actions speak louder than words

Tuesday, May 25, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, May 25, 2010 in , | No comments
Salam.

Tepat jam 11.40 pagi ini, pelajar-pelajar SMS Kubang Pasu dikejutkan oleh deringan loceng yang panjang. Untuk kali yang pertama latihan kecemasan kebakaran diadakan. 4 minit 23 saat masa yang dicatatkan oleh pelajar-pelajar dan guru untuk berkumpul di dataran. Masa yang agak baik, tetapi dataran bukanlah tempat yang sebenar-benarnya selamat (kalau ikut betul padang ialah tempat yang paling selamat).

Guru-guru dan pelajar diajar langkah terbaik untuk bertindak semasa berlaku kebakaran, termasuk menggunakan pemadam api yang bersesuaian dengan jenisnya (serbuk & air).


Wassalam



Sunday, May 16, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, May 16, 2010 in , , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah sekali lagi dipanjangkan usia dan berkesempatan pula menyambut Hari Guru 2010. Hari di mana guru-guru dira`i secara formal, walaupun hakikatnya tidak perlu menunggu tanggal 16 Mei setiap tahun untuk menzahirkan rasa hormat, tangungjawab, terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru. Namun tradisi telah merakamkan segalanya 16 Mei dipilih (sejak 1972 lagi).

Di SM Sains Kubang Pasu sambutan yang julung kali diadakan disambut meriah dengan acara perlawanan bola tampar, bola sepak dan sukaneka serta persembahan dari guru serta pelajar-pelajar.

Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan jazakumullahu khairan kathiran kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya seawal usia sehinggalah ke hari tua ini, khususnya di Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (PHD) (Kuala Krai), SK Kuala Nal (Kuala Krai), SMK (A) Falahiah Pasir Pekan (Tumpat), API Universiti Malaya dan Maktab Peguruan Perlis (IPGM).

Ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana ditakdirkan Allah SWT menjadi sang pendidik kepada anak bangsa khususnya guru-guru di SM Sains Sultan Iskandar (Mersing), SMK Derma (Kangar) dan SM Sains Kubang Pasu (Jitra).

Bersyukur dan bergembiralah dengan kerjaya kita semua.

Belangsungkawa : al-fatihah buat guruku : Ust Rashid Ahmad API Universiti Malaya jam 4.48 ptg 08 Mei 2010

Wassalam.

Thursday, May 13, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, May 13, 2010 in , , , | No comments
Salam.
JAWAPAN

Terjawab sudah isu 'penghalalan judi bolasepak' yang membuak `kemurkaan` ramai orang Islam di Malaysia. Malaysiakini telah melaporkan (di sini) BERJAYA pimpinan Vincent Tan telah dimuktamadkan mendapat lesen untuk perjudian bolasepak di Malaysia. Rupanya segunung bantahan rakyat pun belum dapat mengendurkan keputusan kerajaan meneruskan hasrat mereka. Bahkan kerajaan semakin galak dan bersemangat mengira untung laba tanpa mengira kesan natijahnya.

BANTAHAN

Jika sebelum ini banyak bantahan (dikemukan dan dipaparkan di dada akhbar dan paparan internet) dari orang perseorangan, ahli akademik, ahli agama, badan agama, namun saya tertarik apabila membaca satu ruangan dalam Berita Harian (di sini) tentang bantahan yang dikemukakan oleh seorang tokoh bolasepak tanahair Ghani Minhat yang melihat keburukan judi dari sudut sukan bolasepak yang akhirnya merosakkan presatasi sukan bolasepak negara dan bakat pemain-pemain . Jelasnya judi tetap menjahanamkan jika dilihat dari sudut apa sekalipun. (cuma Pak Menteri saja yang rabun jauh)

MANA MENTERI AGAMA JPM & PAK MUFTI?

Akhirnya saya tertanya-tanya di mana suara Pak Menteri Agama JPM, dalam isu ini? Di mana Pak Mufti yang selalunya lantang 'menghukum' halal haram satu-satu perkara. Adakah kerana title Datuk Seri, Tan Sri telah memberatkan dan menguncikan semua mulut-mulut yang sepatutnya bersuara menyatakan ketegasan dalam isu ini. BERSUARALAH.

HARAPAN

Saya mendoakan agar Pak Menteri, Pak Mufti dan pemimpin kerajaan kita SEGERA menjauhi rasukan dan tipu daya syaitan sebaliknya SEGERA mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT semoga kita sentiasa berada di bawah naungan Rahmat Allah SWT. Amin.

Wassalam.






Monday, May 10, 2010

Posted by yuss yusoff on Monday, May 10, 2010 in , , , , | No comments
Salam.

Dilaporkan di akhbar dan paparan tv sehari dua ini bahawa kerajaan dalam cadangannya akan meluluskan lesen judi (menjadikan ianya halal dari sudut peraturan dan undang-undang di Malaysia) bersempena dengan Pusingan Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun ini.

Berita ini sudah tentunya mengejutkan ramai pihak apatah lagi ianya cadangan dari seorang Timbalan Menteri yang beragama Islam iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussein, yang sepatutnya mendokong tak pun sekurang-kurangnya peka dengan sensitiviti keagamaan. (Inikah perangai Timbalan Menteri yang dicanang akan menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika dulu, nasib tak jadi kalau tak Kelantan mungkin berubah jadi Darul Judi, wal`iyazubillah).

Malang sungguh apabila isu kepekaan dan sensitiviti agama ini diketepikan dan keuntungan diutamakan. Apalagi apabila jawatan sehebat Timbalan Menteri Kewangan dipergunakan semata-mata untuk meraih laba (mungkin) dan bukannya menolak bala, kerana dimaklumkan sudah ada pihak yang membida untuk dapatkan lesen tersebut. Rupanya pemimpin kita lebih peka tentang 'ucapan politik' di masjid, ketaatan kepada Raja dan Sultan diutamakan dari isu judi yang memang jelas haramnya disebut dalam al-Quran dan Hadith :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sahih Muslim [Bahasa Arab sahaja]: 3733)

Bahkan alasan yang digunakan Datuk Dr Awang Adek Hussein (kerajaan) ianya dibenarkan bagi mengawal aktiviti pertaruhan dan perjudian yang tidak boleh dikawal kerajaan amat-amat tidak boleh diterima akal. Lucu juga bila disebut tak boleh dikawal? Jadi apa tugas agensi di bawah Kementerian Kewangan ini?. Adakah dengan membenarkan judi boleh mengawal judi? Pelik+lucu.

Lagi lucu bila ada kenyataan seperti ini : "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).- Utusan Malaysia 06 Mei 2010.

Timbul persoalan adakah pihak kerajaan merasakan judi tu mendatangkan manafaat, baik untuk kerajaan (ekonomi)? Adakah kerajaan berpuas hati apabila dapat mengawal operasi pertaruhan haram dan perjudian ini sebagaimana kawalan sedia ada untuk Sports TOTO, Magnum, Pan Malaysia, Da Ma Chai dll. yang sebahagian 'board'nya dikatakan dianggotai orang Melayu Islam? Tidak cukupkah lagi dengan judi halal yang sedia ada (2 pusat di Malaysia)?

Sudah sedia maklum bahawa bahana judi itu boleh merosakkan urat saraf umat manusia dengan kerosakkan yang mnenghancurkan baik dari sudut individu, masyarakat bahkan negara sekalipun. Dari masalah malas bekerja, kerugian masa dan wang ringgit, keruntuhan moral dan rumahtangga sehinggalah kepada kes-kes jenayah ragut, samun dan rompak.

Nampaknya kesungguhan kerajaan dalam membanteras, menghapus dan mengawal amalan judi dan perkara-perkara lain yang dilarang syarak seolah-olah 'pilih kasih'. Gajah depan mata buat-buat tak nampak tapi semut yang nun jauh di sana juga yang diintainya.

Hasil dari duit judi juga dicadangkan digunakan untuk membiayai kos pengurusan sukan, walhal suatu ketika dulu kita mencanang beberapa isu antaranya : syarikat tembakau dilarang menaja pasukan lumba F1. Iklan rokok di kaca TV tidak lagi dibenarkan. Iklan arak di akhbar diharamkan (tapi kebelakangan ini iklan arak telah mula terpamer di akhbar The Star)- mana polisi kerajaan dulu?). Nampaknya slogan 1 Malaysia sudah mula meresapi setiap denyut nadi pemimpin kita sehingga 'membutakan' mereka untuk membezakan antara halal dan haram.

Sesekali kerajaan reverse selangkah kebelakang (dengan membenarkan lesen judi ) , memungkinkan banyak lagi usaha kerajaan memurnikan rakyat akan gagal dan membazirkan wang rakyat sebagaimana gagalnya program 'tak nak merokok'. Semoga kita tergolong dalam mereka yang sentiasa peka dan sedar akan ketetapan hukum Allah SWT ke atas kemaslahatan umat manusia. Amin.

Wassalam

Berkaitan :

1. Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan untuk Piala Dunia
2. Judi Tetap Haram Walaupun Berlesen

Thursday, May 06, 2010

Posted by yuss yusoff on Thursday, May 06, 2010 | No comments
Salam.

Selepas 3 hari mengharungi bahang di turf Komplek Hijau Kuning Alor Setar, cabaran team hoki lelaki Bwh 18 thn SMS Kubang Pasu dalam Kejohanan Hoki MSS Daerah Kubang Pasu 2010, berakhir diperingkat suku akhir semalam.

Ditewaskan 0-2 oleh SMK Tengku Anum (TATAR) bukanlah satu perkara yang membahagiakan, cuma apabila melihat kepada persembahan yang ditunjukkan oleh skuad yang setahun jagung ini, bermain habis-habisan menentang skuad yang memang dah 'establish' amat-amat menggembirakan saya. Jika TATAR membalun 2 pasukan lain 6-0 (SMKB Bukit Kayu Hitam dan SMK Pulau Nyior) dalam saingan kumpulan, lega bila berjaya mengekang TATAR dari berpesta gol (cuma bolos 2 gol).

Tahniah buat skuad muda yang rata-ratanya dibarisi oleh pelajar f4 dan f2 serta f1. Seri dua kali dan melepaskan 2 gol dalam saingan peringkat ini menunjukkan potensi besar untuk digilap di masa hadapan. Begitu juga dengan skuad perempuan, tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan walaupun kandas 2 kali, seri sekali, ternyata ada peningkatan berbanding di Kejohanan SBP yang lalu.

Tahniah juga buat Atikah Musi Abdullah kerana berjaya dipilih mewakili daerah Kubang Pasu. Terima kasih juga kepada 'coach' sir Roslan atas bimbingan dan tunjuk ajar, Ckg Velson dan Ckg Hashimah atas kerjasama yang diberikan. Selamat maju jaya.

Wassalam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter