati apabila dapat mengawal operasi pertaruhan haram dan perjudian ini sebagaimana kawalan sedia ada untuk Sports TOTO, Magnum, Pan Malaysia, Da Ma Chai dll. yang sebahagian 'board'nya dikatakan dianggotai orang Melayu Islam? Tidak cukupkah lagi dengan judi halal yang sedia ada (2 pusat di Malaysia)?

Sudah sedia maklum bahawa bahana judi itu boleh merosakkan urat saraf umat manusia dengan kerosakkan yang mnenghancurkan baik dari sudut individu, masyarakat bahkan negara sekalipun. Dari masalah malas bekerja, kerugian masa dan wang ringgit, keruntuhan moral dan rumahtangga sehinggalah kepada kes-kes jenayah ragut, samun dan rompak.

Nampaknya kesungguhan kerajaan dalam membanteras, menghapus dan mengawal amalan judi dan perkara-perkara lain yang dilarang syarak seolah-olah 'pilih kasih'. Gajah depan mata buat-buat tak nampak tapi semut yang nun jauh di sana juga yang diintainya.

Hasil dari duit judi juga dicadangkan digunakan untuk membiayai kos pengurusan sukan, walhal suatu ketika dulu kita mencanang beberapa isu antaranya : syarikat tembakau dilarang menaja pasukan lumba F1. Iklan rokok di kaca TV tidak lagi dibenarkan. Iklan arak di akhbar diharamkan (tapi kebelakangan ini iklan arak telah mula terpamer di akhbar The Star)- mana polisi kerajaan dulu?). Nampaknya slogan 1 Malaysia sudah mula meresapi setiap denyut nadi pemimpin kita sehingga 'membutakan' mereka untuk membezakan antara halal dan haram.

Sesekali kerajaan reverse selangkah kebelakang (dengan membenarkan lesen judi ) , memungkinkan banyak lagi usaha kerajaan memurnikan rakyat akan gagal dan membazirkan wang rakyat sebagaimana gagalnya program 'tak nak merokok'. Semoga kita tergolong dalam mereka yang sentiasa peka dan sedar akan ketetapan hukum Allah SWT ke atas kemaslahatan umat manusia. Amin.

Wassalam

Berkaitan :

1. Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan untuk Piala Dunia
2. Judi Tetap Haram Walaupun Berlesen

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter