actions speak louder than words

Thursday, September 23, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, September 23, 2010 in , , | No comments
Salam.

Selepas membaca kisah seorang lelaki dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan membunuh di akbar hari ini : baca DI SINI. Saya agak sayu, sedih dan tertanya-tanya pada diri sendiri. Penuh persoalan.

Persoalan yang mungkin sebahagiannya saya punya jawapan dan sebahagian lagi tentunya tidak. Maha Suci Allah SWT yang ampuh dengan sifat al-'AlimNya (Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat).

Pertanyaan dan persoalan sudah tentu bukan pada isu hukuman yang dikenakan kepada lelaki tersebut, kerana saya percaya hakim telah membuat keputusan yang sewajarnya selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukan oleh pihak peguambela dan pendakwaraya.

Tapi apa yang membuatkan saya tertanya-tanya di mana lagi tinggalnya sifat keibuan? sudah tertanggalkah sifat yang tinggi lagi mulia itu dalam diri mereka yang bergelar ibu semata-mata kerana cinta? sanggupkah mereka mengutamakan orang yang tiada hubung kait dengan diri (ajnabi) berbanding dengan darah daging sendiri hanya kerana sayang? tergamakkah mereka menyembunyikan rasa sedih lagi sayu dengan kematian nasab tersayang?

Jawapannya mungkin sedikit berkait dengan berita di atas. Walaupun ini mungkin kes terpencil atau saya yang terlebih sensitif, namun hiba hati juga bila membaca perihal kelakuan ( diberitakan lelaki itu mencium pipinya) dan kenyataan si ibu ini yang keterlaluan memuji dan memuja lelaki yang tiada hubung kait yang sah dengan dirinya, berbanding anaknya (yang telah menjadi almarhumah) yang sudah barang pasti lagi sahih hasil dari darah dagingnya.

Inilah yang dinamakan cinta itu membutakan. Membutakan mata hati. Buta mata hati ini lagi kronik berbanding mata fizikal. Kerana butanya mata hati ini menyebabkan kita hilang pertimbangan, akhirnya tersalah membuat perhitungan dan penilaian. Paling ditakuti ianya menjauhkan kita dari membuat keputusan yang saksama, waima kepada diri sendiri dan orang lain. Wal`iyazubillah.

Semoga Allah SWT menghindarkan kita dengan penyakit buta hati ini dan sebagai galang gantinya sentiasa menyemarakkan dan mengekalkan kita dengan sifat Rahim dan RahmatNya. Cinta kasih sayang yang sebenar-benarnya.

Wassalam.


Posted by yuss yusoff on Thursday, September 23, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

Agak lambat saya menulis isu ini walaupun pemasyhurannya dibuat pada 4 Syawal atau 13 September yang lepas. Atas kesibukan yang tak terkesamping, baru hari ini saya berpeluang menulis mengenainya.

Berkebetulan pula hari ini dikhabarkan di serata dada-dada akhbar di Malaysia tentang 'berkenan'nya al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke V.

Sebagai rakyat Kelantan saya merasa bangga dan bertuah apabila pemasyhuran yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membolehkan Kelantan mendapat pemerintah baru yang lebih Islamik yang ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang ke 29 sekaligus menenggelamkan isu-isu hangat dan provokasi-provokasi yang sudah lama berlegar di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.

Namun saya sedikit kecewa dan terkilan kerana wujud akhbar-akbar yang 'kurang sopan' (melalui tulisan wartawan yang rata-ratanya Melayu) telah mengenepikan adab dan prosedur (terutamanya dengan pihak istana) dalam memaparkan berita sensasi yang belum tentu jelas nyata butir beritanya sebagai 'buah kilas' akhbar masing-masing. Baca DI SINI.

Jesteru itu timbullah pandangan serong lagi salah tentang sesetengah isu seperti penarikan balik gelaran Tuanku kepada mantan al-Sultan Kelantan (Tuanku Ismail Petra). Isu ketidakhadiran sebahagian ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN). Penggantian lafaz Daulat Tuanku dengan lafaz Allahukabar ada hubungkait dengan politik (PAS) dan sebagainya lagi.

Namun saya agak berlapang dada bila membaca ulasan yang dibuat di akhbar The Star pada 19 September lepas oleh Joceline Tan. Baca DI SINI (sudah tentunya bukan Melayu) yang saya anggap benar-benar memaparkan berita bukannya cerita.

Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar!

(gambar di ambil dari gegarkelate.net)


Monday, September 06, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, September 06, 2010 in , , | No comments
Salam.

Bergembiralah barangsiapa yang berjaya melangkah ke fasa ketiga Ramadhan al-Mubarak ini. Lagi gembira jika mereka berjaya memanafaatkan 10 terakhir Ramadhan ini dengan mencari malam penuh keberkatan al-Qadr dengan amalan-amalan yang menjangkaui amalan harian biasa di bulan-bulan selain Ramadhan.

Fasa yang menjanjikan pelepasan dari ancaman neraka ini hanayalah untuk mereka yang layak. Besar harapan agar kita pun termasuk dalam kelayakan ini. Semua umat Islam sedia maklum akan kelebihan al-Qadr, namun hanya beberapa kerat yang bertuah memilikinya.

Di mana-mana masjid mula dijauhi dan bazaar mula dipenuhi, itulah antara tanda-tanda kita belum terdidik dengan didikan Ramadhan. Didikan yang mengajar kita erti sebenar fitrah manusia iaitu beribadat dan mengabdikan diri kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga puasa kita kali ni tidak hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga saja. Na`uzubillah.



Posted by yuss yusoff on Monday, September 06, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Selamat Balik Bandar. Pelik bunyinya tapi itulah realitinya. Tahun ni saya dan keluarga akan beraya di KL meraikan ahli keluarga dan mak ayah sebelah isteri saya. Walaupun ini bukan kali pertama saya beraya di KL (kerana pernah beraya masa kerja di KL sekitar tahun 2000 dulu) namun kali ini perasaannya agak berbeza.

Beginilah hakikat yang mesti diterima jika berpasangan dengan pasangan yang berlainan negeri. Walaupun saya percaya ramai lagi diluar sana yang senasib dengan saya, redha sajalah. Think positive. Kali ini mesti merancang perjalanan dengan teratur. Dengan cuaca yang tak menentu dan karenah anak-anak antara faktor-faktor yang mesti diambil kira.

Apapun persedian telah dibuat, Raya tetap Raya! Tahniah diucapkan dan maaf dipohon kepada semua atas salahlaku, tuturkata yang menguris. Salam Eidilfitri.

Saturday, September 04, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, September 04, 2010 in , , | No comments
Salam.

Majlis bersalaman antara pelajar-pelajar dan guru menjadi penyeri hari terakhir persekolahan sebelum bercuti hampir dua minggu untuk sambutan hari raya eidilfitri dan cuti persekolahan pertengahan penggal kedua.

Majlis dimulakan dengan ucapan setiap wakil tingkatan, pustakawan, badan pengawas, guru dan akhirnya pentadbir. Semuanya menayang muka sengih, maklum la nak cuti panjang ni, bukan selalu dapat cuti 2 minggu ni. Sekolah kena ganti lain cerita, yang penting CUTI. Ayuh bersempena dengan Eidilfiri 1431 ini lupakan semua perselisihan dan persengketaan, eratkan perpaduan dan rapatkan ukhwah insan.


Thursday, September 02, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, September 02, 2010 in , , | No comments
Salam.

Majlis Khatam Quran dan Perasmian Penutup Program Ihya` Ramadhan telah diadakan di Dewan Bitara SMSKP. Perasmian penutupan telah dilakukan oleh Tuan Haji Ismail Ibrahim, Pengetua SMSKP dengan ucapan yang lebih menjurus kepada pembentukan akhlak.

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan Majlis Khatam Quran yang disempurnakan oleh ahli-ahli BADAR SMSKP. Penyampaian Infak Ramadhan juga telah disampaikan kepada pekerja am sekolah, pelajar-pelajar terpilih dan imam solat tarawih sepanjang Ramadhan di surau SMSKP. Tak lupa juga Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Nilam al-Quran dan Tulisan Khat.

Majlis diserikan lagi dengan 2 lagu dendangan kumpulan nasyid SMSKP. Tahniah dan syabas kepada Panitia Pendidikan Islam dan BADAR serta jawatankuasa guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Teruskan berbakti.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter