actions speak louder than words

Thursday, March 31, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, March 31, 2011 in , | No comments
Salam,

Pada tarikh ini, genaplah 4 tahun usia anak perempuan saya Damia Amirah. Dalam usia sebegini, macam-macam karenah yang terpaksa dihadapi oleh umi dan abahnya.

Ada ketikanya melucukan, ada ketikanya 'menipis'kan kesabaran dek tuntutan-tuntutan yang tak munasabah untuk ditunaikan. Oh! anak.

Apapun karenah anak-anak inilah yang menjadi pengubat segala penat lelah bekerja, hati yang runsing dan gundah gulana dek masalah yang tak putus-putus tiba dan bertimpa-timpa.

Namun semuanya berubah dan hilang seketika, apabila memandang redup sayu mata mereka. Kesayuan mata mereka seolah-olah mengajar kita mengingati dan menyelami banyak benda yang selama ini kita alpa. Oh! anak.

Semoga kita sekeluarga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. Amin

Monday, March 28, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, March 28, 2011 in , , | 2 comments
Salam,

Dalam sibuk-sibuk berSMS dengan Nagaliar, tetiba dapat SMS dari adik saya mengatakan Shaikhah dah menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau adalah satu-satunya sepupu saya (dari 4 orang) yang terselamat dalam kemalangan ngeri 21 hb yang lalu. Namun setelah 4 hari berada dalam keadaan kritikal di hospital akhirnya beliau menyambut panggilan Ilahi juga akhirnya.

Nampak gayanya bulan ini penuh dengan berita kematian dalan kamus saya.

Sebetulnya dua hari lepas adik saya sudah mengkhabarkan keadaan arwah di mana doktor telah memaklumkan ahli keluarga kami, peluang untuk Kak Long (gelaran keluarga kami buat arwah Shaikhah) hidup adalah amat tipis walaupun dah diberikan rawatan yang sewajarnya kerana masalah tertentu.

Khabarnya darah sudah memenuhi kepalanya yang mengakibatkan komplikasi yang besar. Sukar dan amat mustahil untuk mengatasi masaalah ini terutamanya bila merujuk keadaan semasa arwah.

al fatihah.


Sunday, March 27, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, March 27, 2011 in , , , , | No comments
Salam,

Lebih kurang jam12.32 pagi tadi Cikgu Muhaidzar SMSSI Mersing SMS saya mengatakan Cikgu Nawiah Rosdi telah kembali ke rahmatullah.

Sebelum itu beliau dah SMS saya jam 1.09 petang mengatakan Cikgu Nawiah sedang nazak dan kritikal.

Begitulah suburnya ukhwah dalam kalangan bekas warga SBP Integrasi Mersing (SMSSI) baik guru ataupun muridnya, sentiasa berhubung menanyakan khabar berita walaupun bukan selalu.

Terbayang wajah ceria dan senyum leretnya bila kami sama-sama 'kepeningan' rmenguruskan rumah Ingeniere. Terbayang juga wajah cekung beliau bila baca blog Nagaliar.

Sebenarnya dah lama sangat tak berhubung cakap dengan beliau, walaupun tahu dia tenat dengan sakitnya tapi masa tak mengizinkan hatta dengan hubungan telefon atau SMS sekalipun. Seingat saya kali terakhir masa saya kat Perlis, beliau minta belikan buku fizik versi utara.

al-fatihah.

Saturday, March 26, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, March 26, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP pula, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .

Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)
  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.


Syahrul Asyraf menunggu giliran

sebahagian guru dan peserta

Johan Hafazan (L) Muhammad Aminuddin Che Omar

Afzan Izzani Azhar menyampaikan syarahannya

Wednesday, March 23, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, March 23, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Akhirnya terjawab sudah, keputusan SPM 2010 yang diumumkan pada hari ini (jam 11 di SMSKP) melahirkan perasaan suka duka guru dan murid.

Tak banyak yang boleh dibanggakan dengan hanya 5 orang mendapat straight A, dan menjadi SBP yang terakhir di Kedah adalah sesuatu yang mendukacitakan (namun sudah dijangka).

Namun ada juga boleh dibanggakan apabila SMSKP mencatat 100% lulus dalam semua matapelajaran. Tahniah buat semua panitia. Tahiah juga buat M. Shuib yang ditabalkan pelajar terbaik SPM 2010 dengan pencapaian 9A.

Apabila majlis tamat saya bersembang dengan beberapa orang guru, sembang kami mulanya hanya berkisar kepada bekas calon SPM 2010 yang datang ke sekolah dengan pelbagai gaya pakai dan rambut (walaupun dah diberi peringatan supaya berambut pendek dan berpakaian kemas semasa hadir ke majlis)

Cakap-cakap kami kemudiannya beralih pula kepada pencapaian sekolah. Kami cuba-cuba mencari penyebab utama atas 'kegagalan' pelajar-pelajar mencapai target yang ditetpakan pihak sekolah.

Dalam banyak-banyak sebab yang disebut, satu yang amat menarik minat saya : 'kurangnya adab pelajar dengan guru'. Hmm ada benarnya juga setelah diteliti kisah-kisah pelajar pada tahun lepas.


Tuesday, March 22, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 22, 2011 in , , , | No comments
Oleh Ramli Ibrahim

GUA MUSANG: “Saya tidak sangka, dia (Allahyarham Hasmah Idrus, 28) bersama adiknya, sanggup menunggu kepulangan kami dua beranak daripada melawat sepupunya yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semata-mata untuk memohon maaf.

“Cuma ketika itu, tingkah laku dua beradik yang periang itu bertukar menjadi pendiam ketika bersalaman dan tidak sangka ia pertemuan terakhir,” kata Robiah Mat Daud, 50, ibu kepada Hasmah Idrus dan adiknya Siti Aminah, 22, yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.


Perjalanan Hasmah yang juga pegawai bank RHB Kuala Lumpur bersama adik dan sepupunya selepas selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah keluarga mereka bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini.

Kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dinaiki empat sepupu terbabit dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda menyebabkan dua daripada sepupu itu meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi di Hospital Kuala Krai (HKK).


Hasmah dan seorang lagi sepupunya, Shaibah Che Danial, 24, meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya, Siti Aminah disahkan meninggal di HKK.


Adik Shaibah, Syaikhah, 23, yang cedera parah kemudian dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut dan dua lagi yang turut cedera termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda bersama seorang penumpangnya berusia dalam 40-an, dirawat di hospital sama.

Kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.


Dua mangsa tercampak keluar dari kereta Perodua Kelisa yang berpusing di tengah jalan ketika kemalangan berlaku, manakala Hasmah yang juga pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk dan terpaksa mendapat bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan mayatnya.







Robiah berkata, empat sepupu itu pulang ke kampung berkenaan enam hari lalu untuk menghadiri majlis kenduri menyambut menantu abang sulung Hasmah, Abdul Wahid, 30, pada Sabtu lalu di Kampung Pasir Era, Kuala Krai.


Katanya, semua sepupu terbabit bertolak lewat kira-kira jam 10 malam kelmarin untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana menunggu kepulangannya daripada melawat seorang anak saudara yang sakit di HUSM, Kubang Kerian bersama Abdul Wahid.


“Sebaik kami tiba di rumah, arwah terus bersalam dengan memohon maaf untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tidak sangka kesungguhannya bersalaman menjadi detik terakhir saya bersama dua beradik berkenaan,” katanya.

(petikan dari Harian Metro)

Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 22, 2011 in , , | No comments

GUA MUSANG - Tiga sepupu maut dan tiga parah dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer Tiga Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat tapak Bandar Utama Gua Musang, dekat sini, awal pagi semalam.


Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Pegawai Rashid Hussein Bank (RHB) Kuala Lumpur juga pemandu kereta Produa Kelisa, Hasmah Idrus, 28, sepupunya, Shaibah Che Danial, 34, dan yang meninggal dunia di Hospital Kuala Krai, adik Hasmah, Siti Aminah, 22.


Tiga yang cedera parah adik, Shaibah, Syaikhah, 25, menerima rawatan di Hospital Kuala Krai dan suami isteri yang menaiki pacuan empat berusia lingkungan 40 an yang nama mereka belum diketahui.


Kejadian itu berlaku semasa kereta Produa Kelisa yang dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Erah, Kuala Krai untuk pulang ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.


Pemandu kereta, Hasmah dikatakan tersepit di tempat duduk hingga memaksa sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah.


Abang Hasmah, Abdul Wahid Idrus, 30, berkata, mereka pulang ke kampung sejak enam hari lalu untuk majlis kenduri menyambut isterinya dan tidak sangka dalam perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur berlaku kemalangan.


Katanya, beliau sedih sebaik menerima berita mengenai kemalangan itu dan terus bergegas ke Gua Musang bagi melihat keadaan yang sebenar berlaku.


"Apabila tiba di Hospital Gua Musang sah dua adik saya meninggal dunia dan seorang sepupu hingga saya sendiri rasa pilu melihat keadaan mayat mereka yang cedera parah," katanya.


Abdul Wahid berkata, memang pada asalnya mereka hendak bertolak ke Kuala Lumpur lebih awal kerana bimbang dengan sebarang kemungkinan dalam perjalanan waktu lewat malam.


Beliau berkata, disebabkan beliau bersama ibunya, Robiah Mat Daud, 50, pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk melihat seorang lagi sepupu yang sakit terpaksa menunggu mereka pulang dulu.


"Sebaik saya sampai di rumah hampir jam 10 malam, mereka terus bersalam kerana menyatakan telah lewat untuk pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan muram," katanya.


Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang, Asisten Superintendan Zakaria Syahadan semasa ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa yang meninggal dunia kerana cedera parah di kepala dan badan.


Beliau berkata, empat sepupu yang menaiki kereta Produa Kelisa itu dikatakan gagal memotong kenderaan laun sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.


Dua mayat mangsa dihantar ke HGM manakala seorang HKK untuk bedah siasat dan siasatan lanjut mengenai kejadian kemalangan itu masih dijalankan.


p.s : umur Shaibah 24 bukan 34.


nama kampung pun salah Pasir Era bukan Pasir Erah

Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 22, 2011 in , , | No comments
GUA MUSANG:

"Saya tergamam melihat dua penumpang kereta Perodua Kelisa tercampak keluar sejurus kenderaan mereka berpusing selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda," kata Muslam Hassan, 41, saksi kejadian kemalangan ngeri, kelmarin.

Katanya, dia memberhentikan kenderaannya dan bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi pertolongan kepada mangsa dan sempat melihat seorang daripadanya menghembuskan nafas terakhir di tengah jalan raya dengan keadaannya parah berlumuran darah.

Dalam kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer Tiga Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu tiga sepupu maut, manakala tiga yang lain cedera parah sebelum dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut.

Muslam berkata, ketika kejadian, dia berada di belakang kereta Kelisa yang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang dan sebaik tiba di kawasan berselekoh berhampiran tapak pembinaan projek Bandar Utama Gua Musang, kenderaan terbabit bertembung dengan pacuan empat roda.

Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 22, 2011 in , , | No comments
Three dead, three others injured in accident: "Tuesday March 22, 2011

GUA MUSANG: Three women were killed and three other people badly injured in a collision between a car and a four-wheel-drive vehicle at KM3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Bank officer Hasmah Idrus, 28, and Shaibah Che Danial, 34, died on the spot. Hasmah’s younger sister Siti Aminah, 22, died after being taken to the Kuala Krai Hospital following the accident yesterday. An unidentified man and his wife were injured.

The other injured person was Shaibah’s younger sister Syaikhah, 25, who was treated at the Gua Musang Hospital and later transferred to Kuala Krai Hospital.

Gua Musang police public order and traffic chief ASP Zakaria Syahadan said the accident occurred when the four women, from Kampung Pasir Era, Kuala Krai, were on their way to Kuala Lumpur in a Perodua Kelisa.

The car collided with the four-wheel-drive vehicle at a bend in the road, he told reporters. Zakaria said the couple in the four-wheel-drive vehicle received treatment at the Gua Musang Hospital. — Bernama"
p.s : (Shaibah bukan 24 not 34)
Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 22, 2011 in , , , | No comments
PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 diadakan di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini, pada 9 pagi esok

Menurut satu kenyataan, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.


Calon persendirian pula dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini. Kenyataan itu menyebut Kementerian memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.- Bernama

Hmm.. macamanalah nasib calon-calon SMSKP?

Monday, March 21, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, March 21, 2011 in , , | No comments
Salam,

Berita terkini , jenazah 3 sepupu saya telah selamat dikebumikan petang semalam dan seorang lagi (Syaikhah Danial) telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu untuk rawatan susulan.
Berita Sinar Harian
Posted by yuss yusoff on Monday, March 21, 2011 in , , | 1 comment
Salam.

Seluruh keluarga saya pada hari ini dalam kemurungan dan kesedihan, terutamanya keluarga mak saudara saya Rohaya Mat Sulaiman dan bapa saudara saya Idrus Mat Sulaiman akibat musibah kemalangan.

Kemalangan yang berlaku awal pagi tadi (sekitar jam 1.00 pagi) di Bandar Gua Musang telah menyebabkan 3 orang sepupu saya (2 pasangan adik beradik) iaitu Shaibah bt Danial , Hasyimah bt Idrus dan Siti Aminah bt Idrus (adik beradik) menemui ajal.

Hasyimah bt Idrus dan Shaibah bt Danial dikhabarkan meninggal ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan, manakala Siti Aminah bt Idrus meninggal di Hospital Kuala Krai sekitar jam 5.45 pagi tadi. Manakala kakak Syaibah iaitu Syaikah Danial sedang dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Krai.

2 pasangan adik beradik ini dikhabarkan pulang ke kampung untuk meraikan perkahwinan abang Hasyimah (Abdul Wahid b Idrus) 2 hari yang lepas dan mereka telah bertolak untuk ke Kuala Lumpur sekitar jam 10.00 malam kerana akan bekerja keesokkan harinya walaupun dilarang keras oleh ahli keluarga lain.

Namun apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT dan seluruh ahli keluarga menerima ketentuan dengan redha walaupun sanak saudara dibuai perasaan bergembira dengan majlis walimatulurus sepupu saya Abdul Wahid b Idrus. -
al-fatihah.

Friday, March 18, 2011

Posted by yuss yusoff on Friday, March 18, 2011 in , , | 2 comments
Salam.

Menguruskan disiplin murid di sekolah merupakan satu kerja yang maha berat bagi mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan dengan tugas yang sedemikian.

Memegang title setiausaha disiplin dengan waktu mengajar 16 waktu seminggu bukanlah satu aset untuk dibanggakan, bahkan SU disiplin lebih terdedah kepada perkara-perkara yang tak terjangka akan berlaku yang sekaligus melibatkan reputasi dirinya.

Ini kerana jawatan yang sedemikian merupakan bahana yang memungkinkan seseorang guru itu akan dibenci atau paling tidak pun tidak disukai oleh khalayak pelajar (terutamanya yang melanggar peraturan dan undang-undang sekolah@asrama).

Walaupun tugas ini telah 'diserahkan' kepada semua guru selaras dengan pekeliling 'semua guru adalah guru disiplin' ianya tetap tidak mengubah persepsi murid tehadap guru disiplin di sekolah, terutamanya apabila sampai kepada bab 'membuat keputusan'.

Berita pendidikan semalam digemparkan dengan kes 20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior. Saya menjadi cakna kerana jaraknya cuma 10 KM dari rumah saya, apatah lagi nama sekolah saya pun hampir sama dengan nama sekolah yang terlibat. Lagi cakna apabila kawan2 dah mula ber SMS menanyakan khabar berita.

Apabila dibaca ulasan di akhbar (BH), kes ini agak pro kepada ibu bapa dan kontra kepada pihak sekolah. Inilah adalah satu kelemahan ketara 'berita' di akhbar2 dan di kaca2 tv di Malaysia : suka mengulas isu dari sebelah pihak, manakala sebelah pihak lagi tidak diberi peluang untuk menyatakan pendiriannya.

Secara peribadi saya berpendapat, (selepas mendapat maklumat dari sumber yang sahih) kes ini telah mendapatkan perhatian yang sewajarnya dari pihak sekolah, di mana pelajar2 yang terlibat telah direhatkan (digantung) untuk tempoh tertentu bagi memberi penelitian khusus untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

Akhirnya keputusan membuang pelajar2 yang terlibat merupakan jalan terbaik yang diputuskan oleh pihak pengurusan sekolah (SU Disiplin&HEM), selaras dengan title Sekolah Berprestasi Tinggi yang diraih baru-baru ini.

Apapun pelajar2 tersebut khabarnya boleh merayu dalam tempoh sebulan! Semoga berjaya! Ambil pengajaranlah wahai murid-muridku di SMSKP.

p/s :
- kagum dengan pengurusan sekolah SBPIKP yang menghalang penglibatan pelajar mewakili sekolah dalam aktiviti sukan (hari tu kriket) sekiranya tidak melepasi pointer yang ditetapkan. Syabas!
- berasapla jurulatih sukan kat sekolah bila anak buah gagal di'padang'kan.

-ingat lagi tag line unit disiplin masa kat SBP Integrasi Mersing 'You Touch You Go".

Monday, March 07, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, March 07, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Setelah berkampung selama 5 hari, akhirnya SMS Sultan Muhammad Jiwa dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah antara SBP Zon Utara bagi tahun 2011. Kejayaan manis yang dicapai ini amat bermakna. Selaku tuan rumah mereka berjaya memanafaatkan segala kelebihan yang ada untuk meraih kejayaan.

Ternyata bimbingan jurulatih dan pemain-pemain dari sekolah-sekolah yang berdekatan (di daerah KMY-Johan Kriket MSS Kedah) yang akan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan dan diwakili oleh sebahagian pemain yang akan mewakili Kedah nanti, dilihat amat berbaloi.

Sebanyak 15 pasukan yang mengambil bahagian dalam kojohanan ini, di mana ianya merangkumi 4 negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. 4 pasukan yang dianggap favorite iaitu SEMESTI, MCKK, SMSSMJ dan STAR menepati ramalan apabila berjaya menempatkan diri ke Separuh Akhir.

Manakala pasukan-pasukan baru seperti Sains Bagan Dato (SABDA), Sains Tapah (SESTA) dan Sains Kubang Pasu (SMSKP) dilihat berjaya memberikan saingan. Penyertaan sulung SMSKP mengejutkan ramai pihak apabila hampir-hampir mengalahkan SEMSAH (wakil Kubang Pasu dalam MSS Kedah yang lalu) dalam perlawanan kedua, namun pengalaman mengatasi segalanya.

Biarpun kecundang dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan namun potensi besar untuk SMSKP memahat nama dalam arena kriket di SBP Zon Utara dilihat amat cerah. Semoga berjaya!

Keputusan Penuh :

Johan : SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
Naib Johan : Kolej Melayu Kuala Kangsar
Ketiga : SM Sains Teluk Intan

Pemain SMSKP sedang beraksi

gaya sang juara

Wednesday, March 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, March 02, 2011 in , , | No comments
Salam.

Kejayaan menghasilkan modul untuk calon PMR dan SPM khususnya bagi daerah Kubang Pasu dan memanafaat sepenuhnya kepada pelajar-pelajar, memungkinkan 'projek' ini diteruskan lagi untuk tahun 2011 ini.

Matlamat utama modul al Falah bagi subjek Pendidikan Islam ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang tidak mencapai tahap piawaian (head count) yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD supaya dapat memperbaiki pencapaian masing-masing dalam peperiksaan-peperiksaan umum yang bakal dihadapi.

Jesteru itu bengkel ini telah sedaya upaya menghimpunkan semua Ketua Panitia Pendidikan Islam bagi sekolah-sekolah di Kubang Pasu pada 1 Mac yang lalu di PKG Kodiang untuk menjayakan matlamat tersebut.

Sebahagaian besar mereka terdiri dari guru-guru cemerlang DG44 - DG52 dan pendidik-pendidik yang berpengalaman, di mana ilmu, kudrat dan kemahiran mereka ditagih untuk menjayakan bengkel ini sekaligus dapat diterjemahkan dalam bentuk bercetak untuk dimanafaatkan kepada anak-anak pelajar sekalian.


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter