actions speak louder than words

Monday, August 23, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, August 23, 2010 in , | No comments
Salam.

Semalam sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 peringkat sekolah telah diadakan di Dataran SMSKP dengan jayanya. Bersempena dengan sambutan ini, beberapa acara telah dijalankan dalam majlis tersebut seperti simbolik perbarisan, pemasyhuran kemerdekaan, laungan kemerdekaan, menaikan bendera Malaysia dan lain-lain pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan.

Tuesday, August 17, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, August 17, 2010 in , , | 2 comments
Salam.

Sebenarnya hari ini merupakan di antara hari-hari yang bersejarah dalam hidup saya. Hari ini 17 Ogos merupakan Hari Ulangtahun Pertama anak kedua (lelaki) saya. Rasa baru sambut dia di bilik bersalin Pusat Rawatan Mahsuri Jitra, tapi hari ini dah genap setahun umur dia. Pusat Rawatan Mahsuri pun dengar ceritanya dah tutup atas sebab pengurusan dan teknikal. Teringat lagi pengalaman pahit manis sambut dia.

Saya letak nama dia Afnan Dzikri : semoga dia akan sentiasa diingati dalam suasana yang indah!. Insyaallah. Hari ini Alhamdulillah, dia sihat (walau suatu ketika diagnosisi dengan thalassemia di PMC dulu). La ni dia cukup cergas, 'buas'-kata oghe Kelate : payah nak pegang. Baru nak bertatih berjalan. Tengah mabuk kasut.

Bila isteri saya bagitau dia nak beli beberapa keperluan di Alor Setar untuk sambutan hari lahir si kecik ni, saya mengiyakan saja. Sedia la apa pun saya tak kisah sangat. Kakaknya (Damia Amirah) dulu pun kami beli kek sambut anak-beranak je. Bersyukurla dengan rezki yang Allah bagi.

Lagipun sepanjang hidup, saya tak pernah sambut hari lahir, apatah lagi meniup lilin di kek. Orang kampung katakan. Tapi andai kata saya duduk di bandar sekalipun saya tetap tak akan tiup lilin. Tak minat. Ada la 'saing-saing' sekolah menengah, universiti dan tempat kerja dulu rai : bagi hadiah dan belanja makan di kantin dan kedai makan. Itu sahaja. Tak lebih dari itu.

Rasa takut sebenarnya bila tengok anak membesar di hadapan kita, tambah pula dengan banyak berita-berita yang tak sedap di dengar la ni (anak perempuan khasnya) Bila dah jadi ayah barulah kita faham kenapa mak ayah kita dulu 'bekeng' sangat dengan kita. Cukup tegas dalam benda-benda yang kita anggap remeh. Tiada tolak ansur dalam banyak perkara. Nah! bila dah jadi ayah terjawab la semuanya. Tugas dan tanggungjawab.

Sebenarnya saya cukup kagum dengan Ustazah Maimunah (SMK Derma) dan suaminya Ustaz Abdullah (JPN Perlis) kerana berjaya mendidik anak-anak berjaya dunia akhirat : hebat baca Quran, azan, hafazan, adab pun bagus, belajar pun bijak.

Cikgu Dahasry (SMK Derma) pun sama, anak-anak semuanya berjaya. Bijak dalam akademik (baru baca berita anak dia dapat ke Beijing) . Nampaknya saya yang muda dan cetek ilmu ni kena mengadap balik ke Derma minta ilmu, tunjuk ajar dan petua macamana nak didik anak-anak berjaya dunia dan akhirat. Nampak gaya kena khatam buku 'tarbiyyat al-awlad' lagi sekali ni.
Posted by yuss yusoff on Tuesday, August 17, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Hari ini masuk hari kedua pelajar-pelajar SMSKP khususnya pelajar-pelajar Ting. 1, 2 dan 4 menjalani peperiksaan (ujian sebenarnya sebab tidak ikut format peperiksaan yang sebenar). Masa pun 1 jam saja. Jadi soalan pun tak mencabar sangat. Dalam tak mencabar pun, kalau tak baca saja cari nahas la.

Namun berbeza dengan abang-abang dan kakak-kakak diaorang ni (calon-calon SPM). Minggu ni masuk minggu kedua mereka menghadapi Peperiksaan Percubaan Selaras antara sekolah SBP selepas memulakanya pada 3 Ogos yang lepas. Mereka ini agak sibuk dan ertekan nampaknya apabila telah seminggu bergelumang dengan soalan-soalan selaras peringkat SBP.

Jadi minggu ini suasana agak aman, cuma cikgu-cikgunya yang huru hara, ligat tangan menanda skrip-skrip jawapan. Semoga Berjaya!

Monday, August 16, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, August 16, 2010 in , , , , , , | No comments
Salam.

Semalam sekitar jam 8.00 pg di surau SMSKP berlangsungnya pelancaran Program Ihyak Ramadhan SMSKP 2010/1431 H. Pelancaran perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim dan dihadiri oleh semua pelajar dan guru-guru SMSKP. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengharapkan agar semua warga SMSKP dapat mengambil peluang untuk melakukan perubahan memantapkan akhlak diri masing-masing.

Sebelum itu saya selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam SMSKP 2010 diberi penghormatan untuk mengucapkan sepatah dua kata sebagai pembuka majlis. Dalam ucapan ringkas itu, saya menzahirkan sepenuh pengharapan kepada warga SMSKP agar dapat merebut peluang yang terhidang di bulan yang mulai lagi barakah ini (Ramadhan) untuk menggandakan ibadah sekaligus memperbaiki diri dan menyucikan hati dari kesilapan yang lepas.

Syabas dan tahniah serta terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga kerja program terutamanya jawatankuasa kerja (Panitia Pendidikan Islam dan BADAR) kerana berjaya meneruskan agenda memperkasakan Islam melalui pendidikan dan program2 di sekolah,.

Walaupun menghadapi sedikit kesulitan di awalnya, namun ianya bukan satu penghalang kepada pelaksanaan program yang lebih gemilang, sekaligus memartabatkan panitia sebagai wadah perjuangan ke arah khaira ummah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Semoga kita sentiasa istiqamah dengan program-program yang lebih bermakna pada masa hadapan. Insyaallah!


Thursday, August 12, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, August 12, 2010 in , | No comments
Salam.

Semalam saya bersama isteri mengunjungi bazaar Ramadhan di Changlun. Tujuannya tidak lain dan tak bukan membeli juadah berbuka puasa. Inilah tempat rutin kami untuk berbelanja di bulan puasa ni sejak 5 tahun yang lepas (sekali sekala ke Napoh, Arau dan Kangar).

Namun kali ini suasananya amat berbeza, dengan gerai yang berniaga tidak sebanyak tahun-tahun lepas (mungkin kerana peniaga dah berpecah dua, satu lagi bazaar yang baru dibuka di ruang kosong belakang Restoren Yasmeen).

Tapi tak kisah la banyak ke sikit gerai, yang pastinya lauk mesti kena selera. Lagipun bukannya nak borong semua. Namun yang terkejutnya bila tengok harga lauk pauk yang dijual. Bayangkan keli bakar yang panjangnya cuma sejengkal dijual dengan harga RM3.00 dan gulai kawah semangkuk (plastik) RM5.00. Wah! Wah! Wah! benar-benar Barang Naik kali ni.

Dalam dok tak puas hati tu beli juga, dah itu seleranya. Sebelum balik sempat juga beli air kegemaran 'nira' (di Kelate panggil Air Tuak) harganya tetap sama RM2.00 (macam tahun-tahun lepas) tapi airnya cuma diisi separuh plastik. Emmm duit-duit.

Wednesday, August 11, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, August 11, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

11 ogos telah menjelma. Saatnya telah tiba. Ramadhan al-mubarak diraikan oleh seluruh pelusuk manusia, muda dan tua tanpa mengira bangsa.

Bulan yang penuh barakah dan rahmah bagi mereka yang membuka pintu hati masing-masing untuk menerima dan meraikannya tanpa perlu membina jurang hijab di antara makhluk dan khaliq.

Akan tetapi ia adalah sebaliknya (menjadi musibah) bagi mereka yang berhati keras lagi enggan bermuhasabah diri, sengaja menafikan keperluan diri manusia yang sentiasa mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri masing-masing. sifat leka dan alpa berterus-terusan menanggapi golongan ini. Wal`iyazubillah.

Besar ajaibnya hikmah dan barakah Allah SWT sebenarnya, di bulan yang penuh mulia ini digambarkan seribu macam perangai manusia yang sekelip mata berubah untuk mengahadapi Ilah.

Segelintir mereka yang dulunya melupakan tangga-tangga masjid, sudah menjadikannya rutin untuk dipijak. Segelintir mereka yang jarang beramalan sunat (solat) berbelas-belas rakaat mula membiasakan diri melakukannya. Segelintir mereka yang tak pernah berjual beli, sekarang asyik leka mengira untung laba. Segelintir mereka yang hanya melafazkan ayat-ayat suci dalam solat, sudah mula menjadikannya rutin selepas beribadat.

Begitulah gambaran segelintir manusia yang dialihkan Allah jiwa dan semangatnya. semoga kita sentiasa teralih untuk melakukan amalan-amalan yang bermanafaat di bulan yang mulia ini, sekaligus menjadi pemangkin untuk bulan-bulan yang akan datang dengan penuh istiqamah.

Hayya bil Jihad.


Monday, August 09, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, August 09, 2010 in , | No comments
Salam.

Hari ini semua guru di SMS Kubang Pasu (SMSKP) tertunggu-tunggu seorang tetamu yang memang diundang khas oleh pihak sekolah (Tuan Pengetua) untuk hadir ke SMSKP.

Kunjungan yang kelima dari Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BSBPSK) pada hari ini memang mendatangkan cuak pada warga sekolah. Maklum la kunjungan keempat pada hari tu penuh dengan kenyataan 'ketidakpuasan hati' dari beliau. jadi hari ini semua warga berjaga-jaga.

Setibanya di SMSKP sekitar jam 1.00 petang, (dari perasmian penutup Rugby SBP di UUM Sintok), beliau telah disambut mesra oleh warga sekolah terutamanya Tuan Pengetua dan pentadbir yang lain. Selepas 'menziarahi' asrama beliau sempat menyampaikan taklimat ringkas (rangka motivasi) kepada guru-guru SMSKP disamping menanda Buku Rancangan Mengajar Guru dan Buku Kedatangan Murid.

Antara teguran beliau semasa kunjungan keempat :
  1. Dewan Makan Asrama kurang bersih (makanan tak bertutup-lalat).
  2. Sebilangan guru dan murid tidak mengenali beliau.
  3. Pelajar kurang berdisiplin : (lena di surau, di dorm).
  4. Sampah merata-rata.
  5. Keselamatan amat tidak memuaskan.
  6. Suasana P&P tidak efisyen.
Nasihat dan harapan :
  1. Guru-guru SBP mesti berikan komitmen 24 jam
  2. Patuhi Pekeliling Pendidikan / Ikhtisas.
  3. Peka dengan suasana semasa.
  4. Mulakan dari basic.
Emmph. Nampak gayanya banyak juga yang kena perbaik ni. Apapun selamat berjuang warga SMSKP. Striving Together Towards Exellence.

Thursday, August 05, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, August 05, 2010 in , , | No comments
Salam.

The Star Online hari ini melaporkan :

"Kedah orders three picnic spots closed"

"ALOR SETAR: Three popular picnic spots in Kedah have been ordered to close temporarily in the wake of an outbreak of Leptospirosis (rat urine disease) at several recreational areas in the state.

The three spots are Puncak Janing in Kuala Nerang, Lata Bayu in Baling and Bukit Wang in Kubang Pasu.

Kedah health director Dr Marzukhi Md Isa said so far, one person had died because of the disease while four others were confirmed to have contracted it.

“The victim who died was in his 30s and was a Penang Health Department employee. He had come for a picnic at Lata Bayu with two friends, who also contracted the disease and are now receiving treatment at the Bukit Mertajam Hospital,” he told reporters here yesterday.

He said the other two patients contracted the disease at Puncak Janing and were now being treated at the Kuala Nerang Hospital.

He added that the department was taking all measures necessary to counter the disease and advised the public not to take their water from hill streams.

In Kuantan, Pahang Local Government, Environment and Health Committee chairman Datuk Hoh Khai Mun said the melioidosis and leptospirosis outbreak in Maran had been contained.

He said this was because the incubation period for the disease had passed the stipulated 28-day mark.

“During this period, no new cases involving the melioidosis and leptospirosis bacteria was reported.

“However, the Lubuk Yu waterfall is still closed to visitors until a report by the technical committee on disaster management is completed,” he said after launching the state-level World Health Day celebrations in Wisma Belia here on Tuesday.

Hoh said the death toll from the Lubuk Yu incident stood at seven.

The Lubuk Yu recreational area has been closed to the public since July 10 after 89 people who took part in a search and rescue operation between June 26 and June 30, were diagnosed with leptospirosis infection (transmitted by rat urine).

Hoh said there were 22 cases of suspected melioidosis and leptospirosis bacteria infection as of Tuesday. — Bernama"

"Semangat" juga bila baca berita ni, maklumla baru je balik dari Resort KEDA Bendang Man Sik, minggu lepas dengan pelajar-pelajar Form 4. Sejuk air lata kat sana pun masih terasa lagi. Siapa yang boleh tahan bila tengok air macam tu. Dah ada depan mata apalagi. Semoga selamat hendaknya, dijauhi dari segala musibah dan malapetaka. Amin.

Sunday, August 01, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, August 01, 2010 in , , | No comments
Salam.

Sekalung tahniah diucapkan kepada tentera-tentera merah kerana meraih gelaran Naib Juara TM Liga Super 2010. (Walapun mengharapkan Selangor bakal kecundang di tangan Terengganu malam tadi, malangnya impian tidak menjadi kenyataan - Tahniah juga kepada Selangor).

Kejayaan yang diraih ini bukan satu usaha yang mudah bahkan hasil penggemblengan tenaga, wang dan masa sejak 3 tahun lalu. Tahniah kepada Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa kerana berjaya memacu tentera-tentera merah ini ke persada. Sungguh kata Tok Guru Nik Aziz : TS Annuar Musa ni bijok kalu jago bab-bak sukae tapi tork beghapo panda kalu nork main politik.

Sekali kalah, bolos 14 gol dan tak pernah kalah di gelanggang lawan satu rekod yang cukup hebat. Di tambah pula dengan adanya 4 wakil Kelantan di FAM untuk sesi 2010 - 2014 ( Tan Sri Annuar Musa - Timbalan Presiden, Datuk Afandi Hamzah - Naib Presiden, Datuk Takiyuddin Hassan, Rosmadi Ismail - Jawatankuasa Eksekutif), harapannya akan ada sinar baharu di tahun-tahun hadapan. (tork la jadi Naib Juara sokmo).

GOMO KELATE GOMO.




Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter