actions speak louder than words

Monday, February 13, 2012

Posted by yuss yusoff on Monday, February 13, 2012 in , , , , , | No comments
Kejohanan yang berlangsung pada 8-12 Februari lepas diadakan di SESTA (SM Sains Tapah). Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian iaitu semua SBP ZOn Utara yang merangkumi Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Dalam kejohanan kali ini, pasukan semi-finalist pada tahun lepas diundi mengetuai kumpulan masing2. Juara bertahan SMS Sultan Muhammad Jiwa mengetuai kumpulan A, Naib Juara 2010 SEMESTI kumpulan C, MCKK kumpulan B dan STAR kumpulan D.

Kejutan berlaku apabila finalist pada tahun lepas SM Sultan Muhammad Jiwa dan SEMESTI gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir kerana kalah dalam pertandingan peringkat kumpulan (hanya Johan dari setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir).

SMS Kubang Pasu diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan MCKK, SERATAS dan SMSAH. SMS Kubang Pasu hanya mampu memenangi satu perlawanan iaitu dengan SERATAS dengan 1 wiket. Sebelumnya tunduk pada SMSAH dengan 10 wikets dan MCKK dengan 8 wikets.

STAR telah dinobatkan sebagai Johan mengalahkan MCKK di perlawanan akhir dengan 13 larian (113-100), 10 wiket. SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin dan SMS Pokok Sena diiktiraf tempat ke 3 bersama.

Semoga penganjuran kejohanan akan datang akan lebih gemilang dan penuh dengan semangat kesukanan.




Thursday, February 02, 2012

Posted by yuss yusoff on Thursday, February 02, 2012 in , , | No comments

Salam. Dalam sibuk-sibuk bekerja baik tenangkan jiwa dan otak sambil dengar lagu ni...Insyaallah damai.Ya Habib...lau ka na bainana. salam maulidurrasul 1433 H

Wednesday, February 01, 2012

Posted by yuss yusoff on Wednesday, February 01, 2012 in , , | No comments
Salam. Dikhabarkan seramai 51 pelajar baru dari beberapa negeri termasuk Kedah dan Perak telah mendaftar untuk sama-sama menyertai 120 pelajar yang sedia ada di tingkatan 4. Walaupun pada peringkat awalnya senarai sebenar intake untuk kali ini ialah 84 orang.

Pendaftaran yang sepatutnya berlangsung awal Februari telah dipercepatkan pada 31.1.2012. Berkemungkinan juga untuk menyelaraskan beberapa perkara di peringkat Bahagian SBP dan juga di peringkat bawahan SBP. Selamat menyertai warga SM Sains Kubang Pasu. Semoga terus istaqamah menuntut ilmu.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter