actions speak louder than words

Monday, June 28, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, June 28, 2010 in , , | No comments
Salam.

16 pasukan terbaik Piala Dunia 2010 telah lengkap tersenarai. Tersingkirnya juara bertahan Itali, pasukan pilihan Perancis menjadikan Piala Dunia kali ini semakin menarik. Brazil, Argentina, Jerman, Belanda dan Sepanyol dilihat mampu menguasai tempat ke Suku Akhir. cuma yang tak syoknya tengok kesilapan pengadil kadangkala menafikan peluang untuk pasukan meraih keputusan yang lebih baik terkubur (kesian England).

Wassalam.

Wednesday, June 23, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, June 23, 2010 in , , , , | 2 comments
Salam.

"Salam Ust..alhamdlh..hampir ksemua bdk 5Arif 2009 dpt biasiswa dlm n luar negri..mgkin brkt doa guru2..trima kasih ust.."

SMS ini saya terima petang kelmarin. Daripada Anis Suzanna Mat Rejab bekas pelajar SPM 2009 di SMK Derma. Berkebetulan pula saya mengajar di kelas beliau 5 Arif. Kelas yang paling 'bitara' bagi tingkatan 5 di SMK Derma. Ringkas saja SMSnya namun membuatkan saya berfikir panjang. Berfikir tentang masa-masa saya bersama mereka di sana (tahun lepas). Banyak pahit manisnya. Apatah lagi bila menerima ingatan sebegini dari bekas pelajar.

Sebetulnya mengajar di kelas ini (5 Arif) bukannya satu masalah besar, bahkan banyak memudahkan cikgu-cikgu sebab semua pelajarnya cakna-cakna (puji sikit). Saya rasa semua guru di SMK Derma mengakuinya. Itu bukan isunya, tapi apa yang menariknya ialah hubungan murid dengan guru dan barakah pembelajaran itu sendiri. Di mana keduanya saling bergandingan. Murid patuh ilmu barakah.

Senario murid dan guru ketika ini menyukarkan kita menterjemahkan hubungan baik murid dengan guru dan keadaan barakah pembelajaran itu sendiri. Banyak sekali kita dengar berita yang dipaparkan di TV, dada akhbar, majalah dan makalah tentang perlakuan, percakapan dan tanggapan hina murid kepada gurunya. Ada yang sanggup menggelar, memaki hamun dengan kata-kata nista, mengugut, mencederakan , memudharatkan harta benda (menconteng kereta, menyimbah cat di kereta dll) dan tak sunyi juga menyaman guru yang tiada taranya jasa mereka kepada murid terbabit. Pengalaman saya 6 tahun di sekolah harian dan SBP juga menceritakan segala macam pahit manis kerjaya guru.

Isunya nampak semacam tidak berapa menyebelahi guru, kerana hasil perlakuan itu dikatakan berpunca dari tindakan guru itu sendiri (terutamanya ketika tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah). Tambahan pula pula dalam banyak kes sebahagian ibu bapa pula semacam tidak akur dan tidak berupaya memahami kerjaya sebenar seorang guru (mendidik bukan semata-mata mengajar) bermati-matian menyebelahi anak mereka. Peliknya segelintir mereka itupun bergelar guru.

Besarnya cabaran guru. Murid ini mungkin lupa atau tidak tahu, mungkin juga buat-buat lupa atau ego semata-semata, (di mana sebenarnnya kedudukan guru berbanding murid). Lupa pentingnya barakah dalam pembelajaran. Setinggi manapun kejayaan yang dicapai, jika tiada barakahnya akan merudum jua maruah yang ditatangnya. Ada yang merasakan kejayaan yang dicapai itu hak mutlak masing-masing, tak akan terkesan oleh satu apa pun. Jika benar begitu nescaya mereka silap. Maksud firman Allah SWT (ali 'Imran 26) :

"Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." Maksudnya, Engkaulah yang mempunyai kuasa pemerintahan terhadap semua ciptaanMu dan Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki di antara makhluk-makhlukMu. "Dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki." Iaitu dengan memberinya kemuliaan itu. Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.; Iaitu dengan mencabut kemuliaan darinya. Di tangan Engkaulah segala kebajikan Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa atas segala sesuatu.

Jika mereka merasakan tidak pentingnya barakah lihatlah apa yang berlaku disekeliling kita berapa banyak manusia yang telah hilang maruah, terhina nama dan tertanggal jawatan kerana isu rasuah. Mereka ini bukannya 'peon' pejabat atau mat despatch yang diketahui umum kelulusan akademiknya, tapi cerdik pandai yang tiada barakah dalam ilmunya. Akhirnya terpalit dengan kemurkaan dari Allah SWT. Sebagai manusia yang pernah menjadi murid, sama-sama kita renung ayat Allah SWT dalam Al-an`am 165 yang bermaksud :

"Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmah dan inayahNya.

Wassalam.

Tuesday, June 22, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, June 22, 2010 in , | No comments
Salam.

Sehari suntuk hari kelmarin redup je. Pagi sampai ke petang hujan je manjang. Sejuk la sikit. Dah lama tak merasa nikmat sejuk asli ni. Biasanya dok 'terkadang' dengan sejuk palsu (air-cond), dari dalam kereta, sampai kat rumah dan lagi-lagi la kat tempat kerja. Sebab ini la gamaknya orang zaman la ni tak sekuat dan sesihat orang tua dulu-dulu. (sayang nak keluar peluh) Selesa je manjang.

Cuaca redup ni macam tau-tau je perasaan guru-guru yang dah lama bercuti ni. Liat nak mulakan kelas balik. Lumrah la tu. Tapi ada juga la hikmahnya. Selepas tak dengar khabar berita lebih kurang 7 tahun. Tup-tup dok depan mata. Mula-mula tengok macam kenal tapi kat mana ye? Dia pun tegur saya dengan ayat yang sama (saya baru nak cakap). Kami pun dok selidik kat mana jumpa. Saya pun 'mutar ligat' fikir kat mana pernah jumpa. Bila tengok name tag dia : MOHD IMRAN terus terlintas SMK Guar Chempedak 2003.

Kawan saya yang sorang ni banyak bantu saya masa saya praktikum (Maktab Perlis) di SMK Guar Chempedak tahun 2003 dulu. Perlis kan kecil je . Sekolah menegah pun ada 20 buah lebih je. Jadi tak cukup sekolah guru pelatih nak praktikum kat sana. Itu yang terpelanting masuk daerah Kuala Muda Yan Kedah ni. Walaupun dia kat situ cuma GSTT tapi macam-macam benda dia tau.

Maklum la kita ni baru nak jadi cikgu, satu apa pun tak tahu dengan suasana sebenar di sekolah. Bila belajar teori pedagogi je kat maktab, nampak macam bagus dan terancang semua. Macam mudah je. Macam semua kerja boleh buat. Tapi bila dah masuk sekolah tahula 'hitam putih'nya. Pelajarnya pun boleh tahan juga. Ada yang tak tau baca fatihah, ada yang ajak race motor, ada yang hantar surat cinta, ada yang ikut sampai rumah sewa dan macam-macam. Pening kepala mula-mula tu, tapi lama kelamaan makin faham karenah anak-anak ni. Oh SMKGC!

Apapun terima kasih untuk semua warga SMKGC terutama Ustaz Megat yang jadi mentor saya. Jazakumullahukahirankathiran.

Monday, June 14, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, June 14, 2010 in , | No comments
Salam.

Rasa semangat semacam je bila memandu di jalan bengkang bengkok dari Grik ke Jeli. Lama dah tak balik kampung ni. Bila dok di Kedah rasa panas semacam (membahang) je walaupun dan masuk bulan Jun. Anak-anak pun asyik demam je tak tahan panas.

Kata orang Kedah-Perlis tahun ni pelik sikit biasanya bulan Jun ni dah nak berakhir musim timur tapi tahun ni macan nak tak nak je jadinya. Mula la berangan harapnya bila balik Kelantan nanti cuaca berubah. Sejuk sikit.

Tambahan pula sepanjang perjalanan asyik hujan je. Lagi semangat. Tapi bila sampai je kat depan rumah tengok pokok rambai, durian, rambutan mati kering, punah la harapan. Membahang juga la kita di Kelantan.

Thursday, June 10, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, June 10, 2010 in , , , | No comments
Salam. Kejohanan bolasepak paling berprestij akan bermula tak lama lagi. Kick-off 11 Jun ini dan akan berakhir 11 Julai nanti sekali lagi menampilkan 32 pasukan yang akan merebut piala (Edisi ke 19 : kalau tak silap) di bumi Afrika.

Masing-masing mula meramal pasukan manakah yang akan merangkul piala pada kali ini? mampukah Itali mengekalkan kejuaraan? bolehkah pasukan pilihan Argentina, Brazil, Perancis, Sepanyol, Portugal, England dan Jerman menggugat?. Ramalan tiada salahnya jangan 'pertaruhan' sudah!

Kalau kita sanggup berjaga malam untuk menyaksikan pasukan pilihan kita beraksi, apa salahnya kita selang selikan dengan amalan yang yang boleh merawat jiwa dan minda. Sama-sama manafaatkan dan seimbangkan minat dan amalan berkat. Insyaallah ganjaran akan di nikmat.

Wassalam.

Friday, June 04, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, June 04, 2010 in , | No comments
Salam.

Cuti sekolah dah bermula. Jadi banyak la perancangan mak pak tak terkecuali anak-anak hendak ke sana ke mari. Kami di SMS Kubang Pasu perlu berkampung di sekolah dulu selama seminggu (ikut turn), khususnya yang mengajar kelas-kelas SPM (nasib ler), orang lain dah bergerak ke sana kemari kita kat sekolah lagi, tapi tak pe jihad itu yang penting Allahuakbar!

Wassalam.


Tuesday, June 01, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, June 01, 2010 in , , | No comments
Salam.

Baru balik main futsal di Komplek C Mart Changlun ni (depan rumah je ). SMS Kubang Pasu VS SBP Integrasi Kubang Pasu. Tak larat nak main lama sangat dah tua-tua ni, tubuh dah tak boleh bertahan. Kalau pakai bateri tu boleh la pilih energizer. Longlasting sikit. Tapi apakan daya dah dapat title 'OKU' ni lagi la tak boleh lasak-lasak.

Kebetulan dah siap mandi ni, mata pun bulat, tubuh pun dah segar balik, payah nak tidur dah. Itu yang ada masa update blog ni. Apapun game futsal malam ni sebenarnya rentetan dan 'balasan' dari friendly match bola tampar dan badminton dua minggu lepas (kalau tak silap) SMSKP.

Kalau dua-dua game dulu SMSKP leading, malam ni pun SMSKP masih lagi unggul. TAHNIAH. buat semua cikgu-cikgu SMSKP yang ganteng lagi bersemangat (jangan esok MC dah le). Nampak gaya SBPIKP kena training lebih sikit (jangan terasa pulak). Tak pe ada masa kita lawan lagi.

(lupa bawa kamera ambik gambar)

Wassalam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter