actions speak louder than words

Sunday, October 31, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 31, 2010 in , , , , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah, lepas (48+49) minit perlawanan malam tadi. Rasanya tak ada sorang pun rakyat Kelantan tidak merasa bangga dan teruja dengan pencapaian dan kejayaan pasukan 'gomo' mendakap Piala Malaysia selepas 4 kali percubaan dalam perlawanan akhir (kalau tak silap) sejarah pertandingan.

Nampak gayanya "majal" yang ada sekian lama telah terhakis. Dah dua kali jadi nombor 2 ni ada juga hikmahnya.Kena tinggal Peter Butler pun ada hikmahnya. Annuar Musa jadi Presiden dan jadi orang kuat FAM pun ada hikmahnya. Sathia kena gantung pun ada hikmahnya.

Tahniah kepada hero-hero Tanah Serendah Sekebun Bunga. Ada lagi rupanya semangat Tok Janggut ni. Tahniah kepada semua 1 st eleven dan gantian, tahniah kepada Hairuddin, tahniah kepada Piya, tahniah juga kepada Khairul Fahmi, tahniah juga kat Satia. Anda semua memang 'Tok Jogho'.

Walaupun 'game' malam tadi tak berapa 'jelira' berbanding 5 'game' yang lalu, menang tetap menang, walaupun 2-1, kono juga si jang iyo...

Harapnya tahun ini menjadi pemangkin kepada kejayaan besar The Red Warrior di masa depan. Penyokong pun dah-dah la main bunga api. Membazir duit je.

Tapi berita yang tak enak di dengar, dua tiga player yang 'kemas-kemas' nak pindah tahun depan. Betul ke ni? Hu Hu...

- gambar ambil kat kelate.net-


Thursday, October 28, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, October 28, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Dua tiga hari kebelakangan ini ramai dok sibuk cerita pasal bola. Final Piala Malaysia la kan. Ada cerita yang sedap di dengan dan ada pula yang menyenakkan hati.

Cerita yang tak sedap didengar : dalam keghairahan penyokong Kelantan menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi kepada pasukan kesayangan, mereka dikejutkan dengan penggantungan Ketua Jurulatih B.Sathianathan. Tapi lepas kena komplen, tarik balik penggantungan.

Tindakan FAM ini seumpama menangguk di air keruh, biar pun mereka menafikan dan serta merta menarik balik penggantungan jurulatih yang penuh pengalaman itu hari ini. Alasannya kerana Sathia telah membuat rayuan dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat. Masa jatuh hukuman hari tu tak siasat betul-betul ke?

Dah tu harga tiket untuk final dinaikkan harganya hampir 50%. Ingatkan pimpinan-pimpinan baru FAM akan berubah demi kepentingan penyokong dan peminat bolasepak tanahair, tapi nampak gayanya tak sampai setahun lain pula yang jadinya, ibarat buah cempedak menjadi nangka. Nampak gayanya Annuar Musa, Afandi dan Hamidin belum lagi mencengkam kuku di FAM.

KAFA pun sama, tiket yang harganya RM30 itu dijual berpakej pula. Tak tahu ke bukan semua orang mahu membeli tiket beserta cenderamata?. Bila dah buat keputusan, lepas tu 'cancell'. Lepas tu cakap kos tinggi la macam macam.

Dalam bab ni FAM dan KAFA macam adik beradik.

-gambar ambil kat kerabu bersuara-

Monday, October 25, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, October 25, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Begitulah diibaratkan hasil tindakan 'semerta' dan penuh misteri penggantungan ketua jurulatih Kelantan, B. Satianathan selama 6 bulan dari sebarang acara anjuran FAM dan denda sebanyak RM2000.00 atas kesalahan 'mengomplen' secara terbuka FAM di media tentang perlawanan antara Perlis dengan Terengganu (di mana perlawanan timbal balik patut diadakan) .

Dikatakan hal 'mengomplen' ini telah berlalu lebih kurang 2 bulan yang lepas tapi kenapa tindakannya baru diumumkan Jumaat lepas. Ada apa-apa ke ni? Tangan-tangan ghaib?

Dalam bab ini nampaknya FAM agak terkedepan. Bab menjatuhkan hukuman akibat keganasan penyokong Kelantan pun terkedepan. Namun dalam bab mengambil tindakan ke atas kekecohan yang diwujudkan oleh penyokong negeri lain, FAM sangat-sangat terkebelakang.

Menarik juga negeri yang terlibat ialah Perlis. Pengalaman saya terperangkap selama lebih kurang 30 minit dalam Stadium Utama Kangar pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia tahun lepas (2009) amat menakutkan.

Mana tidaknya ketika perlawanan tamat, saya bersama-sama berduyun-duyun penyokong Red Warrior (termasuk Ust Rahimi IPGM Perlis : nasib baik kita selamat ye ustaz) terkejut kerana pintu keluar dihalang dan kami yang masih berada dalam stadium hanya menunggu dan mengelak objek yang dibaling dari bawah ke dalam stadium seperti batu, kayu dan objek keras lain dari mengenai kepala.

Hampir 30 minit barulah keadaan diredakan dengan kawalan pihak berkuasa (polis dan JPA). Namun menyakitkan hati bila melihat beberapa kenderaan dirosakkan cermin sisi, no plate, wind screen pecah, dan bas pecah cermin dan kemek kerana dibaling batu. Walaupun dikhabarkan laporan polis telah dibuat tapi tiada tindakan dari FAM. Ajaib kan.

Apa yang berlaku : Kelantan didenda RM50 000.00, Perlis lepas begitu sahaja. Bias sungguh FAM. Lagi ajaib. Gajah didepan mata tak nampak.
:: gambar ambik dari Harian Metro ::

Sunday, October 24, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 24, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Selepas tamatnya 94 minit perlawanan malam tadi, sah Kelantan sekali lagi mengulangi sejarah mara ke final seperti tahun lepas, menewaskan pasukan penuh liat Kedah 1-0.

Lagi sah lawan mereka adalah 'musuh' yang sama iaitu Negeri Sembilan (selepas lebih awal menamatkan perlawanan dengan kemenangan agregat 2-1 ke atas Johor FC).

Menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang gol, memungkinkan nasib tidak banyak menyebelahi Pahlawan Merah. Nampak macam serba tak menjadi untuk mendapatkan gol walaupun bertubi-tubi kali serangan dilancarkan. Peluang demi peluang keemasan terlepas begitu saja.

Paling menakutkan ianya seumpama menerbitkan bibit kekecewaan dalam kalangan pengurusan dan penyokong-penyokong setia Red Warrior ini. Namun sedikit tuah, Norshahrul Idlan muncul sebagai hero of the day dibantu kelekaan Helmi Eliza memungkinkan Kelantan sekali lagi beraksi di final Piala Malaysia.

Besar harapannya agar Red Warrior beraksi dengan lebih kemas dan penuh semangat untuk mengukir sejarah kecemerlangan menjuarai Piala Malaysia pada 30 Oktober ini.

p/s : dengar cerita ramai penyokong tak boleh masuk stadium kerana dah melebihi had. Hmm bila komplek sukan tunjung nak siap ni, buat stadium baru yang boleh muat 50, 000 pun rasanya kena masa dah ni. Itu pun silap haribulan tak muat juga. Rakyat Kelate ada di mana-mana.

Bukit Jalil menggamit Lagi. Gomo Kelate Gomo. Steady Satia Steady.


(gambar ambik dari kelate .net)

Thursday, October 21, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, October 21, 2010 in , | No comments
Salam.

Sebenarnya saya tak berminat nak ulas tentang Bajet 2011 yang lalu. Biarla orang kata Bajet Spender ke apa ke. Cakap la apapun, kerana pada saya ianya bukanlah boleh mengubah apa-apa pun, kalau berubah pun banyak mana sangat la.

Tapi bila baca artikel dalam thestar 2 hari lepas DI SINI dan-dan je saya tergerak ati nak ulas. Isunya pasal kos yang semakin meningkat bagi pelanggan Astro. Nak kata saya ada kena mengena secara langsung dengan Astro tak ada la, tapi dah melanggan lebih dari 5 tahun ni kena juga la tempiasnya. Baru je puji saluran 801 hari tu. Hari ni dah lain pulak cerita dia.

Saya petik sikit berita dari the star 1910201:

"The Government, under the Budget 2011 has proposed a service tax on paid TV broadcasting services.

This essentially means that Astro All Asia Networks (Astro) subscribers will likely pay 6% service tax on top of their monthly bills starting Jan 1, next year. For instance, a subscriber who pays RM100 per month or RM1,200 yearly for Astro services, will have to pay an additional RM6 per month or RM72 per year as service tax".

Hai, nampak gayanya naik lagi la harga langganan dulu RM40 lepas tu RM50 la ni RM70, lepas ni berapa pulak la, yang peliknya bila kita nak diperkenal dengan sistem tv yang tak kena tax ni? Tak pasti la pulak.

"It is understood that the service tax is only applicable for paid TV broadcasting services and does not extend to paid Internet protocol TV (IPTV) services such as Redtone International Bhd’s DeTV and Telekom Malaysia Bhd’s HyppTV."

Apa yang pastinya Astro akan terpadam bila angin+hujan lebat. Yang ni CONFIRM.




Wednesday, October 20, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, October 20, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Malam ini adalah penentu segalanya. Bagi Kedah kelebihan bermain di tempat sendiri sudah tentu akan dimanafaatkan sepenuhnya. Tambahan pula rekod pertemuan empat kali dengan Kelantan pada musim ini memihak kepada Sang Kenari.


Kedah juga seharusnya berbangga kerana merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengalahkan Kelantan di 'gelanggang keramat' Stadium Sultan Muhammad IV.

Namun begitu Kelantan juga dilihat juga mempunyai kelebihan tersendiri. Sudah tentu tonik semangat yang dibawa hasil kemenangan ke atas Selangor sebelum ini akan diguna pakai sepenuhnya, ditambah pula dengan aksi yang semakin memuncak, memadamkan aksi longlai dalam perlawanan peringkat kumpulan yang lalu.

Harapan saya agar 'Pahlawan Merah' akan memenangi perlawanan pada malam ini untuk bekalan selesa di Kota Bharu nanti. Tapi kena respek juga kat Kedah (ni tempat cari makan+isteri pun orang Kedah=konflik! konflik!). He ! he!


Gomo Kelate Gomo!

Saturday, October 16, 2010

Posted by yuss yusoff on Saturday, October 16, 2010 in , | No comments
Salam.

Kebelakangan ini banyak cerita dan berita yang terpampang di akhbar dan internet yang tak sampai dek akal saya untuk menilainya apatah lagi menghakiminya. Sehinggakan ada kalanya saya rasa macam tak percaya ada perkara semacam itu boleh berlaku. Banyak sangat manusia yang buruk kelaku. Namun dalam nak percaya atau tak, ianya dah memang berlaku. Mesti percaya. Dah jadi qat`ie : orang mengaji kitab kata.

Baru-baru ini berita seorang majistret muda yang bertugas di Mahkamah Majistret Kuala Krai dan Machang (kawasan saya ni), dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah. Dengar ceritanya beliau boleh mengurangkan hukuman pesalah seandainya dapat habuan yang setimpal, terutamanya kes dadah. Hairannya ada juga majistret macam ni, sampai bila pun orang tak akan faham dadah itu memalapetakakan. Apalah hakim tu fikir bila jatuhkan hukuman pada rakan sejawat sendiri (majistret) ?

Baru-baru ini, gempar satu Malaya (sampai Mek Nab buat air kedai makan Siam sebelah rumah pun tau), peguam menjadi dalang utama pembunuhan kejam seorang jutawan kosmetik dan rakan-rakannya. Hairannya, mana dia nilai kemanusiaan, dah la bunuh, bakar pulak tu, ada abu hanyutkan ke sungai. Terancang sungguh. Kalah fi`il binatang. Apalah peguam fikir bila nak dakwa atau bela peguam. Mesti penuh dengan taktik dan teknik.

Baru-baru ini, seorang bekas Ketua Pengarah Kastam tersenyum gembira kerana dakwaan rasuah ke atasnya digugurkan oleh mahkamah. Bahagianya dia. Tak lama dulu bekas Pengarah MPAJ pun bebas juga dari kes rasuah. Alasan yang selalu kita dengar. Pendakwaraya gagal membuktikan keraguan munasabah kes tersebut. Hairannya dah ada bukti pun boleh jadi tak munasabah dan ragu-ragu lagi. Nampak gayanya pendakwaraya perlu banyak belajar macamana nak hapuskan keraguan ini. Apalah pendakwaraya fikir bila kes yang dah turun naik mahkamah bertahun-tahun macam ni lepas begitu je?

Hairannya!
Posted by yuss yusoff on Saturday, October 16, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

'Jenegho' sungguh tidur malam tadi. Salah satu sebabnya, anak-anak dah sihat semula. Alhamdulillah, tak lagi terjaga pukul 3 dan 4 pagi kerana anak meracau dek panas badan dan selsema. Kalau anak terjaga, maka dengan sendirinya mak dan pak dia pun terpaksa berjaga sama.

Tapi sebab yang sebenar-benarnya ialah kerana pasukan kesayangan saya berjaya menumbangkan musuh terkuat malam tadi. Selangor yang selama ini gah dengan reputasi tanpa kalah, akhirnya tunduk juga. Bak kata Zainal Abidin Rawop (pengulas Arena malam tadi) memang tak seronok bila undian menentukan Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir, paling kurang pun jumpa la di separuh akhir, tak pun peringkat akhir baru semangat lebih sikit.

Tambahan pula isu kekecohan pada Selasa lepas (suku akhir pertama) di Stadium Shah Alam masih lagi 'dalam pemantauan' pihak tertentu esp. FAM. Nak menonton 'live' mustahil la sebab saya jauh di utara ni. Nasib baik la ada 801 (kali ni ada Astro memang berbaloi), dapat juga saya tumpang seronok tengok Kelantan menang bergaya 3-0 di Stadium 'keramat' Sultan Muhammad IV, hasil jaringan Norfarhan, Akmal Rizal dan Badhri Radzi. Tahniah juga pada 'keeper' Khairul Fahmi. Banyak 'save' bola bahaya. Kalau tidak tak tau la...

Tahniah buat Pahlawan Merah. Semoga terus maju jaya. Allahuakbar!




Sunday, October 10, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 10, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Jumaat lepas saya bersama beberapa 36 guru dan staff SMSKP berpeluang mengikuti lawatn penandarasan di SBPI Gombak. Tujuannya cuma satu, mengambil contoh apa-apa saja yang baik untuk diaplikasikan di SMSKP (jika bersesuaian).

Alhamdulillah, cukup mengagumkan dalam semua perkara : prasarana, kurikulum dan pencapaian. Pelaksanaan untuk kemajuan dalam kurikulum adalah 'tip top'. Boleh saya katakan SBPIG adalah di antara sekolah yang terbaik yang pernah saya lawati selain SDAR, STF dan KYS (Kolej Yayasan Saad). Isunya mampukah pelaksanan ini diaplikasikan di SMSKP?.

Gembira bila dapat jumpa semula dengan ex PK KO saya (masa kat SBPI Mersing 2004-2005) Mr. So, walaupun dulunya banyak benda yang saya tak 'sebulu' dengannya (namun orangnya tetap ceria) . Cuma agak terkilan sedikit bila tak dapat jumpa dengan rakan sejawat KP Pendidikan Islam SBPI Gombak. Tunggu punya tunggu muka pun tak nampak. Tak ada rezki la tu.

Semoga kecekalan dan kejayaan SBPI Gombak (top 5 in SBP : 5 years in row) sentiasa menjadi pembakar semangat untuk warga sekolah baru seperti SMSKP ini.

Insyaallah.

sense of welcoming

menarik! cemerlang di dunia, sejahtera di akhirat

barisan guru dan staff SMSKP dan PK & PK KOKU SBPIG

PK SMSKP, PK KOKU SBPIG, PK SBPIG, Kaunselor SBPIG

mengorek khazanah di bilik dokumentasi

bila baca, tersentuh hati..err terasa hati..







Thursday, October 07, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, October 07, 2010 in , , | No comments
Salam.

Suasana di kebanyakan sekolah rendah dan menengah di Malaysia ketika ini agak 'happening'. Jika di sekolah, rendah para guru dan muridnya mula menarik nafas lega kerana selesai sudah UPSR 2 3 hari lepas.

Seumpama tercabut segala beban yang dipikul di bahu sekian lama. Kelegaan mereka ini, akan sampai kekemuncaknya apabila menerima keputusan yang diharap-harapkan suatu ketika kelak. Pada mas itu berkira-kira lah mereka. Berbaloikah usaha sekian lama atau sebaliknya.

Manakala di sekolah menengah pula calon-calon PMR sekarang ini bertungkus lumus menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan hal tuju mereka di menengah atas nanti. Sudah tentu sekolah-sekolah terbaik menjadi impian dan pilihan calon-calon ini.

Namun begitu, suasana hangat ini tidak dirasakan di SMSKP, kerana tahun ini (2010) tiada calon yang mengambil PMR (tiada murid tingkatan 3). Jadi tumpuan khusus dihalakan kepada calon-calon sulung SPM sekolah yang berjumlah 112 orang itu.

Mereka ini dilonggokkan sepenuh pengharapan oleh seluruh warga sekolah untuk mencipta sesuatu yang akan dijadikan 'batu asas' kepada adik-adik. Sesuatu yang boleh dibanggakan dan dikenang sehayat usia. Sesuatu yang dapat menerajui kecemerlangan dan kejayaan. Insyaallah.

Sunday, October 03, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 03, 2010 in , , | No comments
Salam.

Suasana hari raya masih lagi diraikan oleh sebahagian besar umat Islam hari ini. Tidak terkecuali juga di SMSKP. Rabu lepas (29.10.2010), pihak sekolah telah mengadakan satu majlis yang penuh muhibbah dengan penglibatan semua murid, guru dan warga sekolah atau lebih tepat lagi rangkuman 6 rumah beserta kelab guru dan staf.

Hasil perkongsian seluruh warga sekolah, maka terlaksanalah program yang gilang gemilang dengan semua warga dialu-alukan memakai pakaian tradisi (baju melayu dan baju kurung) bagi menghayati lagi sambutan kali ini.

Alhamdulillah selautan makanan dapat dimanafaatkan sebaik mungkin oleh semua warga sekolah. Semoga berjumpa lagi untuk 'mahrajan' yang akan datang. Insyaallah.

Wassalam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter