actions speak louder than words

Saturday, July 31, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, July 31, 2010 in , , | No comments
Salam.

Kem ini diadakan di KEDA Resort, Kg Bendang Man Sik Kedah dan telah dihadiri oleh 138 orang pelajar tingkatan 4 dan 6 orang guru dan seorang jurulatih merangkap Kem Komandan yang dikelolakan dan diketuai oleh guru-guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMS Kubang Pasu.

Kem yang bermula pada Rabu (28 Julai) telah berakhir semalam (30 Julai) dan diisi dengan program-program yang menarik terutamanya 'Rempuh' Berhalangan, Senaman Tentera, Jungle Tracking, LDK dan sebagainya.


Semoga pelajar-pelajar dapat menjiwai intipati kem tersebut.

Wassalam.

Saturday, July 24, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, July 24, 2010 in , , | No comments
Salam.

Sudah menjadi lumrah manusia, khususnya orang Islam dari sejak awal sejarah pembinaan kerajaan dan tamadun, mempunyai persepsi yang cukup berbeza tentang sesuatu perkara. Samada perkara itu telah wujud sejak azali lagi atau bersifat mendatang lagi baharu.

Ambil contoh penerimaan manusia tentang hujan. Jika dilihat dari sudut peringkat umur inya boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa :
  1. Kanak-kanak apabila turunnya hujan akan merasakan ianyaa mat bertuah dan beroleh keberuntungan yang besar kerana dengan turunnya hujan mereka akan dapat bermain sepuas-puasnya di tengah-tengah padang, paling tidak pun 'seloghe' atap rumah masing-masing. Betapa untungnya jika hujan.
  2. Remaja pula melihat hujan itu sebagai satu penghalang kepada banyak pergerakan untuk melaksanakan akiviti-aktiviti mereka. Bagi pemain bolasepak, sepaktakraw, bola tampar dan sebagainya sudah tentu berdukacita kerana hujan telah menyebabkan gelanggang mereka becak dan basah. Betapa ruginya jika hujan.
  3. Dewasa pula menganggap ianya satu tuah, khususnya bagi mereka yang berkebun dan bertani yang tanahnya kering kontang dek tiadanya hujan, namun begitu jika hujan berlebihan pula 'pak tani' ini akan gundah hati takut-takut hujan akan meneggelamkan kebun-kebun mereka. Betapa untung dan ruginya jika hujan.

Contoh di atas hanya sebagai perumpamaan, namun perselisihan ini sebenarnya wujud dalam kontek kehidupan yang lebih besar pada hari ini dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besarnya, khususnya perihal politik, sosio-budaya, ekonomi dan sebagainya. Sehinggakan perbezaan pemahaman, penafsiran dan pendapat ini menyebabkan timbulnya bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Betapa ruginya kita kerana kita tidak mahu membina dan mengangkat darjat akal-fikiran kita sedikit kehadapan supaya ianya mengatasi kelemahan yang sedia wujud pada akal iaitu berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.

Bersegeralah kita berganding bahu menarafkan perbezaan dan persisihan yang wujud supaya ianya menjadi satu hikmah yang besar lagi berguna untuk kehidupan kita di dunia yang fana dan akhirat yang abadi. Sama-sama kita renungkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 216 (walaupun penurunannya berkisar pada kisah perang dan jihad boleh juga kita lihat dari sudut 'jihad' lain dalam kehidupan seharian) yang bermaksud :

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Wallahua'lam.

Sunday, July 18, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, July 18, 2010 in , | No comments
‘Penjimatan Kerajaan+Pelarasan Harga+Rasionalisasi Subsidi’ = Barang Naik

Tuesday, July 13, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, July 13, 2010 in , , | No comments
Salam.

Perkataan jahil jika diungkapkan secara bersemuka, amat tidak disukai oleh kebanyakan dari kita, walaupun sesetengah dari kita tidak memahami dengan jelas maksud sebenar jahil. Sesetengah yang lain pula begitu sensitif bila diungkapkan perkataan bodoh tapi agak bertoleransi bila dikatakan jahil. Walaupun dasarnya jahil itu membawa maksud bodoh dan tidak tahu.

Jika masyarakat Arab Jahiliyyah difokuskan kejahilan mereka kerana ketidakpatuhan kepada keEsaan Allah SWT, namun mereka tetap cemerlang dalam banyak bidang ilmu kehidupan antaranya seperti perniagaan dan kesusasteraan.

Akan tetapi masyarakat kita nampaknya menguasai segenap ceruk kejahilan sehingga suatu ketika mengatasi kejahilan yang ada dalam masyarakat Arab Jahiliyyah dulu terutamanya dalam isu ketuhanan.

Ada dalam kalangan mereka yang segelintir ini (tak kisah jika dikatakan jahil (tak tahu) tapi marah jika dikatakan bodoh), menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya diucapkan oleh mulut yang dinikmati hasil kurniaan Allah SWT seperti 'jika suara wanita adalah aurat, hari ini tiadalah wanita yang bercakap".

Masyaallah! inilah dia mentaliti dan gaya pemikiran 'moden' yang dimomokkan ketika ini. Sudah lupa nampaknya, jika dibina iman dan akidah itu atas tiga perkara, maka sudah tentunya ia akan rosak disebabkan tiga perkara juga, iaitu : hati, lidah dan anggota.

Pemikiran moden ini menganggap isu ini adalah satu isu kecil dan terasing dan tak perlu diperdebatkan, bahkan isu-isu yang lebih besar seperti tidak memenuhi tuntutan rukun Iman dan Islam mesti diutamakan dan diselesaikan. Alpa dan sombong.

Dari itu sebagai pendinding diri sama-sama kita renungkan ayat Allah dalam surah al-A'raf 179 yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)
dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sukarnya memahamkan si jahil dalam kalangan si 'alim!

Wallahua'lam.

Monday, July 12, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, July 12, 2010 in , , | No comments

Congratulation Spain
:: became eighth country to win the world cup
despite scoring only eight goals in seven matches. Incredible! ::

la roja's campeones

Sunday, July 04, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, July 04, 2010 in , , | No comments
Salam.

Siapa sangka Brazil terpaksa melayan duka tunduk kepada Belanda walaupun dibarisi oleh pemain ternama : Robinho, Maicon, Elano, Melo dan Kleberson masih membuat Dunga ternganga. Terkandas di 'quater final' bukanlah sesuatu yang bermakna bahkan menyebabkan Dunga hilang tahkta.

Siapa sangka 'the oranje' begitu berkuasa, meneruskan 13 kemenangan berterusan dengan bergaya. Sneijder sudah tentunya dipuja oleh peminat seantero Belanda.

Siapa sangka Argentina ketandusan mata bila berentap dengan Jerman yang rata pemainnya berbadan sasa. Messi dilabel pemain terbaik dunia tapi selalu hilang punca dek kawalan ketat Schweinsteiger & Mertesacker. Tevev, Higuain, Rodriguez, Mascherano dan Di Maria bergerak macam jentera tapi pertahanan selalu alpa, akibatnya mencatat episod duka dibolosi empat gol balasnya tiada.

Khabarnya Paraguay pula kecundang dek Matador, Kalau begini gayanya, nampak macam Jerman dan Belanda bakal berebut takhta.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter