actions speak louder than words

Monday, December 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, December 27, 2010 in , , | No comments
Salam.

Jika benarlah berita yang dilaporkan di SINI dan di SINI maka warga SBP dan Sekolah Kecemerlangan (Kluster) akan kehilangan 'seorang ahlinya'.

Harap-harapnya berita yang disampaikan Sarawak Update tak benar.

Namun jika ianya tetap benar dan berfakta, Maal Salamah Sains Miri.
Posted by yuss yusoff on Monday, December 27, 2010 in , , , , , | No comments
MALAYSIA 3 - INDONESIA 0

Wow. Keputusan yang mengejutkan, tak disangka menang dengan jumlah jaringan yang besar. Tahniah skuad Rajagopal.

Sakit hati juga bila ada penyokong (yang tak dak akal ni) dok suluh muka si Markus tu. Tak ada semangat kesukanan langsung. Bangga sangat ke menang dengan cara khianat dan dayus tu.

Buktikanlah dengan semangat dan kebolehan, daya usaha dan tulang empat kerat . Barulah jantan!
Posted by yuss yusoff on Monday, December 27, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Nampaknya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) selangkah kehadapan apabila memutuskan akan menguatkuasakan undang-undang murtad dengan lebih berkesan pada tahun hadapan. DI SINI

Ini amat bersesuaian dengan 'bi`ah' di negeri Sabah yang rata-ratanya menukilkan seribu macam cerita di antara penganut Islam dengan penganut Kristian serta agama-agama lain.

Negeri-negeri yang belum menguatkuasakan lagi macamana? Tunggu apalagi, ayuh hayya bil jihad!
Posted by yuss yusoff on Monday, December 27, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Bahang mula terasa, di sana sini pelbagai pihak mula kelam kabut menguruskan pelbagai persiapan penting untuk menghadapi alam persekolahan sesi baharu 2011.

Masing-masing dengan cara tersendiri. Ada yang mengeluh terutamanya ibu-bapa, apabila terpaksa membelanjakan sejumlah besar 'pitis' untuk persekolahan anak-anak. DI SINI.

Guru-guru pula sudah 'menamatkan cuti seminggu lebih awal' dan mula kalut dengan mesyuarat-mesyuarat persedian di sekolah masing-masing.

Manakala anak-anak pula bergembira terutamanya yang baru menjejak kaki ke alam persekolahan. Berhijrah dari TASKA, PASTI, Montessori ke peringkat rendah dan dari ke menengah.

Apa yang menariknya AMARAN INI.

Tuesday, December 07, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, December 07, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Salam Tahun Baharu Maal Hijrah 1432 kepada semua umat Islam, semoga kita berterus-terusan memperolehi rahmat, hidayah dan inayahnya dan semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan menetapkan kita dijalan yang diredhai Allah SWT dan RasulNya, sekaligus terhindar dari fitnah-fitnah dunia yang akan menjadikan amalan-amalan kebaikan kita bertukar menjadi 'fasad'.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Sunday, December 05, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, December 05, 2010 in , | No comments
Salam.

Seronok baca komen-komen di blog tentang penyelarasan dan rasionalisasi subsidi yang nampakanya semakin tidak rasional ini, terutamanya tulisan Datuk A. Kadir Jasin, bekas Ketua Editor NST

Kalau berkesempatan boleh baca DI SINI.
Posted by yuss yusoff on Sunday, December 05, 2010 in , , | No comments
Salam.

Malam tadi lepas dengar Buletin Utama TV3 kata petrol, diesel, gas asli dan gula akan naik menjelang tengah malam, isteri saya cepat-cepat suruh belikan gula dan isikan minyak kereta. Bagi penuh katanya. Saya jawab dengan nada selamba, cepat ke tak cepat minyak yang dah habis perlu diisi (kebetulan pula petang tadi meternya dah berkelip-kelip) hinggakan anak saya yang 3 tahun lebih tanya : Boleh sampai rumah ke kita ni abah?

Terkenang pulak masa saya kat Aceh hari tu, kalau tak silap petrolnya cuma RP4500 sahaja kalau dihitungkan lebih kurang RM1.60. Murahkan. Entahlah kerajaan Indonesia ni buat rasionalisasi subsidi atau tidak. Tak tahu pulak saya. Dengar khabarnya ada turun naik pulak tu harga dia. Kat Malaysia ni kalau dah naik tu jangan harapla nak turun balik.

Beginila nasib kita negara pengeluar minyak. Tak sedap dengar bila Menteri di JPM TS Mohamed Nor Yackop kata kenaikan tu kecil aje, tak membebankan pun (tengok Buletin UtamaTV3 malam tadi) sambil menggerakkan jari telunjuknya dengan ibu jari. Itulah kata-kata orang kaya. Kata-kata orang kayap? Siapa peduli.

Tunggulah nanti berduyun-duyun pengusaha teksi, bas jumpa pak menteri minta naik tambang. Tokey kedai mamak pula sengih je manjang, apa taknya ada peluang lagi nak naik harga roti dan teh tarik ni. Nasib-nasib.

Wassalam.

-gambar kat atas ambil kat wikipedia, klik untuk paparan lebih jelas-


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter