actions speak louder than words

Sunday, September 25, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, September 25, 2011 in , , , , , | No comments
Salam.

Cemas sungguh bila tengok Pahlawan Merah terkial-kial di Pasir Gudang untuk menandingi Sang Lebah, selepas dibolosi seawal minit kedua. Namun gerakan pantas Alex tak lama selepas itu menyelamatkan Pahlawan Merah dari menghadapi situasi sukar. Tahniah!

Kekalahan Felda di tangan Sarawak juga dilihat 'satu bonus' buat Kelantan apabila kedua-dua pasukan mencatat mata yang sama (10). Perbezaan jaringan setakat ini membolehkan Kelantan mendahului kumpulan C.

Tapi perlawanan berikutnya menentang Felda U walaupun dilihat sebagai pelengkap jadual tapi ianya lebih kepada perlawanan mengembalikan maruah selepas diaibkan pasukan yang sama sebelumnya, disamping menentukan juara kumpulan. Cuma tak sedap tengok ramai dapat kad kuning 'free'! Kasar sikit mainan malam tadi!

Buktikan Stadium Sultan Muhammad ke IV masih lagi berbisa. Merah tetap membara!

:: gambar ambil kat trw.com

Saturday, September 24, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, September 24, 2011 in , , | No comments
Salam.

Sebut saja Mekah kita akan sinonimkan dia dengan al-Mukarramah, macam kita dah biasa menyebut nama negeri-negeri ditempat kita seperti Kedah darul Aman, Johor Darul Ta'zim, Kelantan Darul Naim (sekadar beberapa contoh).

Al-mukarramah ni secara ringkas maksud dalam bahasa Melayu ialah 'yang dimuliakan'. Ada sebabnya kenapa ia dinamakan sedemikian. Sudah tentunya ada banyak sebab, antaranya ialah amalan manasik haji yang turun temurun amalkan di sana.

Jadi kita berpandangan dengan dinamakan begitu seluruh manusia akan menghormati Tanah Suci ini bersesuaian dengan namanya. Jesteru sesiapa yang berkunjung atau berada di sana sepatutnya sentiasa berhajat dan berusaha untuk berada dalam suasana yang dimuliakan bukannya berniat melakukan sesuatu yang dimurkai (Allah SWT), apatah lagi melakukanya.

Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Cuba baca berita kat akhbar tempatan kita. DI SINI. Masyaallah! Macam tak percaya pulak 'kegiatan yang dikatakan tertua di dunia' ini wujud di Tanah Suci. Tapi itulah hakikatnya!

Tuesday, September 13, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, September 13, 2011 in , , | No comments
Salam.

Kecewa sungguh dengan prestasi skuad sepaktakraw negara di Kejohanan ISTAF Super Series Bangkok, Thailand yang lalu.

Kejohanan yang berlangsung pada 8-11 September lepas di Stadium Fashion Island, sekali lagi menobatkan Thailand selaku kuasa sepaktakraw dunia yang tak terkalah dengan mengecewakan harapan besar skuad Indonesia.

Mana tidaknya badi kekalahan kepada pasukan yang 'dianggap' kerdil dalam dunia sepaktakraw moden masih belum dapat dihapuskan sepenuhnya, walaupun rata-rata (sebahagian besar) skuad Malaysia tampil dengan muka-muka baru.

Kekalahan di tangan Indonesia (15-10, 12-15, 17-16, 7-15, 15-12) pada peringkat suku akhir amat-amat memalukan. Lagi menyedihkan berbanding kalah kepada Vietnam dan Myanmar suatu ketika dulu. Nampaknya mereka tidak belajar dari kekalahan dalam Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur Julai lalu.

Lagi sedih bila dengar cakap-cakap pandai orang kuat PSM yang berapi -rapi ni. MACAM NI dan MACAM NI. Jika hanya pandai beralasan nampak gayanya sukan yang sangat saya minati ini semakin lama-semakin menuju ke jalan suram.

Apa nasib Malaysia di Sukan SEA Indonesia November nanti? Adakah emas hanya mimpi? Kita hanya mampu berdoa!

Monday, September 12, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, September 12, 2011 in , , | No comments

Salam.

Malam tadi bila tengok Buletin Utama PM kata kerajaan tak luluskan caj 6% oleh telco kepada pengguna pra bayar. Mula tu susah nak percaya juga. Ya la tengok je apa dah jadi dengan ASTRO dalam kerajaan dok kata tak ada kelulusan tapi akhirnya 'harga' ASTRO naik juga.

Tapi pagi semalam dapat sms dari Celcom mengatakan caj 6% akan dikenakan juga selepas 15 September. Aik heran juga, siapa yang hebat ni? Ketua Telco ke Ketua Kerajaan?

Tapi jawapan siapa hebat akhirnya terjawab bila tengok gambar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan+SKMM kita senyum melebar apabila selesai bermesyuarat dengan tokey-tokey telco.

Sambil tu akhbar kita memaparkan headline "caj 6% ditangguh". Mesti ramai yang senyum tapi ingat ditangguh bukan dimansuh.

Thursday, September 08, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, September 08, 2011 in , | No comments
Salam.

Sehingga kini kemeriahan Syawal masih diraikan sebahagian dari kita. Bermacam cara dianjurkan untuk memeriahkan lagi sambutan.

Di pejabat-pejabat dan rumah-rumah taman banyak sekali diadakan rumah terbuka, sehingga awal-awal lagi telah diwar-warkan menunya : bermacam kuih raya yang tergeliat lidah menyebutnya sehinggalah kepada kambing panggang. Wah berselera sekali. Bahkan ada kalanya kesuntukan masa kita nak menghadirinya kerana terlalu banyak jemputan. Terpaksa juga kecewakan tuan rumah.

Namun begitu ianya tetap tak terlawan kemeriahan beraya di kampung halaman. Tiada almond london, cornfalake, oats dll yang ada cuma lemang, ketupat dakap, nasi himpit, nasi manis, tapai beras, nasi dagang, laksa dll semuanya klasik. Tapi itu dah lebih dari cukup bagi orang kampung. Bukan menunya yang utama, tapi ucapan maaf dan ziarahnya.

Bertakbir beramai-ramai di masjid malamnya, bergegas untuk solat sunat hari raya (takut tak dapat saf-tak ada tempat) kalau adapun di koridor tepi yang biasanya jadi habuan cicak melunaskan hajatnya, menziarahi kubur dengan tahlil, mengunjungi saudara dan rakan taulan dari rumah-ke rumah benar-benar menggamit nostalgia zaman kanak-kanak dulunya.

Alhamdulillah rutin yang pernah dilalui lebih 30 tahun dulu masih lagi kekal dan menebal sehingga kini, cuma sakitnya hati dengan bunyi mercun yang bertalu-talu.

Namun begitu al-fatihah buat keluarga sahabat saya Che Hassan Che Omar atas kembalinya ayahanda beliau (Pak Da Omar) ke rahmatullah. gayanya kampung kami kehilangan ramai warganya tahun in,i bermula dengan kematian 4 sepupu saya, datuk saudara saya, Mat Amin dan kali ini Pak Da Omar pula menyusul.

Berita kematian tok guru pondok Pasir Tumbuh (Tuan Guru Hj Hashim) juga memilukan. DI SINI, SINI, SINI dan SINI.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter