actions speak louder than words

Wednesday, January 27, 2010

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 27, 2010 in , , | No comments
Salam.

Terjawab sudah teka-teki sekolah manakah yang terpilih menganggotai kelompok baru sistem persekolahan di Malaysia. Pengumuman 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semalam, dilihat sebagai satu lagi anjakan dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas pengumuman Sekolah Kluster sekitar tahun 2007 dulu.

Matlamat utama untuk mencapai 100 buah sekolah SBT menjelang 2012 (30 tahun depan dan 50 lagi pada 2012) berdasarkan Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan, menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam pelaksanaan SBT ini. Namun nada sseriusnya seakan sama sahaja apabila diumumkan 30 buah Sekolah Kluster yang kohort pertama suatu ketika dulu yang akhirnya bertukar reda di mana kebanyakan perancangan dan matlamat tidak terlaksana sepenuhnya kerana menuntut banyak kesempurnaan (terutamanya melibatkan peruntukan wang ringgit ratusan ribu).

Apa yang agak mengelirukan, apakah sistem SBT ini kelangsungan dari sistem Sekolah Kluster atau ianya satu pengenalan baru? Jika dilihat matlamat utama keduanya adalah hampir sama iaitu "ianya mesti mempunyai identiti sendiri, unik dan mampu melahirkan pelajar cemerlang". Lihat DISINI.

Adakah dengan pengenalan sistem SBT ini benar-benar menunjukkan peningkatan dalam sistem pendidikan di negara kita?. Secara peribadi saya melihat ianya semacam satu kecelaruan, apabila sekolah-sekolah yang diumumkan ke"kluster"annya suatu ketika dulu, masih belum mampu untuk mengukuhkan kedudukannya dalam "Kluster" yang dipilih walaupun ianya telah berlangsung hampir 3 tahun, hatta suatu ketika keputusan peperiksaan umum di sekolah harian (bukan Kluster) lebih terkedepan berbanding sekolah yang telah diiktiraf Kluster. Di mana silapnya?

Isu 'branding school' ini nampaknya lebih banyak mengundang tanda tanya dan rasa pelik, kerana matlamat utama SBT dan Kluster ini dilihat hampir sama. Belum lagi kita perincikan ke mana halatuju Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari yang begitu gah diperkatakan suatu ketika dulu. Hakikatnya perancangan yang baik tidak cukup jika pelaksanaannya kabur.

Apapun TAHNIAH kepada sekolah-sekolah yang terpilih.

Wallahua`lam.


Friday, January 22, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, January 22, 2010 in , | No comments
Salam.

Semalam Majlis Perjumpaan Ibubapa & Waris untuk pelajar tingkatan 5 SM Sains Kubang Pasu diadakan dengan jayanya. Majlis ini dianjurkan dengan tujuan utama ialah mengadakan pertemuan '4 mata' antara guru-guru subjek dengan ibubapa penjaga.

Saya begitu kagum dengan kesungguhan dan harapan sebahagian ibubapa yang sanggup datang dari Perak dan seluruh pelusuk Utara tanahair semata-mata untuk berbincang sekaligus mencari jalan mengatasi masaalah yang timbul dengan cara yang cukup berhemah.

Tidak dinafikan, untuk meraih kepercayaan ibubapa penjaga di sekolah baru yang serba kekurangan ini, baik dari sudut kelengkapan dan guru-guru amatlah sukar. Namun begitu saya percaya berkat kesungguhan dan kerjasama dari semua pihak terutama guru-guru, ibubapa penjaga tak terkecuali pelajar tingkatan 5 2010 akan memungkinkan sekolah ini bakal memahat kejayaan dalam SPM 2010 nanti. Insyaallah.

lafaz ikrar oleh Ketua Pengawas Mohd Tahriri

sebahagian pelajar dan ibubapa penjaga yang hadir

calon-calon SPM 2010

Wassalam.

Friday, January 15, 2010

Posted by yuss yusoff on Friday, January 15, 2010 in , , | No comments
Salam.

Semalam saya dan 29 orang lagi guru SMS Kubang Pasu diarahkan untuk menghadiri satu perjumpaan dengan Timbalan Menteri Pelajaran YB Dr Mohd Fuad Zarkasyi. Perjumpaan yang diadakan di SMK Megat Dewa itu dihadiri oleh sejumlah guru (saya andaikan lebih kurang 150 orang - kerana banyak kerusi yang tak terisi?) dari sekolah sekitar daerah Kubang Pasu.

Pada mulanya saya menaruh harapan besar juga dengan pertemuan 4 mata ini. Mungkin kali ini dapat berkongsi isu - isu pendidikan terbaharu. Maklumlah jarang sekali Menteri atau Timbalannya turun ke daerah terpencil kalau tidak ada perkara penting. Namun kenyataan saya meleset apabila hanya ceramah biasa yang cerita utamanya berkisar kepada NKRA dan cerita lainnya hanya mengundang mengantuk mata.

Harapan saya 'berputik' kembali apabila YB Timbalan Menteri menawarkan diadakan sesi soal jawab yang katanya "sanggup menjawab apa saja isu kependidikan bermula dari sekecil-kecil isu sehingga kepada masalah pertukaran guru". Wah ini peluang besar. Beberapa orang guru berkesempatan menggunakan peluang ini sebaiknya.

Antara soalan dan cadangan :
  1. Isu immuniti guru - khusus ketika menguruskan permasalahan dan disiplin pelajar.
  2. Isu 11 acara sukan yang digugurkan oleh MSSM.
  3. Isu ketidakseragaman sistem di Malaysia (khususnya antara Kementerian) - sekolah mengajarkan perkara yang baik tapi TV menonjolkan sebaliknya.

Jawapan YB Timbalan Menteri (sinopsis) :

Saolan 1 : tiada immuniti untuk guru kecuali ahli parlimen.
Soalan 2 : akan diperhalusi (macam tak peka isu semasa).
Soalan 3 : sikap guru dan perangai ibu bapa yang salah bukan sistem (nak cari apa permasalahan bukan siapa salah). Bukan ke bila kenalpasti apa permasaalahan akan membawa kepada siapa?

Entahla YB! Sejauh mana manafaat pertemuan ini boleh diajukan kepada guru-guru yang menghadirinya. Harapan saya cuma berputik namun tidak berbunga.

Wassalam






Sunday, January 03, 2010

Posted by yuss yusoff on Sunday, January 03, 2010 in , | No comments
Salam.

Bila diwarwarkan akan berlaku gerhana bulan separa pada malam tahun baru, saya sangat teruja untuk menyaksikannya. Berkebetulan pula, seminggu sebelumnya kuliah mingguan pada hari Jumaat di Masjid Ihya` Ulumuddin Changlun oleh Ustaz Muttalib memperkatakan tentang kaifiat melakukan solat sunat gerhana bulan.

Kira makmum semua sudah ada sedikit pengetahuan tentang pengisian sepatutnya pada malam berlakunya gerhana bulan tersebut.

Berikut gambar-gambar yang sempat saya 'snap' pagi tu dari ruang porch rumah saya : (tak la jelas sangat tapi boleh la : guna kamera nikon coolpix L20 (tak bagus pun kamera ni) :

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter