actions speak louder than words

Tuesday, April 26, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, April 26, 2011 in , , | No comments
Salam.


Pertembungan dua gergasi merah dalam arena bolasepak negara malam ini, pastinya akan menjadi perhatian seluruh peminat bolasepak terutamanya dalam persaingan liga super.


Selangor dengan aksi yang lebih konsisten akhr-akhir ini, sudah tentunya ibarat gergasi yang terluka (kalah 0-2 dalam Piala Sumbangsih yang lalu) akan berusaha sedaya upaya untuk memadamkan rekod bersih Kelantan di Stadium 'keramat' Sultan Muhammad IV.


Manakala Kelantan dengan prestasi yang tidak menentu kebelakangan ini, cuma berbekalkan rekod kemenangan dalam pusingan pertama dulu, dan rekod kebal di SSMIV dilihat menghadapi saat gentir dan sukar untuk mengekang lawan.


Apapun perlawanan malam ini, dilihat ruang untuk mempamerkan siapa sebenarnya yang menguji dan siapa yang diuji. Selamat berjuang Wira Merah. Sehingga ketemu lagi di Astro Arena 801 malam ini (nak p tengok pun, nun jauh di Kedah la ni)

Wednesday, April 13, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, April 13, 2011 in , , , | No comments

Hmmm sedihnya
kalah tanpa melawan,
tanpa balas,
tiga kali berturut-turut.

Tuesday, April 12, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, April 12, 2011 in , , | 2 comments
Salam.

Dalam asmaa' Allah SWT, al-Hakim merupakan salah satu nama dan sifat yang menunjukkan kebijaksanaan Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun. Bahkan masyarakat kita membiasakan diri dengan menyebut 'Maha Bijaksana' bagi menggambarkan betapa bijaksananya Allah SWT berbanding makhluk.

Bijaksana Allah ini meliputi segalanya sebahagiannya mampu dihuraikan oleh manusia dan sebahagian lagi masih dalam pengkajian dan sebahagiannya juga diluar bidang penegetahuan mereka. Maha Besar Allah SWT.

Di antara tanda kebijaksanaan Allah SWT yang manusia boleh mengambil iktibar ialah asal kejadian manusia itu sendiri. Daripada permulaan kejadian sehinggalah kepada kelebihan - kelebihan dianugerahkan akal, fizikal yang sempurna, cap jari, sel-sel seperti DNA dan sebagainya, diharapkan menjadikan manusia sentiasa bertadabbur dan akhirnya melahirkan sikap syukur dalam diri.

Walaupun rasa syukur boleh dipupuk dan terjemahkan ke dalam pelbagai bentuk pengakuan hati, percakapan lidah dan pembuktian anggota, namun manusia nampaknya terkesamping dalam hal ini.

Manusia, ada kalanya menzahirkan keunikan kejadian Allah SWT yang ada pada mereka umpamanya kesempurnaan fizikal, ke dalam bentuk yang salah lagi terpesong dari landasan syariat.

Lihat DI SINI dan DI SINI. Petikan "orang cerdik" lebih kurang begini bunyinya :

"Kami tidak takut meneyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan. "Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. dalam erti kata lain, sambil 'enjoy', buat benda baik, ".

Nah beginilah dapat difahami bahawa "cerdiknya' golongan manusia zaman kita ini. "Cerdik" yang boleh menyebabkan mereka merana di alam baqa'. Na`uzubillah. "Cerdik" yang sudah tidak lagi mampu membezakan kebaikan yang sebenar-benarnya. Kebaikan yang boleh memberi manafaat untuk kehidupan dunia yang fana dan akhirat yang abadi.

Mana JAIP & MUIP ni?. Mufti Pahang tak mahu ulas ke? Takkan Mufti Selangor dan Mufti Pulau Pinang je buat ulasan?






Saturday, April 09, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, April 09, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Semenjak dua ni tak sudah-sudah kedengaran isu-isu yang melibatkan guru dan murid, 4 April lepas heboh dengan kisah Murid agama dibelasah guru meninggal (kes 1).

Minggu ini pula riuh dengan cerita Pelajar menumbuk guru. (kes 2)

Kebetulan pula kedua-dua kes berlaku di Perlis, satu di Jejawi Arau dan satu lagi di Bukit Keteri Padang Besar.

Maka sibuk la kawan-kawan kat pejabat (yang tahu saya pernah bertugas di Perlis) bertanyakan sekolah mana dan kenalkah saya dengan ustaz tersebut (kes 1).

Saya senyum saja dan jawab tak tahu, hakikatnya memang saya tak tahu. selepas disoal terdetik dalam hati saya perasaan yang teramat sangat nak tahu.

Masa tu memang tak sempat nak baca paper atau 'surf' internet sebab kalut dengan Pertandingan Drama Bahasa Ingeris SBP Zon Utara kat sekolah. Jadi tak berani la nak jawab.

Tapi kini ianya bukan rahsia lagi bila media memaparkan nama sekolah (Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi), pelajar (Saiful Syazani Saiful Sopfidee) dan ustaz yang terlibat.

Berkebetulan lagi sekolah yang terlibat adalah sekolah kelolaan PAS, jadi makin galak la masyarakat bercerita, ada yang terus-terusan menyalahkan ustaz tersebut dengan gantian ustaz zalim, tak ada akal, guru syaitan.

Baca DI SINI dan DI SINI dan macam-macam lagi gelaran yang memang 'berasap' didengar oleh mereka yang bergelar ustaz.

Peliknya sampai ke hari ini (setahu saya) tidak ada satu kenyataan pun dari pihak yang bertanggungjawab (pihak pengurusan sekolah @ PAS Perlis) memberi penjelasan tentang isu tersebut. Kecuali DI SINI . Jika ianya tak dipaparkan di media terbuka, usahakanlah agar ianya dipaparkan di media alternatif yang lain. Harakah macamana?

Walaupun ianya telah menjadi kes polis kerana kes telah disiasat di bawah kanun keseksaan, tapi sekurang-kurangnya tampillah dengan kenyataan yang boleh mengembalikan semula kepercayaan masyarakat terhadap sebuah sekolah awal kanak-kanak yang menerapkan suasana Islamik.

Setidaknya masyarakat boleh mendapat berita dari sumber yang berbeza (yang pentingnya tepat dan sahih) sekaligus masyarakat dapat menilai dengan penilaian mata hati yang Insyaallah akan terlepas dari fitnah dan kata-kata nista. Insyaallah!

Ataupun sekurang-kurangnya dapat juga membersihkan semula nama ustaz tersebut (khabar yang dapat dari anak murid saya yang rumahnya bersebelahan dengan sekolah tersebut : ustaz itu baik, tapi tak tahu kenapa boleh jadi macam tu??) .

Walaupun begitu hakikat sebenarnya yang salah tetap salah, yang benar tetap benar namun biarlah kita adili dengan penuh hemah dan hikmah.

Bagi kes 2 , nampak gayanya kena rujuk sahabat saya Sdr. Anizan di SMKDJH supaya dapat gambaran yang jelas. Insyaallah.

p.s : gambar ambil kat BH.

Sunday, April 03, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, April 03, 2011 in , , , , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah selepas berjaya di peringkat PKG tempoh hari pasukan Nasyid sekolah, perserta Hafazan dan Tilawah lelaki dan Syarahan perempuan mengadu nasib di peringkat daerah yang diadakan di SMK Ayer Hitam pada 2.4.2011 yang lalu.

Di sinilah peserta-peserta SMSKP (yang mewakili PKG Kodiang) dilihat menempuh suasana pertandingan sebenar di mana boleh diibaratkan mereka bertemu buku dengan ruas.

Dengan 4 acara yang disertai, hasrat kami panitia Agama Islam SMSKP pada tahun 2011 ini sangat tinggi iaitu mengatasi pencapaian pada tahun lepas dengan sekurang-kurang menjadi Naib Johan. Walaupun begitu pencapaian pada tahun ini tidak menepati hasrat dan keinginan para guru dan muridnya, Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Sekalung TAHNIAH kepada Muhammad Aminuddin bin Che Omar (Naib Johan Ujian Hafazan Lelaki) dan Mohd Arifkamil bin Omar (Naib Johan Ujian Tilawah Lelaki) dan kumpulan Nasyid Subulussalam (Ketiga) di atas pencapaian yang membanggakan nama sekolah dan PKG.


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter