actions speak louder than words

Thursday, February 24, 2011

Posted by yuss yusoff on Thursday, February 24, 2011 in , , , | 2 comments
Salam.

Sehari dua gawat sungguh senario politik, baik diperingkat dunia, kebangsaan dan tak terkecuali di kampus.

Tumbangnya Hosni Mubarak rupa-rupanya turut menyemarakkan lagi jiwa-jiwa yang sentiasa segar dengan idea-idea baru (belia) bukan saja disekitar benua Arab dan Afrika akan tetapi turut dirasai di negara kita.

Pilihanraya di Kerdau dan Merlimau yang tak mula lagi pun (6 Mac ini) dah hangat dengan bermacam-macam isu. Namun begitu pilihanraya kampus dikebanyakan IPTA sudah selesai dan keputusannya agak memeranjatkan apabila Pro-Mahasiswa berjaya menawan beberapa kubu kuat Pro-Aspirasi di beberapa buah IPTA seperti UM dan UKM. Mengejutkan.

Tak cukup dengan isu timbul pula berita kehilangan salah seorang calon yang mewakili Pro-Mahasisiwa (yang akhirnya menang kerusi yang ditandingi), mengusung 'keranda', pembatalan kemenangan atau calon di UPM dan campurtangan pihak luar dalam piliharaya kampus pada kali ini.

Teringat semasa saya di UM 1994-1999 dulu, tak ada nama Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa yang ada nama BMB dan NADI. Sengit juga la pertandingan dua pihak ini namun tetap meriah, khususnya di fakulti kami API dan Kolej Kediaman Kedua.

Dulu masa berkempen calon-calon boleh tampal poster macam pilihnraya SPR. Bahkan pensyarah membenarkan calon-calon berkempen dalam bilik kuliah walaupun pada masa itu kuliah sedang berjalan.

Oh pilihanraya, tapi khabarnya lain pula peraturan dan syaratnya sekarang ini, dah tak boleh kempen ramai-ramai (dikatakan antara sebab 6 calon Pro-Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan), tak boleh letak muka calon kat poster dan macam-macam lagi yang dulunya boleh dan jadi tak boleh.

Apakah halangan-halangan ini akan terungkai berdasarkan keputusan yang dibuat oleh mahasiswa-mahasiswa ini? smaa-sama kita tunggu.

Berita berkaitan :
Angin perubahaan pada p'raya kampus
Menang selesa, pro-M UKM masih bantah
200 penyokong pro-M berpesta di UM
P'raya kampus: Pro-M mula dapat pengaruh
Pro-M, Pro-A 'bertempur' di 5 kampus utama

Wednesday, February 23, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, February 23, 2011 in , , , , , , , | No comments
Salam.

Minggu Kerohanian Islam 2011 anjuran Panitia Pendidikan Islam SMSKP telah diteruskan lagi dengan penganjuran Sambutan Maulidurrasul 2011. Pada Khamis 17 Februari yang lalu, bermula jam 8.00 malam bermulalah majlis sambutan ini.

Ianya diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan sebahagian guru-guru SMSKP serta kesemua pelajar SMSKP (kecuali pelajar tingkatan 3 ).

Sambutan ini diraikan dengan pengisian perarakan kontijen-kontijen rumah, pertandingan banner, selawat yang mana ianya melibatkan 6 buah ruamh iaitu Alpha, Beta, Delta, Gamma, Lamda dan Sigma dan ceramah Maulidurrasul.

Perarakan penuh meriah ini bermula di Dataran Asrama dan berakhir di Dewan Bitara diringi dengan alunan selawat yang penuh semangat para pelajar dan guru ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Kemuncak sambutan pada malam ini ialah ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Noor bin Salleh dari Perlis.





Monday, February 21, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, February 21, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan program pertama pada tahun ini iaitu Minggu Kerohanian SMKP. Pada tahun 2011 ini Minggu Kerohanian telah diisi dengan program-program yang berorientasikan pertandingan.

Program ini dikhususkan dan dinamakan Ihtifal Kesenian Islam. Ini adalah bertujuan untuk menepati perancangan panitia sebagai langkah persedian untuk menghadapi pertandingan peringkat zon dan daerah (dijangka Mac nanti) disamping mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada para pelajar untuk mewakili sekolah.

Program ini telah selamat dan jayanya dilancarkan oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim Pengetua Cemerlang SMSKP pada Ahad yang lepas (13 Februari). Ihtifal Kesenian Islam 2011 menawarkan 11 pertandingan iaitu azan, tulisan jawi, khat, kuiz Maulidurrasul, tilwah al-Quran, sajak, marhaban, hafazan, nasyid, syarahan, perarakan maulidurrasul dan pertandingan banner ini akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 17 Februari.

Diharap para pelajar mengambil peluang melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Wassalam


BANNER DENGAN MOTTO "MELAHIRKAN MUJADDID SYUMUL"


GIMIK PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA


PROMO PERTANDINGAN SAJAK


PROMO PERTANDINGAN MARHABAN


PROMO AZAN




Wednesday, February 16, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, February 16, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Sunnatullah mengatasi segalanya. Setiap yang hidup pasti akan diketemukan dengan mati dan Allah SWT lebih menyayangi hambanya. Lebih kurang jam 8.30 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Cikgu Khairuddin Hashim (guru Bahasa Melayu SMSKP) telah kembali ke rahmatullah. Satu kehilangan yang besar buat seluruh keluarga beliau dan kami di SMS Kubang Pasu.

Kecekalan beliau menanggung keperitan akibat kanser (awalnya lidah) lebih kurang setahun yang lalu dan kesabaran menahan segala keperitan setelah terlantar lebih sebulan di HSB Alor Setar (itu hanya pandangan mata kami rakan-rakan setiap kali menziarahinya, apalagi yang empunya diri dan ahli keluarga yang menanggungnya) akhirnya menemui penamat juga.

Jenazah beliau telah disolatkan dan dikebumikan di Lepai (kampung keluarga arwah) lebih kurang jam 10.30 pagi. Semoga Allah mencuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

Al fatihah.

Tuesday, February 15, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 15, 2011 in , , | No comments

Salam.

Berkesempatan lagi nampaknya kita meraikan sambutan Maulidurrasul 1432 H pada tanggal 2011 ini.

Walaupun tarikh sebenar masih lagi diperdebatkan namun 12 Rabiulawaal diterima pakai bagi kita umat Islam di Malaysia. Mungkin suatu ketika boleh diadakan pencerahan secara menyeluruh tentang isu tarikh sebenar maulid Nabi kita ini.

Biar apapun jawapannya nanti, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang untuk sama-sama mengingati tanggal kelahiran insan agung SWT ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW.

Tanggal 12 Rabiulawwal ini juga merupakan tarikh yang bersejarah dalam keluarga saya. Anak pertama saya (jika mengikut kalendar Islam) genap 4 tahun pada hari ini. Sayangnya kita lebih seronok dan teruja mengira-ngira detik bersejarah dalam kehidupan menggunakan kalendar Miladi atau Masehi.

Diharapkan sambutan demi sambutan yang kita anjurkan saban tahun baik diperingkat sekolah, jabatan, negeri dan kebangsaan dengan segala macam aktiviti, akan melekat dihati, secara ruuhi bukan hanya tempelan luaran yang bila-bila masa sahaja akan tecabut.

Semoga kita dapat sama-sama menghayati dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SWT dengan penuh istiqamah, agar kita menjadi insan terpilih mendapat syafaat darinya di suatu ketika yang lain tidak lagi mampu memberikan apa-apa. Insyaallah.

Tahniah kepada Dr Abdul Hayei Abdul Sukor (bekas guru hadis saya di API Universiti Malaya sekitar 1994/1999) atas penganugerahan Anugerah Perdana Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 1432H/2011.

Monday, February 14, 2011

Posted by yuss yusoff on Monday, February 14, 2011 in , , , , , | No comments
Salam.

Apabila saya membaca e-mail yang dikirimkan isteri saya yang memaparkan pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Islam UUM bersempena dengan Bulan Zikro Maulidurrasul 1432 H, saya tidaklah terusik sangat.

Namun setelah melihat tajuk program (seperti tajuk entry di atas) tetiba saya rasa semacam ada tarikan untuk menghadirinya. Tambahan pula bila melihat siapa pengendalinya. Mungkin niat saya untuk bertemu dengan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri (pengupas makalah) kali ini akan terlaksana pada 13 Februari ini. (Tergiang-giang ceramahnya di rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Tafaqquh fi Din Radio IKIM, dan rancangan haji di TV9).

Seperti sudah ditakdirkan Allah SWT, apabila sampai di atas meja saya surat pelawaan menghadiri majlis tersebut. (Surat ini diminitkan kepada saya atas inisiatif salah seorang pegawai Pusat Islam UUM yang merupakan ibu kepada bekas pelajar saya). Lalu saya tanpa lengah mengkhabarkan kepada seorang dua rakan, namun atas sebab tuntutan tugas yang tak pernah padam, mereka terpaksa menguzurkan diri.

Lalu saya mempelawa anak-anak murid saya seramai 12 orang (4 perempuan dan 8 lelaki (kebanyakannya dari BADAR SMSKP) untuk menyertai saya ke majlis tersebut. Pelawaan ini saya harap sebagai sumbangan yang tidak rasmi saya kepada mereka, semoga mereka akan sentiasa mendampingi orang yang berilmu yang pastinya sentiasa ditinggikan darjat oleh Allah SWT. Tempias ilmu Insyaallah akan memberkati kita semua.

Alhamdulillah puas rasanya mendengan tutur kata Dr Zulkifli yang penuh hemah dan hikmah, dengan gaya penyampaian yang sesekali melucukan ditambah pula dengan loghat Terengganu yang tak dapat dikikis menajamkan lagi maksud dan makna penyampaian sebenar makalah yang sudah ditambah baik ini.

Walaupun ianya merupakan makalah atau teks ucapan perdana Sambutan Maulidurrasul pada tahun lepas 2010, namun bagi saya isi dan gaya bahasanya tetap sesuai bila-bila masa, terutamanya apabila dihuraikan peringkat awal kelahiran Nabi SAW dan akhlak-akhlak yang ada pada Rasul junjungan ini. Sehinggakan ada peserta yang menitiskan airmata. Masyaallah bila lagi akan ketemu dengan majlis sebegini.



Tuesday, February 08, 2011

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 08, 2011 in , , , | No comments
Salam.

Semalam SMSKP menerima kedatangan pelajar baharu tingkatan 4. Dikhabarkan seramai 134 pelajar telah mendaftar dari 200 lebih tawaran yang dikeluarkan.

Tahniah kerana tergolong dalam mereka yang berani menyahut cabaran. Jumlah kemasukan ini akan memungkinkan SMKP akan berpenghuni seramai lebih kurang 700 pelajar.

Satu majlis penerangan telah diadakan oleh Tuan Pengetua kepada ibubapa penjaga tentang tertib dan suasana di SMSKP.

Ini diharapkan agar tiada lagi berlakunya perpindahan keluar pelajar-pelajar secara besar-besaran dari SMSKP. Dikhabarkan SMSKP mencatat angka perpindahan keluar pelajar yang agak menakutkan di peringkat SBP (confirm pening kepala Cikgu Talib PK HEM kita).

Apapun baru semalam pendaftaran, hari ini telah ada pelajar yang merayu-rayu untuk berpindah. Oh sukarnya meyakinkan pelajar dan ibu bapa penjaga tentang sekolah baru. Pentingnya perlu diingat tiada baru tiadalah yang lama.









Wednesday, February 02, 2011

Posted by yuss yusoff on Wednesday, February 02, 2011 in , , | No comments
Salam.

Ketika pihak lain berkira-kira meraikan hari terakhir persekolahan sebelum cuti Tahun Baharu Cina (selama 6 hari), pihak SMSKP pula selangkah kehadapan dengan menganjurkan Majlis Interaksi Guru dan Ibu Bapa terutamanya bagi ibu bapa penjaga pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM.

Interaksi ini diharap dapat mengesan seawal mungkin kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar-pelajar yang memungkinkan tindakan dapat diambil pada kadar segera oleh pihak sekolah dan ibu bapa penjaga ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam pepepriksaan PMR dan SPM.

Sumbangan idea dari ibu bapa penjaga juga amat dialu-alukan pada kali ini kerana ianya dilihat sesuatu yang amat bermakna kepada pihak guru dan sekolah, sekaligus diharap dapat memperbetul dan memperbaiki segala kelemahan yang ada kearah meningkatkan prestasi secara konsisten dan istiqamah.

Alhamdulillah kehadiran sebahagian besar ibu bapa penjaga ke majlis ini menunjukkan sikap keprihatinan yang tak berbelah bagi mereka tentang perkembangan dan prestasi anak-anak masing-masing. Semoga amalan diredhai Allah SWT. Insyaallah.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter