actions speak louder than words

Thursday, December 31, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 31, 2009 in , , | No comments
Salam.

Sambutan tahun baru 2010 pagi ini semacam satu 'kelainan' dari biasa apabila dilaporkan bahawa akan berlaku gerhana bulan separa bermula pada jam 1.17 pagi 01.01.2010 hingga jam 05.28 pagi 01.01.2010.

Info : MOSTI

Solatlah sunat gerhana bulan : kaifiatnya boleh rujuk di sini (al-malakawi). Hayya bil jihad. Insyaallah!

Wednesday, December 30, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, December 30, 2009 in , | No comments
Salam.

Hasrat kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran yuran sehingga ke akhir tahun (akhir penggal persekolahan) dilihat sebagai satu langkah ke belakang dalam pengurusan sekolah.

Walaupun pada dasarnya ia dilihat sebagai satu 'hadiah' untuk ibubapa penjaga yang kurang berkemampuan apatah lagi yang miskin namun begitu dari sudut dan kacamata seorang guru , ianya amat menyukarkan pihak sekolah amnya dan guru-guru kelas atau tingkatan khasnya untuk mengendalikan urusan pungutan bayaran sekolah ini.

Berdasarkan pengalaman pada tahun lepas, di mana urusan pihak kerajaan membenarkan pembayaran yuran dilanjutkan sehingga Jun, sudah mendatangkan bermacam masaalah yang natijahnya ditanggung oleh guru dan pihak sekolah itu sendiri.

Kesan semerta ialah sebilangan program dan aktiviti sekolah akan terganggu dan sukar untuk dilaksanakan dengan sempurna terutamanya urusan yang melibatkan 'fulus'. itu belum mengambil kira jika ianya bersangkut paut dengan urusan bayaran PIBG.

Kesan jangka panjang ialah pihak sekolah tidak dapat memanafaatkan keberhasilan dari yuran itu sendiri apabila segelintir ibu bapa penjaga 'terlupa' dalam urusan pembayaran.

Molek benar kalau pihak kementerian meminta maklum balas dari pengurusan sekolah terlebih dahulu tentang buruk baik 'sistem' lanjutan bayaran ini (kalaupun sudah dimaklumkan bertindaklah dengan seadilnya), supaya ianya tidak mengeruhkan dan merencatkan suasana pentadbiran sekolah.

Jangan ianya menjadi isu yang tidak menguntungkan sesiapa apabila disampaikan maklumat yang kurang jelas seperti pengumunan penghapusan pembayaran yuran pada tahun lepas (sepeti entry saya yang lepas).

Entry berkaitan :
Yuran sekolah boleh dijelaskan sehingga akhir tahun : Utusan Malaysia

Wassalam

Thursday, December 24, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 24, 2009 in , | No comments
Salam.

Hari ini keputusan PMR diumumkan. Saya menerima khabar keputusan PMR di SMK Derma (sekolah lama) melalui SMS dari Ustazah Noraini Romli (Ketua Panitia) yang memaklumkan seramai 142 pelajar mendapat Gred A, 10 pelajar mendapat Gred B dan seorang pelajar mendapat gred C (siapa ni?) dalam subjek Pendidikan Islam.

Cikgu Roslela (SU Peperiksaan) pula memaklumkan seramai 102 orang mendapat straight A. Katanya top 10 kategori sekolah harian di Malaysia. Mabruk

Walaupun semasa di SMK Derma saya tidak mengajar pelajar Tingkatan 3 ini, namun saya tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian hebat ini. Alhamdulillah, segala penat lelah pelajar, guru-guru , pentadbir sekolah dan ibu bapa penjaga akhirnya terbalas jua.

Maksimum kredit amat wajar diberikan kepada Ustazah Maimunah, Ustazah Hazora dan Ustazah Suriani serta tak lupa Ustazah Noraini selaku Ketua Panitia (jangan pindah lagi, teruskan kerja amal di DERMA) atas pencapaian memberangsangkan khususnya untuk subjek Pendidikan Islam. Semoga kejayaan akan bertimpa-timpa pula untuk anak didik kita dalam result SPM nanti. Insyaallah.

(updated)

Post Berkaitan :
PMR : Lebih 28 188 pelajar peroleh semua A : Bernama
Pelajar cacat mata dapat 7A : MalaysiaKini

Tuesday, December 22, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, December 22, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini masuk hari kedua saya dan rakan-rakan 'baru' memulakan tugas di SM Sains Kubang Pasu ini. Motivasi mesti tinggi bila masuk sekolah baru ni : kata sahabat saya. First impression penting juga untuk semangat kerja masa depan.

Kagumnya : prasarana memang tip-top. bilik guru dengan pantry+toilet dalam bilik guru (err!!) Kat meja ada telefon sorang satu. Sekolah baru la katakan. Macam kerja 'firma' hebat-hebat je. tak terlawanla DERMA (he he he). Tapi DERMA tetap di hati.

Wassalam.

Monday, December 21, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, December 21, 2009 in | No comments
Salam.

Menerima kunjungan sahabat baik saya Mansor (semasa di UM) bersama dengan isteri dan anak-anaknya di rumah saya adalah satu penghormatan kepada saya. Perhubungan yang sekali sekala terputus bersambung dapat diraikan kembali.

Banyak cerita yang dapat dikongsi bersama, maklumla jumpa sekali sekala, bertanya khabar tentang sahabat-sahabat lama semasa di UM 95/99. Wah rupa-rupanya ramai yang sudah berjawatan hebat-hebat di sektor 'gomen' atau swasta. Rezeki masing-masing.

Pertemuan ini juga memungkinkan saya dan keluarga menjejakkan kaki sekali lagi ke pulau Langkawi ini, entah kali yang ke berapa (sudah lupa jumlahnya). Oleh kerana idea ini hadir spontan maka banyakla benda yang agak tidak memuaskan hati. Terpaksa menyewa Ford Econovan yang 'dah' berusia dengan harga RM200 tengok body tak padan ler. Tapi jauh juga kami ronda (dari Cenang balik semula ke Kuah) walaupun terpaksa berhingguk-hingguk dalam van yang kadang kala panas, kadang kala sejuk, sekali sekali susah nak start (cemas juga).

Apa yang penting banyak juga 'fulus' melayang (mencabar jiwa juga) bila berhadapan dengan barang idaman (walau bukan murah mana pun). Tapi itulah nafsu kemahuan.

Semoga terhibur Mansor wei, kalu nak grand kena mai lain kali la. Kita reunion geng-geng UM 94/95 @ geng Pantai Indah 95/99.

Wassalam.

Tuesday, December 08, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, December 08, 2009 in , | No comments
Salam.

Isu Biro Tata Negara (BTN) semakin hari semakin panas. Bermula dari 'pengharaman penyertaan' kakitangan kerajaan negeri Selangor diikuti oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, ianya semakin berlanjutan apabila beberapa individu dan badan NGO (antaranya Hizbut Tahrir yang "menghukumkan" BTN sebagai maksiat) yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan BTN mendedahkan 'kepincangan' yang wujud dalam BTN sekaligus mencadangkan agar BTN dihapuskan atau dirombak agar bersesuaian dengan matlamat 'memupuk semangat kecintaan kepada negara'.

Antaranya bekas pengarah BTN, Ahli Parlimen Gua Musang dan sebahagian besar ahli Parlimen Pakatan Rakyat, sehingga menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akur dengan desakan tersebut dan mengumumkan kerajaan akan melakukan rombakan untuk penambahbaikan walaupun pada masa yang sama banyak paparan akhbar memaparkan 'sokongan' kepada BTN termasuklan sokongan padu Dr M. Tapi DS M Nazri Aziz ini sanggup berpatah arang dengan Dr M. Syabas DS.

Saya sebenarnya ambil pusing juga 'karenah intipati' kursus BTN ini, (yang dikatakan sengaja dipolitikkan oleh pihak pembangkang) kerana walaupun saya bukan pemimpin parti politik, namun sedikit sebanyak terkena juga tempiasnya. Pada hemat saya kalau seseorang itu dah 'karat BIRU' cakap apapun di akan kata biru, begitu juga yang dah 'karat HIJAU' maka hijaulah pilihannya.

Namun apa yang menjadi isunya dan kemuncaknya membuatkan saya menulis entry ini ialah melibatkan perkhidmatan saya. Anjakan gaji tidak dapat dilaksanakan kerana saya belum menghadiri kursus BTN (walaupun saya telah lulus PTK tahun 2008). Sijil kursus yang lama (semasa di universiti 1999) tidak lagi diiktiraf dengan kata lain perlu diperbaharui.

Ajaibnya sahabat saya (melanjutkan pelajaran dari Diploma ke peringkat Ijazah) telah dikecualikan. Saya pun kurang pasti sejak bila syarat ini dikuatkuasakan. Apa yang lawaknya apabila ditanya dengan Jabatan Pelajaran Negeri, bila kursus terakhir akan diadakan? Jawabnya sudah tidak ada kursus lagi untuk tahun ini (walhal baru akhir September) kerana tiada peruntukan? Sedangkan dalam portal BTN menyatakan kursus akan diadakan sehingga Disember. Sengkek sangatkah?.

Jadi pendaftaran online yang saya buat di laman web BTN sejak Mei lalu hanya sekadar memaparkan "PERMOHONAN ANDA TELAH DISENARAIKAN DI DALAM SENARAI TAWARAN KURSUS KENEGARAAN. TERIMA KASIH". namun sehingga ke hari ini (08.12.2009) tiada panggilan dibuat. Begitulah karenah urusan dunia. Harapnya ke depan hari nanti saya akan menghadiri kursus yang betul-betul menyemai semangat 'cintakan negara' yang tulen dan lebih 'bersyariat'.

Wallahu`alam.

Beberapa Post Berkaitan :
Ku Li : I was battered by BTN : Malaysia Insider
Kuatkuasa Larangan Ikut Kursus BTN : Harian Metro
Keputusan Rombak Kurikulum BTN Amat Dialu-alukan - Musa : Utusan Malaysia
Kenapa Perlu Tunduk : Utusan Malaysia
Rombakan Sukatan BTN Sudah Lama Dicadang : Malaysia Kini
BTN:Nazri Kecam Mahathir Rasis, Mahathir Dakwa Sengaja Dibesarkan : Malaysia Insider

Thursday, December 03, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, December 03, 2009 in , , | No comments
Salam.

Membaca tajuknya di Utusan Malaysia sudah menggambarkan segala macam makna dan tafsiran. Bagi mereka khususnya ibubapa penjaga yang positif akan memahaminya dari sudut yang penuh bermakna, akan tetapi bagi mereka yang sangat gundah tentang "fulus" ini sudah tentu akan memahaminya dalam susana yang amat negatif, iaitu "bayaran tambahan" sudah tentu membebankan. Benarkah begitu?

Pengalaman mengendalikan kutipan yuran pelajar(semua guru akan 'menjawat jawatan' ini jika dilantik sebagai guru kelas atau guru tingkatan) pada tahun ini adalah satu pengalaman yang agak luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bahkan tidak boleh menandingi mana-mana tahun selama tempoh lebih kurang 6 tahun saya berkhidmat.

Akibat dari ketidakjelasan fahaman tentang isu tersebut (yuran sekolah dimansuhkan pada 2008) , seorang bapa yang bekerja sebagai pensyarah di utara, enggan membayar yuran sekolah dengan alasan pihak kerajaan telah memansuhkan pembayaran yuran sekolah (tambahan). Walaupun telah diberi 3 kali peringatan bertulis dan lisan. Pelik sungguh wujud lagi seorang pensyarah mempunyai mentaliti 'orang kampung'.

Apa yang lagi pelik, orang kampung pun majoritinya sudah lama ber'mentaliti pensyarah'. Ini kerana ibubapa penjaga yang kerjanya 'buat bendang' terlebih awal melunaskan yuran tanpa banyak 'kore' . Mungkin orang kerja bendang lebih memahami isu tanggungjawab terhadap anak dan sekolah dan soal dosa pahala berbanding orang yang cerdik akal tapi dungu akhlak.

Sepatutnya sebagai pendidik, gunakanlah kepakaran dan ilmu yang sedia ada untuk menyelidik dulu yuran yang mana di mansuhkan dan bayaran yang mana masih perlu dilunaskan. Hakikatnya hanya RM9.00 sahaja yang mansuhkan. Bukannya keseluruhan yuran / bayaran tambahan sekolah. Mungkin itulah karenah dan sikap ibu bapa penjaga yang gundah tentang 'fulus'.

Apa yang pasti keputusan semerta dan tidak jelas akan mengundang segala macam permasaalahan, apalagi bila ianya lebih berfokus politik. Harapan agar isu yuran tambahan ini tidak lagi menjadi isu utama pendidikan seperti tahun lepas (2008) (glamer juga SMK Derma bila masuk paper antara sekolah yang mengenakan bayaran tambahan yang tinggi).

Wallahu`alam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter