actions speak louder than words

Friday, February 26, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, February 26, 2010 in , , | No comments
Salam.

Alhamdulillah. Segala perancangan telah diperkenankan Allah SWT. Tepat jam 9.15 malam, bermula ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Noor Salleh sahabat saya dari SMK Syed Hassan, Kangar Perlis. Walaupun jauh hadirnya, namun atas dasar tautan ukhwah dan persahabatan berjaya juga didekatkan jaraknya. Bersesuaian dengan tema Maulidurrasul pada tahun ini "Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Ummah".

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi menerima jemputan saya selaku wakil panitia Pendidikan Islam dan pihak sekolah, sekaligus berkongsi ilmu dengan warga SM Sains Kubang Pasu.

Ceramah yang penuh ilmiah ini merupakan permulaan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah di SM Sains Kubang Pasu, ianya akan diteruskan lagi dengan pelbagai acara menarik esok malam. Insyaallah. Ilaa liqaa'.

Ustaz Mohd Noor Salleh, penceramah jemputan

sokongan padu dari pihak pentadbir
(dari kiri) : PK HEM (terlindung), Cikgu Khairuddin, PK KOKU, Tuan Pengetua
(Tn Hj. Ismail Ibrahim)

Wassalam.

Wednesday, February 24, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, February 24, 2010 in , , | No comments
Salam.

Hari ini saya menghadiri taklimat pertama Ketua Panitia sekolah menengah bagi daerah Kubang Pasu di PKG Ayer Hitam. Em.. jauh juga dari SM Sains Kubang Pasu, belum lagi dibandingkan dengan jarak dari rumah. Beza sungguh masa kat Derma dulu, mesyuarat kat sebelah pagar sekolah je (JPN). Banyak kena suaikan diri bila dah mula tugas kat Kedah ni. Nasib la ada sorang dua sahabat kat sini. Kalau tidak kelam la jawabnya.

Banyak isu yang diperkatakan oleh wakil SPI JPN Kedah iaitu Ustaz Shauqi dan Ustaz Norazam dan wakil dari PPD Kubang Pasu : Ustaz Md Isa, Ustazah Fatimah dan Ustaz Burhanuddin, dari tugas-tugas Ketua Panitia, pertukaran guru, pencapaian PMR 2009, perancangan peningkatan akademik, head count, pertukaran guru agama (ada yang terpaksa belayar ke Langkawi bulan Mac ni : guru sekolah rendah la tu!, kesiannya hangpa!) dan tak ketinggalan isu terhangat masa kini "kekangan belanjawan". No Money!

Alahai! yang herannya dalam dok 'berhemah belanja' naik pulak gaji bapak- bapak polis tu. Ada pulak duit? Ntah la...

Wassalam.

Tuesday, February 09, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 09, 2010 in , | No comments
Salam.

Sudah 2 hari saya balik dari Kursus Kenegaraan BTN di Kem Platih Naka, Kuala Nerang. Seramai 100 peserta dari Jabatan Pelajaran Perlis dan IPGM dari semuda usia 24 tahun sehingga yang berusia 47 tahun telah hadir. Kursus yang bermula pada 3 sehingga 7 Februari lepas dan dilabelkan sebagai KAO-K0111-10 berjaya ditamatkan dengan bermacam persepsi di benak saya.

Pada mulanya saya sedikit menyetujui pelaksanaan kursus ini amat bertepatan dengan visi utamanya iaitu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan peserta. Namun begitu ketika detik-detik pengakhirannya, sudah nampak ianya terpesong (gelong) dari matlamat asalnya. Pengisian slot malam terakhir mula menimbulkan rasa cuak di hati saya.

Kami disajikan dengan klip video yang memaparkan suasana yang tidak aman di negara lain (peristiwa Ambon, Palestin dan sebagainya) dan beberapa siri keganasan yang dilakukan oleh KMM, al-Ma'unah dan beberapa siri demonstrasi jalanan oleh penyokong Anwar Ibrahim (1998). Saya tertanya-tanya apakah tujuannya?

Namun disebalik pertanyaan saya itu, akhirnya terjawab juga persoalannya di mana ketika kami hampir balik, sekali lagi kami disajikan dengan klip video, kali ini klip video sidang DUN negeri Perak (versi edit) dengan paparan yang sengaja diboldkan : pihak pembangkang ganas, tidak mematuhi etika dewan, gila kuasa, tidak menghormati Sultan (Perak) dan sebagainya. Walaupun isu tersebut diputuskan di mahkamah pada hari ini (9.2.2010) tapi sudah ada unsur-unsur provokasinya. Cekap sungguh.

Jadi terjawab sudah agenda sebenar BTN yang selama ini dikatakan sebagai 'pemangkin' pihak kerajaan. Kecaman hebat sebelum ini oleh pihak pembangkang tentang matlamat dan silibus BTN ada ada juga benarnya.

Biarpun begitu syabas kepada ketua jurulatih (Pak Ghazali) kerana berjaya 'memaksa' kami melakukan bermacam aktiviti yang agak mustahil untuk atlit semi-pro macam kami (esp. lari 2 KM, woodywoodpecker, kembara dll). Salam perkenalan & salam perpisahan untuk ahli Kumpulan 6 dan fasilitator Puan Hariati yang 'comel lote', semoga kekal dengan ombak, bulat, empat segi dan tiga segi masing-masing. Ilaa liqaa'.

Wassalam.



Tuesday, February 02, 2010

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 02, 2010 in , , | No comments
Salam.

Hari ini pendaftaran pelajar tingkatan 4 diadakan di sekolah-sekolah berasrama penuh diseluruh negara (SBP) termasuk di SM Sains Kubang Pasu. 130 orang pelajar mendaftar dari senarai sebenar 201 orang. Kebanyakannya datang dari negeri-negeri utara semenanjung, selebihnya dari Kelantan, Selangor, Johor dan Sabah.











Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter