actions speak louder than words

Monday, November 28, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, November 28, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Dalam dok sibuk2 memantau 'prestasi' anak murid yang ambil SPM dan anak2 kat rumah, dah masuk tahun baru hijrah rupanya kita. Nasib la berkesempatan lagi meraikannya, semoga doa awal dan akhir tahu akan dimakbulkan Allah SWT.

(seronok tengok secoet dua pemimpin negara menghuni masjid untuk majlis tahlil bacaan yaasin hijrah kat masjid negara, kalau begini la prihatinnya pada agama sejuk negara kita) Allahuakbar. Semoga Allah SWT sentiasa membukakan pintu hati kita!

Tuesday, November 22, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 22, 2011 in , , , , | No comments

Monday, November 21, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, November 21, 2011 in , , | No comments
my score : 2 -1 ?
Posted by yuss yusoff on Monday, November 21, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Hari ni pagi2 lagi dah sampai sekolah. Hujan pulak tu. Itu yang buat rasa liat nak keluar rumah pagi td. dah kepala kita dalam 'setting mode' cuti faham2 saja la. Hari ni exam Kertas Pendidikan Islam 1 & 2. Kebetulan dah dijadualkan kena bertugas hari ni. Itu yang 7.20 dah sampai sekolah. 

Datang pagi ni bukan apa bagi motivasi sikit kat depa ni. Semalam hampir separuh hari ada kelas dengan depa, kesian pulak tengok, semua muka stress semacam je. Jadi saya plan tak nak buat apa2lagi (ajar), cukup la dengan kelas selama ni. Tunggu depa mai tanya je! Alhamdulillah positif. 

Tapi pag2i ni tengok muka depa lagi stress, yang dah biasa dapat A+ pun dok kerap mai tanya itu ini.Tak boleh jadi ni, cuma satu pujian untuk semua, tak perlu lagi nak keluarkan salinan slip, surat perakuan, tak cukup alat tulis dll. Semua dah ready! Tahniah!

Cuma yang lawaknya ada yang mai tanya : "tau tak masuk soalan apa?". Selamba je saya jawab kalau saya tau pun saya takkan habaq kat kamu. Kalau zaman saya ('92) tanya macam ni sah2 kena pelangkung kepala dengan cikgu2!

Dalam hati saya : desperate sangat dah ke depa ni?  Tapi fahamla kita, dulu pun masa nak ambik SPM lagi teruk dari depa. Doa apa tak baca.

Friday, November 18, 2011

Posted by yuss yusoff on Friday, November 18, 2011 in , , , | No comments
Pemain Malaysia merayakan kemenangan usai bertanding melawan Indonesia pada laga penyisihan Grup A cabang sepak bola SEA Games XXVI/2011 di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Kamis (17/11/2011). Malaysia unggul 1-0.
Salam.

Sekali sekala kita berbahasa Indonesia pula, tentu bisa kan? Nggak salah kan?. Berita ini saya petik dari bola.kompas.com :

JAKARTA, KOMPAS.com - Pelatih kesebelasan nasional Malaysia Ong Kim Swee puas atas penampilan timnya dalam duel terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI cabang sepak bola.
Dalam laga Kamis (17/11/2011) malam, tim "Harimau Muda" menekuk tuan rumah Indonesia dengan skor tipis 1-0. "Malam ini, Malaysia menampilkan karakter yang sangat  menakjubkan," kata Kim Swee seusai pertandingan.

Gol semata wayang Malaysia diciptakan oleh Ibrahim Syahrul Azwari pada menit ke-18. Kemenangan ini membuat Malaysia menjadi juara Grup A dengan mengoleksi sepuluh poin. Di partai semifinal yang akan digelar pada Sabtu (19/11/2011), Malaysia akan berhadapan dengan runner-up Grup B, Myanmar.

Kim Swee berharap timnya melanjutkan hasil positif di semifinal nanti. Ia berharap dapat mempertahankan gelar juara yang telah direbut Malaysia sejak SEA Games XXV di Laos dua tahun lalu. "Kemenangan ini tidak akan berarti jika kami kalah di semifinal nanti. Kami ingin menang agar bisa mempertahankan gelar juara," kata Kim Swee.

 TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! SEMOGA BERJAYA MENGGELORAKAN  MYANMAR NANTI STERUSNYA MARA KE FINAL!

Berkaitan : Pelatih Malaysia Ogah Komentari Kartu Merah

Thursday, November 17, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, November 17, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Hari ini hari persekolahan terakhir bagi tahun 2011 ini khususnya di Kedah ini. Sukanya anak-anak murid yang nak bercuti panjang tak dapat digambarkan lagi. Bayangannya jelas terpancar diwajah masing-masing, tambahan pula hari ini semua pelajar (kecuali F5) dapat RM100 'bonus', lagi melebar la senyum mereka.

Hari ini juga keputusan UPSR diumumkan. Ucapan tahniah kepada yang berjaya meraih 5A. Ada juga kalangan sahabat2 saya apabila ditanya macamana keputusan UPSR anak, selamba je jawab 6A. jadi faham la kita maksudnya jangan ditanya lagi!

Namun begitu dalam 'roma' kegembiraan dan kesedihan ibu bapa, dan dalam banyak2 berita dan cerita yang saya baca dan dengar, satu sahaja yang menarik perhatian saya. Berita yang dipaparkan di NTV7 jam 7.00 petang tadi iaitu kisah seorang pelajar bernama Qayyim : pelajar  terbaik dari satu sekolah pendidikan khas di Kota Bharu. 

Apabila ditemuramah tentang kejayaan cepat saja mengaku dia kelainan upaya, tapi yang paling terharu cita2nya menjadi ustaz. Dalam ratusan murid saya apabila ditanya siapa yang mahu jadi ustaz/ustazah tiada seorang pun yang mengiyakannya. Senyum je. Fahamla kita jawapanyya. Bacaan ayat suci al-Quran dengan tarannum yang diperdengarkan beliau pula, Masyaallah cukup fasih dan asyik.

Jadi tentunya dia bukan dalam kategori OKU (Orang Kurang/Kelainan Upaya) tapi lebih tepat Orang Kelebihan Upaya. Betapa bertuahnya ibu dan bapa beliau. Allahuakbar!



Wednesday, November 16, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 16, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Kebetulan Selasa malam Rabu lepas mood anak-anak sangat baik. Tak ada impeachment kat mak dan ayah di malam tu. Jadi saya berpeluang menonton tv dengan aman buat seketika tanpa diganggu dengan chanel 613 dan 616. 

Terkejut ada gembira pun ada. Apabila buka TV9 untuk rancangan Halaqah muncul 2 ahli panel yang tak asing lagi Prof Dato' Dr Haron Din dan Datuk Dr Hasan Ali. 

Mulanya ingat dah buang tabiat apa TV9 ni al maklumla depa dua ni dah lama 'dikuburkan' dan tak ke udara, khususnya di kaca tv.Tapi Jawapan mudah kita boleh bagi jika ditanya kenapa, depa la ni ada dalam kem pembangkang.

Alhamdulillah nampaknya TV9 menepati slogan rancangan Halaqah iaitu Akar Tradisi Ilmu. Saya percaya mereka dijemput kerana ilmu yang mereka ada, berkebetulan membincangkan isu yang amat serius iaitu isu akidah! Tahniah TV9! 

Tetapi kalau moderator Hj Ahmad Noor Sulaiman lebih cergas  mengutarakan soalan2 yang lebih tuntas dan terperinci lagi terkini (bukannya soalan yang terlalu umum) tentunya masa 1 jam yang diperuntukkan akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh 2 ahli panel yang telus itu, maka akan berpuas hati lah ratusan jemaah yang memenuhi masjid pada masa itu.

Monday, November 14, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, November 14, 2011 in , , , | 1 comment
Salam .

Khabar dari Berita Online :

Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam

2011/11/12

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru. 

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya. - BERNAMA

Kita yang di Kedah ni memang la tak panik (buat masa ni aje), yang panik tentunya kawan kita kat Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak tu. Tapi kami kat SBP ni dah lama kerja 9 jam bahkan ada masanya lebih dari itu. Ikutkan kami dah lama panik!


Sunday, November 13, 2011

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 13, 2011 in , , | No comments
Salam.

Panitia Pendidikan Islam Daerah Kubang Pasu telah menganjurkan satu majlis hi tea Sabtu lepas di Regency Alor Setar. Majlis yang dihadiri oleh hampir kesemua AJK (17 orang Ketua Panitia Sekolah Menengah) ini bermula jam 3.30 petang. 

Dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Mohd Nasir bin Bakar selaku Pengerusi Panitia Pendidikan Islam (Menengah) Daerah Kubang Pasu seterusnya ucapan oleh Ustaz Mat Isa bin Mat Ali Penyelia Pendidikan Islam PPD Kubang Pasu selaku wakil kepada Tuan PPD. 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepad semua AJK yang banyak bertungkus lumus menjayakan matlamat dan objektif panitia daerah .Selamat maju jaya!

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 13, 2011 in , , | No comments
Salam.

Esok 14 hb. Tarikh keramat bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2011. Dikhabarkan 468 808 jumlah calon dari seluruh Malaysia akan mengambil SPM tahun ini. Segala usaha dan penat lelah mereka akan dimaktubkan sepanjang sebulan menjawab segala soalan sehingga 14 Disember depan. Hanya doa dan tawakkal saja yang mampu dilakukan buat masa ini.

Tiada lagi latih tubi, tiada lagi soalan-soalan tahun lepas, tiada lagi kelas tambahan, tiada lagi tuisyen tiada lagi segala-galanya. Cuma yang ada pertolongan dari Allah SWT berdoa dan bertawakkal banyak-banyak wahai muridku!

Semoga berjaya dunia akhirat. Allahuakbar!

JADUAL SPM







Tuesday, November 08, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 08, 2011 in , , | No comments


Salam Eidil Adha.

Mohon maaf atas segala ketelanjuran kata dan perbuatan. 
Semoga Allah mengampuni semua dosa dan meredhai kita. 
Barakalllah...



Friday, November 04, 2011

Posted by yuss yusoff on Friday, November 04, 2011 in , , , , | No comments
Salam.

Seperti sudah menjadi kelaziman semenjak dua ini, Majlis Restu Ilmu akan diadakan apabila waktu semakin hampir menjejak peperiksaan. Entahlah pelajar-pelajar yang diraikan ini dapat menangkap maksud tujuan majlis dianjurkan.

Saya diberi kesempatan sekali lagi menyampaikan sepatah dua kata menekankan kepentingan restu dan redha dalam disiplin menuntut ilmu.

Saya lihat mereka agak bersahaja menangkap butir kata ucapan saya. Mungkin sudah berkali-kali mereka dengar apa yang saya sampaikan. Mungkin juga sudah muak dengan bebelan saya setiap hari. Apabila bersua muka, mesti ada yang nak diperbetulkan.

Di mata guru nampak ada yang tak kena namun di mata pelajar indah belaka.Sudah menjadi adat dunia.




Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter