actions speak louder than words

Sunday, December 25, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, December 25, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Kesungguhan pemain2 TRW bertahan hingga akhir dengan 9 keupayaan wajib dipuji. Walaupun aura fanatik penyokong semakin membumi di Stadium Sultan Muhammad IV, namun perasaan itu seakan tidak wujud dan tak melekat kuat dalam diri dan otak 2 pemain TRW ni.

Bahkan demo 2 ni seakan tidak tahu menilai prestij perlawanan malam tadi, dengan slogan Piala Permai dan Piala Uniti itu pun masih tak faham2 maksud dan tujuan perlawanan tersebut. Tindakan kurang cerdik dan semberono bahkan (tork bijok) telah sedikit sebanyak menggugat semangat melawan rakan sepasukan lain.

Senario ini seakan mengulang kembali cerita-cerita lama awal 90an, di mana senario bolasepak di Kelantan khasnya yang menjadi bualan kerana ketidakstabilan emosi pemain2nya. Sehinggakan slogan penyokong pada masa itu iaitu "cah keting" seakan meredhakan tindakan panas segelintir pemain pada masa itu.

Siapa yang mudah lupa dengan tendangan kung-fu ala Eric Cantona keeper TRW Halim Napi (oghe Kelate kato jerk). Hal ini seakan membenarkan kata-kata seorang jurulatih jika mahu TRW kalah mainkan emosi mereka. Bila nak berubah ni tak tau la. Pade-pade la wei.

Tapi kira kemas juga la mainan malam tadi dengan 9 kekeuatan pun Persebaya tak boleh score banyak. Lagi kemas kalau pemain import tu rajin sikit. Minggu depan ni cerita lain la. Gomo!

:: gambar tu ambil kat TRW.com

Friday, December 23, 2011

34

Posted by yuss yusoff on Friday, December 23, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Khabarnya keputusan PMR 2011 dalam kalangan SBP seperti berikut :

  1. SM SAINS TG MUHD FARIS PETRA 1.0139
  2. SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
  3. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
  4. SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
  5. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
  6. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
  7. SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
  8. SM SAINS SELANGOR 1.0263
  9. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
  10. SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273
  11. SM SAINS POKOK SENA 1.0279
  12. SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
  13. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
  14. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
  15. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
  16. SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
  17. SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
  18. SM SAINS MACHANG 1.0411
  19. SM SAINS MIRI 1.0439
  20. SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
  21. SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
  22. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
  23. SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
  24. SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
  25. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
  26. SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
  27. SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
  28. SM SAINS REMBAU 1.0727
  29. SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
  30. SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
  31. SM SAINS LABUAN 1.0829
  32. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
  33. SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
  34. SM SAINS KUBANG PASU 1.096
  35. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
  36. SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
  37. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
  38. SM SAINS KUCHING 1.1258
  39. SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
  40. SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149
  41. SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
  42. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
  43. SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824

tak payah tengok nombor lain, fokus je pada nombor 34..hu..hu..ni baru separuh jalan, belum sampai 52 buah sbp lagi ni..

Thursday, December 22, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 22, 2011 in , , , | 2 comments
Salam.

Berita pagi ini kat UO : Penuntut Malaysia Cemerlang

(dari kiri) Dr. Rosaida Sidek, Dr. Zaitul Akma Baharudin dan Dr. Nurshaheda Mohd. Salleh tersenyum bangga apabila diumumkan antara penuntut perubatan yang cemerlang di Jakarta, semalam. – BERNAMA


Result dah cemerlang, senyum pun bukan main tapi lagi cemerlang bila doktor yang di tengah-tengah itu berjilbab...

Thursday, December 01, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 01, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Tahniah buat semua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (100 Plus Astro Arena) 2011 :

1.Kelab Terbaik : PKNS Selangor
2.FA Terbaik : Selangor FA
3.Pemain Harapan : Wan Zack Haikal
4.Jurulatih Terbaik : Irfan Bakti Abu Salim

5.Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha
6.Pemain TengahTerbaik : Safiq Rahim
7.PertahananTerbaik : Norhafiz Zamani Misbah
8.Penjaga Gol terbaik : Khairul Fahmi Che Mat
9.MVP@Supermokh : Norshahrul Idlan Talaha

Semua pemenang tu rasanya memang layak. Tapi yang paling 'menyayat' hati bila dengar ulasan Zainal Abidin Rawop kata pasukan negeri ini mencapai satu pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2011. Tau la dia ni die hard fan Selangor tapi agak2 la. Jangan sembang benda yang tak ada!

Lawaknya apabila nama pasukan Selangor diumumkan sebagai pemenang atas dasar pengurusan yang baik. Apa pencapaian membanggakan Selangor tahun 2011 ni? Memecat K Devan? Rabun apa Ketua Jurulatih negeri-negeri dan kelab yang memilih semua pemenang ini? Ada tangan-tangan tersembunyi ke ni? 

Kalau Pemenang Liga Super 2011 (Kelantan), Pemenang Piala FA 2011 (Terengganu) atau Pemenang Piala Malaysia 2011 (Negeri Sembilan) logik la kan. Ada Pencapaian. Kelab Terabaik PKNS tu logok la dah menang Liga Premier 2011. 

Apapun keputusan dan dibuat. Semoga bola sepak Malaysia bertambah maju tanpa 'berliku2'. Steady la Mat Yo dan Apek!



Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter