actions speak louder than words

Sunday, January 30, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, January 30, 2011 in , , , , , | No comments
Salam.

Tahniah seluruh skuad Red Warriors kerana sekali lagi berjaya mendakap piala. Piala kedua berturut-turut (Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985). Ini menjadikan impian penyokong-penyokong agar Red Warriors terus-terusan memberikan saingan sebagai kenyataan.

Impian yang awalnya tampak sukar dilaksanakan jika dilihat kepada keadaan semasa Red Warriors : kekalahan yang berderet dalam perlawanan persahabatan pra-musim, kehilangan beberapa tonggak utama dan yang paling mencabar kehilangan ketua jurulatih akibat penggantungan.

Tapi semua halangan itu berjaya ditempuhi berkat usaha keras dan kerjasama menafikan Red Giants meraikan kejayaan mendakap piala kali ke3 berturut-turut.

Try Piala Super pulak lepas ni.

(gambar ambil kat kelate.net)

Saturday, January 29, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, January 29, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Seramai 40 orang guru SMSKP berkunjung buat julung kalinya ke SM Sains Kuala Selangor (KUSESS) untuk benchmarking pertama tahun 2011 ini. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP Tuan Haji Ismail bin Ibrahim ini disambut dengan semarak paluan kompang yang mengujakan dari pelajar-pelajar KUSESS.

Ditambah pula senyuman meleret Puan Hajah Rossminah bt Yamin selaku Pengetua Cemerlang (JUSA) KUSESS dan guru-gurunya menyambut kedatangan kami, melenyapkan semua keletihan dari perjalanan yang jauh. Lenguh-lenguh belakang kerana melalui jalan seakan trek 'kuda' endurance semakin hilang.

Fokus utama bencmarking ini ialah untuk melihat dan belajar di atas kejayaan pentadbiran KUSESS melatih staf akademiknya ke arah Guru Cemerlang (seramai 11 Guru Cemerlang di KUSESS).

Fokus kedua ialah tentang pelaksanaan program 3K (keceriaan sekolah, bilik-bilik khas dll) di KUSESS dan akhir sekali melihat pelaksanaan program pemantapan akademik khususnya untuk tahun-tahun peperiksaan (PMR dan SPM).

Alhamdulillah benchmarking kali ini dilihat amat berjaya dan mencapai matlamatnya. Tetiba je bersemangat nak jadi GC. Tapi paling mengujakan ialah "Majlis Ambengan". Teringat kenangan kat SBP Intergrasi Mersing (SMSSI) dulu- dulu .

Sunday, January 23, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, January 23, 2011 in , , | No comments
Salam.

Semasa saya pulang menziarahi jenazah "che'' saya lebih kurang seminggu yang lepas saya dalam keadaan yang agak berduka. Namun hikmah Allah SWT mengatasi segala-galanya.

Setelah hampir 19 tahun tidak bersua muka, cuma mendengar khabar berita yang entah benar atau tidaknya, akhirnya ketemu juga saya dengan sahabat baik dan juga rakan sekelas semasa di SMK (A) Falahiah Pasir Pekan. Seingat saya kali terakhir kami berhubung sekitar 1992 itu pun ketika mengambil peperiksaan SPM.

Berkebetulan pula apabila diumumkan calon BN di Tenang ialah En. Azahar Ibrahim, nama ini hampir menyamai nama sahabat saya Azzaha Ibrahim. Sapaan nakalnya kepada saya tetap seperti 19 tahun yang lalu. Orangnya masih lucu, sehinggakan digelar Jahar Kartun oleh rakan sekolah.

Malangnya tak banyak berita yang kami dapat bualkan, dek karenah anak-anak saya yang 'lose control' kat kedai G-Orange tu. Rupanya dah berjaya benar sahabat saya ini. Muka selalu keluar 'paper'. Seorang Arkitek yang berjaya, menerajui Varna Art Gallery di KB, banyak menganjurkan pameran-pameran seni (ukir) dll.

Berbaloilah apabila beliau memohon menggugurkan subjek Kesusasteraan Melayu masa tu (SPM) dan digantikan dengan subjek Lukisan (rasanya dia lah satu-satunya pelajar SMK A yang ambil lukisan masa tu) walaupun terpaksa merayu dengan pihak sekolah.

Kami cuma sempat bertanyakan 'geng karib' masa kat SMK A Falahiah dulu-dulu. Ridzuan Mukhtar aka Due DDulu, Nasharuddin Ramli aka Mek Nah. Ah teringat semula kenangan manis pahit zaman sekolah dulu-dulu.

Insyaallah sampai ketemu lagi.

Thursday, January 20, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, January 20, 2011 in , , | No comments
Salam.

Ketika handphone saya berbunyi jam 5.08 minit pagi sabtu yang lalau, saya dah mengesyaki ada 'sesuatu' yang bakal ataupun sudah berlaku. Tambahan pula nombornya memaparkan siapa pemiliknya. Kedengaran suara serak emak saya memaklumkan 'che' (panggilan keluarga kami untuk tok wan) dah tiada 8 minit yang lalu. Nah ternyata benar jangkaan saya.

Terkedu sekejap saya sambil menggosok2kan mata. Rasa macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Jumaat malam sebelumnya saya bersembang panjang dengan ayah bertanyakan khabar 'che' yang masih di wad HKK. Diberitakan keadaannya beransur lega tapi masih dalam pemerhatian doktor. Rasa bersalah pula tak balik menziarahinya semasa arwah pulang dari Mekah sebulan yang lepas.

Dalam perjalanan pulang saya seringkali teringat zaman kanak-kanak dulu. Besarnya saya banyak rumah arwah, baik makan, pakai, tidur dan sebagainya walaupun rumah saya hanya sepelaung dari rumah arwah, tapi disitulah tempat saya berkubu.

Terkenang juga kemahiran arwah mengajar saya menghasilkan 'jebak' burung, memilih kayu lastik comel, buat sampan dari kayu kekabu. Cuma yang tak sempat nak belajar ilmu kapurkan budak yang kena cacing dan mengurut urat terseliuh. Ruginya.

Bila lutut saya lenguh menekan clutch mengekori lori balak dijalan Grik, sekali lagi saya terkenang bebelannya bila mengurut lutut kiri saya yang terseliuh teruk. "itula dah orang kata bo la( berhenti la), jangan dok main la lagi", marahnya apabila dia tau lutut saya terseliuh angkara sepaktakraw dan bolasepak. Saya sengih aje. Malas nak menjawab nanti lagi panjang bebelannya.

Arwah yang dipanggil Pok Nik oleh orang kampung ni, pendiam orangnya, tak banyak cakap ,tapi penuh dengan kemahiran berburu di hutan, mencari damar, membuat perahu, bubu dan hasil kerja buluh dan rotan. Ruginya saya sebagai cucu tak dapat mewarisinya.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya. Amiin.



Wednesday, January 12, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 12, 2011 in , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan memohon akhirnya permintaan kami untuk menyemak semula pandu arah kiblat bagi surau SMSKP diperkenankan oleh Unit Falak Pejabat Mufti Negeri Kedah. Buktinya mereka telah menghantar seorang pegawai bersama-sama dengan 2 pembantu bagi menunaikan hajat kami.

Semakan ini diharap bakal merungkaikan kekeliruan banyak pihak (di SMSKP) apabila dibuat perbandingan dengan keadaan jatuhnya matahari, kedudukan arah kiblat bagi masjid-masjid sekitar dan melihat bayang semasa matahari di atas kaabah.

Terima Kasih kepada Ustaz Sofiuddin atas kehadiran dan kerjasama. Selepas hampir 30 minit membuat perkiraan, terkejut juga saya apabila Ustaz Sofi memaklumkan bacaan arah kiblat kami 281 darjah sedangkan bacaan sebenarnya selepas dibuat pengiraan ialah 291 04 53 darjah.

Perbezaan hampir 10 darjah. Dimaklumkan juga perbezaan satu darjah hampir menyamai 125 KM (kalau tak silap) apabila dibandingkan dengan jarak di Mekah. Bayangkan kalau perbezaan 10 darjah, tak ke membawa kepada beribu kilometer.

Monday, January 10, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, January 10, 2011 in , | 1 comment
Salam.

Sehari dua ni ada satu dua cerita yang sampai kepada saya yang saya boleh kategorikan sebagai mendukakan, walaupun saya yakin teramat yakin dan percaya ianya tidak lain dan tidak bukan adalah ujian dari Yang Maha Esa.

Sahabat saya di SMSKP Cikgu Khairuddin khabarnya semakin kronik dengan penyakit kanser lidah, walaupun pada tahun lepas telah menjalani pembedahan dan dikatakan telah beransur baik. Namun dikatakan tetiba jangkitan kuman tidak lagi dapat dikawal sekaligus merebak ke bahagian-bahaian lain sekitar leher & tengkuk yang mengakibatkan beliau sukar untuk bercakap dan menjamah makanan. Kuasa Allah SWT.

Bila baca blog Nagaliar pula, saya dapat maklum Cikgu Nawiah SMSSI (SBPIM dulunya) sedang bertarung dengan penyakit kanser paru-paru, khabarnya dah tahap paling kritikal. Terbayang saya wajah cerianya semasa saya di SBPIM 2004-2005 dulu. Ajaibnya dia tak pernah pun mengesan ada tanda-tanda penyakit ni. Dikatakan beliau cuma batuk-batuk panjang sebelum cuti persekolahan tahun lepas, natijahnya awal tahun baharu didiagnosis dengan kanser. Kuasa Allah SWT.

Besar harapan saya semoga dua sahabat saya ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan akan sembuh sepenuhnya.


Tuesday, January 04, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 04, 2011 in , , | No comments
Salam.

Heboh satu Malaya perihal penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dianugerahkan Kerajaan Negeri Kelantan sebuah rumah, ekoran kecemerlangannya membantu Malaysia muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang berakhir di Jakarta minggu lalu.

Kalau Kerajaan Terengganu bagi 'pitis' dan tanah, kerajaan Kelantan selangkah kehadapan. Syabas kepada TGNA. Nampak gaya celik mata luas juga TGNA pasal pencapaian sukan negara ni.

- gambar ambik kat kelate.net.

Sunday, January 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, January 02, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Tahniah skuad Harimau Muda kerana kejayaan merangkul Piala AFF Suzuki yang lalu. Macam menang perang pulak. Apa tidaknya, nak main bola di stadium tapi kena naik kereta perisai yang diescort pulak untuk sampai di Istora Senayan Bung Karno. Siapa tak kecut perut. Tinggal tak bawa AK47 je.

Yang Syok :
PM kita pun mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan.

Yang Tak Syok :
Terengganu, Kedah dan Kelantan awalnya tak dapat cuti. Kami yang tengah mesyuarat kat sekolah pun dapat khabar dari KPM, katanya sekolah macam biasa pada hari Ahad, berikutnya walaupun cuti yang diumumkan itu jatuh pada hari Jumaat. Hu Hu.

Tak terfikir ke nasib kami dinegeri2 'marhain' ni? Ada gaya diskriminasi ni. Mujurla MB-MB ni menjiwai sukan, merasa juga la cuti ganti Ahad tu.

Saturday, January 01, 2011

Posted by yuss yusoff on Saturday, January 01, 2011 in , , | No comments
Salam.

Semua orang bercakap pasal tahun baharu. Walaupun ianya bukan apa-apa, hanyalah perubahan masa.

Bukan kata perubahan masa itu tak penting. Marah pula orang sejarah nanti, kepentingan masa ini duduk di rangking pertama sehingga melayakkan ia dirakamkan ayat mengenainya dalam al-Quran.

Apa yang tak molek dan tak patutnya, cara kebanyakan dari kita meraikan dan menyambut perubahan masa itu. Tak dinafikan ada segelintir dari kita menyambutnya dengan penuh berhemah, diisi dengan program yang mendidik jiwa dan minda.

Namun dalam pada itu kebanyakan dari kita masih lagi tertambat dengan dunia khayalan. Seolah-olah sampainya tahun baharu dan berubahnya masa itu, mesti disambut dengan konsert, mesti pasang bunga api, mesti kumpul ramai-ramai dan mesti meneriak sakan. Dapat pula 'sponsor' dari 'tokey-tokey' maka berjela-jela iklan kat tv, daripada tidak tahu kita menjadi tahu, apa nanti bakal penganjurannya.

Sampai sudahnya kita dibutakan dengan maklumat-maklumat yang mendangkalkan ini.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter