actions speak louder than words
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, August 17, 2011 in , , | No comments
Salam.

Hari ini serata umat Islam menyambut salah satu dari hari-hari kebesaran dalam Islam iaitu Nuzul Quran. Di mana sebahagian besar negeri-negeri tertentu menikmati cuti umum yang 'dianugerahkan'.

Walaupun ada perselisihan dalam menetapkan tarikh sebenar Nuzul Quran ini, namun berlapang dadalah dan jangan menjadikan ianya satu isu yang perlu dipolemikkan.

Ini kerana banyak lagi sudut 'ma'nawi' tentang kehebatan dan keagungan al-Quran perlu diterokai dan diselidiki oleh seluruh umat manusia supaya kita benar-benar mengecapi kebahagiaan yang hakiki.

Mukjizat Rasulullah SAW yang masih tersisa ini, semakin lama semakin dilupakan. bukan dilupakan dari sudut bacaannya tapi dilupakan dalam aspek pengamalan intipatinya. Ramai dari kalangan kita hanya sekadar membacanya tetapi tidak berusaha untuk memahami ayat-ayatnya dan jauh sekali mengamalkan sepenuh jiwa raga segala apa yang terkandung di dalamnya dengan sepenuhnya.

Betapa ruginya kita.

Tuesday, August 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, August 02, 2011 in , , | No comments
Salam.

Dipanjangkan nafas lagi rupanya kita dalam menyelusuri Ramadhan 1432 H kali ini. Melihat gelagat manusia sekeliling yang bermacam ragam kadangkala mengundang rasa syukur, sangsi dan kasihan.

Syukur kerana sebahagian dari kita mula sedar dan mengorak langkah tanpa berlengah lagi untuk mengubah rutin hidup dari banyak keadaan lagho ke arah membentuk diri, supaya sentiasa tergolong dalam mereka yang mendapat keberuntungan Allah SWT dunia dan akhirat.

Melihat sebahagian dari kita, terbit pula rasa sangsi. Apakah masih tidak sedar tentang kehebatan Ramadhan ini walaupun telah dikumandangkan saban waktu di kaca-kaca tv, paparan demi paparan di media cetak dan elektronik namun sikap dan perangai sebahagian dari kita masih di takuk lama. Memeriahkan pasar malam dan pasar raya di waktu sebahagian lain sedang khusu' bertarawih dan berselawat. Kedai-kedai mamak lebih ceria berbanding masjid-masjid yang cuma dihuni orang tua. Oh!

Terbit pula rasa kasihan melihat peniaga yang ghairah mempamerkan dagangan masing-masing di bazaar sehingga segelintirnya mengenepikan nilai kasihan belas. Meletakkan harga yang tidak munasabah dan amat berbeza dengan tahun sebelumnya. Sebiji popia goreng biasanya dijual 0.30 sen menjadi 0.50 sen (di bazaar dekat pasar Changlun). Isteri saya seraya bertanya tidakkan menjadi dosa (riba) bila berjualan dengan untung yang berlebihan? Saya senyum ..terasa kelat untuk saya jawab.

Apapun sama-sama kita bermuhasabah dan memperbaiki diri sempena bulan al-mubarak ini. Semoga berjaya. Amiin.

Monday, September 06, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, September 06, 2010 in , , | No comments
Salam.

Bergembiralah barangsiapa yang berjaya melangkah ke fasa ketiga Ramadhan al-Mubarak ini. Lagi gembira jika mereka berjaya memanafaatkan 10 terakhir Ramadhan ini dengan mencari malam penuh keberkatan al-Qadr dengan amalan-amalan yang menjangkaui amalan harian biasa di bulan-bulan selain Ramadhan.

Fasa yang menjanjikan pelepasan dari ancaman neraka ini hanayalah untuk mereka yang layak. Besar harapan agar kita pun termasuk dalam kelayakan ini. Semua umat Islam sedia maklum akan kelebihan al-Qadr, namun hanya beberapa kerat yang bertuah memilikinya.

Di mana-mana masjid mula dijauhi dan bazaar mula dipenuhi, itulah antara tanda-tanda kita belum terdidik dengan didikan Ramadhan. Didikan yang mengajar kita erti sebenar fitrah manusia iaitu beribadat dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga puasa kita kali ni tidak hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga saja. Na`uzubillah.



Thursday, September 02, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, September 02, 2010 in , , | No comments
Salam.

Majlis Khatam Quran dan Perasmian Penutup Program Ihya` Ramadhan telah diadakan di Dewan Bitara SMSKP. Perasmian penutupan telah dilakukan oleh Tuan Haji Ismail Ibrahim, Pengetua SMSKP dengan ucapan yang lebih menjurus kepada pembentukan akhlak.

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan Majlis Khatam Quran yang disempurnakan oleh ahli-ahli BADAR SMSKP. Penyampaian Infak Ramadhan juga telah disampaikan kepada pekerja am sekolah, pelajar-pelajar terpilih dan imam solat tarawih sepanjang Ramadhan di surau SMSKP. Tak lupa juga Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Nilam al-Quran dan Tulisan Khat.

Majlis diserikan lagi dengan 2 lagu dendangan kumpulan nasyid SMSKP. Tahniah dan syabas kepada Panitia Pendidikan Islam dan BADAR serta jawatankuasa guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Teruskan berbakti.

Monday, August 16, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, August 16, 2010 in , , , , , , | No comments
Salam.

Semalam sekitar jam 8.00 pg di surau SMSKP berlangsungnya pelancaran Program Ihyak Ramadhan SMSKP 2010/1431 H. Pelancaran perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim dan dihadiri oleh semua pelajar dan guru-guru SMSKP. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengharapkan agar semua warga SMSKP dapat mengambil peluang untuk melakukan perubahan memantapkan akhlak diri masing-masing.

Sebelum itu saya selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam SMSKP 2010 diberi penghormatan untuk mengucapkan sepatah dua kata sebagai pembuka majlis. Dalam ucapan ringkas itu, saya menzahirkan sepenuh pengharapan kepada warga SMSKP agar dapat merebut peluang yang terhidang di bulan yang mulai lagi barakah ini (Ramadhan) untuk menggandakan ibadah sekaligus memperbaiki diri dan menyucikan hati dari kesilapan yang lepas.

Syabas dan tahniah serta terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga kerja program terutamanya jawatankuasa kerja (Panitia Pendidikan Islam dan BADAR) kerana berjaya meneruskan agenda memperkasakan Islam melalui pendidikan dan program2 di sekolah,.

Walaupun menghadapi sedikit kesulitan di awalnya, namun ianya bukan satu penghalang kepada pelaksanaan program yang lebih gemilang, sekaligus memartabatkan panitia sebagai wadah perjuangan ke arah khaira ummah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Semoga kita sentiasa istiqamah dengan program-program yang lebih bermakna pada masa hadapan. Insyaallah!


Thursday, August 12, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, August 12, 2010 in , | No comments
Salam.

Semalam saya bersama isteri mengunjungi bazaar Ramadhan di Changlun. Tujuannya tidak lain dan tak bukan membeli juadah berbuka puasa. Inilah tempat rutin kami untuk berbelanja di bulan puasa ni sejak 5 tahun yang lepas (sekali sekala ke Napoh, Arau dan Kangar).

Namun kali ini suasananya amat berbeza, dengan gerai yang berniaga tidak sebanyak tahun-tahun lepas (mungkin kerana peniaga dah berpecah dua, satu lagi bazaar yang baru dibuka di ruang kosong belakang Restoren Yasmeen).

Tapi tak kisah la banyak ke sikit gerai, yang pastinya lauk mesti kena selera. Lagipun bukannya nak borong semua. Namun yang terkejutnya bila tengok harga lauk pauk yang dijual. Bayangkan keli bakar yang panjangnya cuma sejengkal dijual dengan harga RM3.00 dan gulai kawah semangkuk (plastik) RM5.00. Wah! Wah! Wah! benar-benar Barang Naik kali ni.

Dalam dok tak puas hati tu beli juga, dah itu seleranya. Sebelum balik sempat juga beli air kegemaran 'nira' (di Kelate panggil Air Tuak) harganya tetap sama RM2.00 (macam tahun-tahun lepas) tapi airnya cuma diisi separuh plastik. Emmm duit-duit.

Wednesday, August 11, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, August 11, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

11 ogos telah menjelma. Saatnya telah tiba. Ramadhan al-mubarak diraikan oleh seluruh pelusuk manusia, muda dan tua tanpa mengira bangsa.

Bulan yang penuh barakah dan rahmah bagi mereka yang membuka pintu hati masing-masing untuk menerima dan meraikannya tanpa perlu membina jurang hijab di antara makhluk dan khaliq.

Akan tetapi ia adalah sebaliknya (menjadi musibah) bagi mereka yang berhati keras lagi enggan bermuhasabah diri, sengaja menafikan keperluan diri manusia yang sentiasa mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri masing-masing. sifat leka dan alpa berterus-terusan menanggapi golongan ini. Wal`iyazubillah.

Besar ajaibnya hikmah dan barakah Allah SWT sebenarnya, di bulan yang penuh mulia ini digambarkan seribu macam perangai manusia yang sekelip mata berubah untuk mengahadapi Ilah.

Segelintir mereka yang dulunya melupakan tangga-tangga masjid, sudah menjadikannya rutin untuk dipijak. Segelintir mereka yang jarang beramalan sunat (solat) berbelas-belas rakaat mula membiasakan diri melakukannya. Segelintir mereka yang tak pernah berjual beli, sekarang asyik leka mengira untung laba. Segelintir mereka yang hanya melafazkan ayat-ayat suci dalam solat, sudah mula menjadikannya rutin selepas beribadat.

Begitulah gambaran segelintir manusia yang dialihkan Allah jiwa dan semangatnya. semoga kita sentiasa teralih untuk melakukan amalan-amalan yang bermanafaat di bulan yang mulia ini, sekaligus menjadi pemangkin untuk bulan-bulan yang akan datang dengan penuh istiqamah.

Hayya bil Jihad.


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter