actions speak louder than words

Wednesday, November 25, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 25, 2009 in , , | No comments
Salam.

Tajuk entry di atas merujuk kepada kod kertas Pendidikan Islam bagi peperiksaan SPM. Examnya telah pun berlalu semalam (24.11.2009). Berkebetulan pagi semalam saya berada di sekolah, bertugas untuk kesekian kalinya menyelia calon-calon .

Tiada apa yang dapat saya katakan kepada anak-anak murid saya, cuma berpesan (entah kali yang ke berapa), supaya jangan gopoh dan teliti soalan betul-betul. Dapatkan motivasi diri dengan menjawab soalan yang mudah, tak perlu memaksa ingatan untuk soalan yang susah. Akhirnya 'bertawakkal lah kamu kepada Allah.


Saturday, November 21, 2009

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 21, 2009 in , | 1 comment
Salam.

Bermulanya cuti akhir tahun (sekolah) pada hari ini, bermakna terhentinya 'hubungan peribadi' saya buat seketika dengan SMK Derma. Terhenti bukan bermakna terputus.

Mana mungkin saya memutuskan hubungan yang sudah sedia terikat kemas sejak 2006 lagi (tahun pertama saya di sini). Banyak sebab dan musabbab yang menghalang saya dari merealisasikannya.

Salah satunya yang sememangnya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa hatta saya sendiripun : menimba pengalaman dan mengutip serta menitipkan ilmu.

Menjengah kembali awal perkhidmatan saya di sini (sejak berpindah dari SBP Integrasi Mersing, Johor (sekarang SMS Sultan Iskandar), saya cukup bertuah dan merasa amat-amat bersyukur kepada Ilahi kerana dipertemukan dengan bi`ah yang "melegakan " .

Tak tertanding status Sekolah Primier, Sekolah Bestari, Sekolah Kawalan dan terakhir Sekolah Kluster, (walaupun jauh panggang dari api tandingannya dengan bi`ah SBP Integrasi Mersing) baik dari sudut pelajar dan murabbinya. (maaf la bukan nak mengata tapi itu hakikatnya).

Cabaran besar juga sepanjang 4 tahun saya berkhidmat di SMK Derma ini, berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang 'berpengaruh', ragam laku pelajar, tindak tanduk guru-guru dan sedikit sebanyak kata putus pihak pentadbir yang kadangkala membangkitkan rasa kurang senang, tak puas hati, marah dan jengkel.

Namun dengan 'inayah dan hidayah Allah, SWT dapat juga saya melalui semua itu tanpa perlu memperlekehkan, merendahkan apatah lagi mengainaya sesiapa. Terima kasih yang terhingga kepada sahabat-sahabat yang rela dan redha mencurah ilmu dan tunjuk ajar. (esp : Unit Koku dan Kurikulum).

Pohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat guru yang tak sempat saya temui semalam (kelmarin) atas kesilapan, salah laku, kasar percakapan, ter'over' tindakan, tak terlaksana tanggungjawab. Semoga Allah mengampuni semua kesalahan saya.

Maju Derma Maju Derma.


Wednesday, November 18, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 18, 2009 in , , | No comments
Salam.

18.11.2009

Hari ini calon-calon SPM akan menempuh peperiksaan. ramai dalam kalangan mereka agak gementar, gugup dan cemas. Walaupun tahu mereka akan diganjari dengan apa yang telah mereka usahakan sepanjang 2 tahun terakhir ini.

Taklimat pagi tadi oleh Unit Peperiksaan dan kata-kata perangsang dari guru subjek dan Tuan Pengetua rasanya sikit sebanyak dapat menghilangkan rasa cemas. Iringan doa restu daripada guru-guru untuk kejayaan antum semua. Semoga ilmu-ilmu yang dicurahkan akan diimplemenkan sebaik mungkin. Insyaallah.

18.11.2009

Hari ini juga sepatutnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji. Namun qadak qadar Allah SWT mengatasi segalanya. Polemik yang meletus sepanjang minggu lepas (isu penajaan belanja haji oleh seorang ahli perniagaan) sehingga menuntut campurtangan SPRM dalam pentadbiran kerajaan negeri (anak syarikat pentadbirannya : PBMK), menuntut TGNA membatalkan hasrat untuk menunaikan haji.

Secara peribadinya saya sangat bersetuju dengan keputusan itu. Atas dasar integriti penjawat awam (negeri) dan integriti peribadi, molek sangat la TGNA tidak mahu meneruskan hajat tersebut. Ada hikmahnya.

Insyaallah.

Monday, November 16, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, November 16, 2009 in , | No comments
Salam.

Entry ini sepatutnya saya tulis 2 minggu lepas, bersesuaian dengan panasnya isu Final Piala Malaysia. Namun begitu dengan kesibukan pengurusan akhir tahun di sekolah, menjarakkan diri saya dengan keyboard laptop ini. Tambahan pula line Streamyx di rumah yang kerap kali terganggu membuatkan masa semakin hari semakin suntuk.

Sengaja saya gunakan tajuk yang sebegitu (agak sinis mungkin) untuk memperingatkan diri kita agar sentiasa adil dalam menghakimi sesuatu. Memang benar isunya sangat jelas, selepas berlangsungnya Final Piala Malaysia, berlaku kekecohan dan kerosakan di Stadium Nasional. namun kenyataan dari pihak terlibat sangat mengecewakan.

e.q : Lihat saja laporan mengenai mengenai kerosakan (seolah-olah kerosakan yang berlaku tersangat-sangat teruk sehingga digambarkan jumlah yang sangat besar dengan perinciannya sebuah kerusi nilainya RM500. Benarkan begitu? Kecuali yang terbakar, benarkah kerusi yang rosak (terkulai, patah) hanya dikesan pada malam itu. Mungkinkah kerusi itu telah sedia rosak sebelumnya. Barangkali!

Post yang berkaitan :
Kita kerugian RM214, 000

Lagi tak sedap dengar bila Setiausaha Agong FAM mengulas : "jika diletakkan 10, 000 anggota polis pun belum tentu dapat mengawal keaadaan". Amboi sinisnya!. Cuba tanya 2000 polis yang bertugas itu, apa jenis pemeriksaan yang dilakukan di pintu masuk stadium? Yang saya nampak hanya memeriksa kayu (tiang penyapu / bendera) je!

Bila FAM bersidang saja lihat saja laporan dan denda yang dikenakan :
Kelantan hanya kena RM50, 000

Sebenarnya yang salah tetap salah. Sebagai rakyat Kelantan saya sendiri berasa sangat malu dengan kelakuan segelintir penyokong yang sangat tidak berakhlak lagi bertamaddun sekaligus menjatuhkan maruah diri sendiri dan orang lain. Saya sangat bersetuju mereka ini dikenakan hukuman yang sewajarnya dari pihak berwajib.

Namun hati berasa sangat tidak enak bila ada ulasan di akhbar yang melaporkan : " TGNA kena tarbiyyah rakyatnya (supaya sesuai dengan negeri gelaran Serambi Mekah) ". Adilkah mengaitkan pentadbiran TGNA dengan kelakuan rakyatnya yang tidak beragama itu? Fikir-fikirkanlah.

Saya tertungu-tungu bila FAM nak buat laporan tentang peristiwa tegang selepas perlawanan Separuh Akhir kedua (Perlis vs Kelantan)?. Dalam bab ni lembap pulak FAM ni.

Wallahua'lam.

Monday, November 09, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, November 09, 2009 in , | No comments
Salam.

Sabtu yang amat mengujakan bagi seluruh peminat wira merah sebenarnya. Sejarah bakal tercipta. Begitulah angan-angan dan cita-cita besar puluhan ribu peminat setia wira merah termasuklah saya. namun Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Memori Sehari Ke Bukit Jalil :

10.30 : Bertolak dengan bas Ekspres Durian Burung ke KL.

4.30 : Sampai di Pudu KL dengan suasana yang tak selesa, pedih perut, sebab sekalipun bas tak berhenti makan. Tak pernah lagi nak bas ekspres yang tak berhenti untuk penumpang makan (nampak macam ada yang tak kena).

4.55 : Bertolak ke Bukit Jalil dengan LRT. Suasana dalam LRT penuh dengan 'gelombang merah' memenuhi gerabak LRT. Amoi yang pakai baju merah pun disakat menyokong wira merah.

5.25 : Sampai di Bukit Jalil. Sekali lagi gelombang merah melanda LRT.

7.30 : Peminat telah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil. Keadaan agak berasak-asak tetapi terkawal. Suasana dalam stadium amat menggamatkan. Namun yang tak sedap percikan dan letupan bunga api mendominasi sorakan peminat setia kedua-dua pasukan. Kalah raya cina.










8.50 : Perlawanan di mulakan agak lambat. 5 minit pertama amat mengujakan. Namun minit-minit berikutmya amat-amat mengecewakan. Hancur. Serba tidak menjadi. Kijang mabuk lampu. Pahlawan kalah sebelum berjuang. Begitulah gambaran permainan yang ditunjukkan oleh pasukan wira merah.

9.30 : Separuh masa pertama tamat ketinggalan 0-1 amat mengecewakan para peminat. Gol mudah hasil kealpaan pertahanan, merentap terus semangat puluhan ribu peminat (pemain juga saya rasa).

9.45 : Separuh masa kedua bolos lagi satu gol hasil ketidaksefahaman Halim Napi dan pertahanan. 2-0. Sepakan penalti menjadiikan kedudukan 3-0. Ramai peminat mula keluar stadium. Tapi saya masih menunggu untuk gol pertama wira merah. Akhirnya menjelma jua.

Suasana mula menjadi tidak terkawal, segelintir penonton wira merah mula bertindak liar (saya amat tidak suka perkara ini berlaku) dengan menjatuhkan kain rentang, membakar bendera, membakar kerusi, membaling objek, meletupkan bunga api dan menggoncangkan pagar bukan menggambarkan ssifat sebenar rakyak Kelantan. Amat tidak beradab mereka ini. Malu saya sebagai rakyat Kelantan.

10.40 : Perlawanan ditamatkan dengan kedudukan 3-1 memihak kepada jang hobin. Tahniah. Kecewa. Perit dan terkilan bila pasukan yang dilabelkan favourite kalah dengan jaringan yang besar, tidak menunjukkan prestasi sebenar. Bertambah perit bila menyaksikan Pasukan Jang Hobin dinobatkan sebagia Juara Piala Malaysia 2009.

Sunday, November 01, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 01, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini sudah tentunya hari yang amat menggembirakan seluruh peminat Wira Merah. 39 tahun adalah satu tempoh yang amat memeritkan dengan 'jatuh bangun' prestasi skuad Wira Merah ini bakal dinoktahkan pada 7 November ini.

Jujurnya sudah agak lama saya tidak mengunjungi stadium untuk menonton aksi 'wira merah'. namun minat saya untuk menyokong tidak pernah luntur (masih sama ketika zaman persekolahan dulu). Ketika menjejak kaki ke dalam Stadium Utama, saya menjangkakan aksi panas bakal terhidang pada malam ini. Melihat semangat peminat 'fanatik' Wira Merah ini dengan gelagat penyokong Singa Utara terdetik di hati ianya bakal mencetuskan'sesuatu'.

30 minit sebelum perlawanan bermula telahan saya tepat, apabila kedua-kedua penyokong pasukan saling berbalas balingan botol mineral dan letupan bunga api. Akibatnya penyokong kanak-kanak Wira Merah terpaksa dibawa ke hospital kerana kecederaan di kepala akibat letupan bunga api, sehingga memaksa pihak polis merentangkan 'yellow line' bagi mensempadankan kedua-dua penyokong. Nampaknya kedua-dua penyokong agak 'keghas keng' malam ini.

Perlawanan yang bermula sedikit lewat agak mendebarkan di mana kedua-dua pasukan gagal mendapat rentak. Singa Utara dilihat bakal memadamkan defisit dari Kota Bharu dengan kesungguhan dan ketekunan para pemainnya. Namun jaringan hatrik Norfarhan gagal menggugat kemaraan Wira Merah ke Bukit Jalil . Sekaligus mengecewakan skuad Singa Utara untuk meraih imbuhan RM65, 000 dari YB Arau Dan Kerajaan Negeri.

Tamat permainan suasana menjadi semakin tegang apabila para penyokong Singa Utara menyekat pintu keluar yang dikhaskan untuk penyokong Wira Merah. Akibatnya atas nasihat polis, ratusan penyokong terkandas dalam stadium termasuk saya (Ustaz Saifudin SMKDJH, Ustaz Rahimi IPG Perlis pun ada). Agak mencemaskan bila berada dalam stadium sambil tertunggu-tunggu balingan bunga api, batu, siput dan kayu menimpa kepala. Jam 11.45 baru susana agak tenang bila polis meng'escort' penyokong keluar. Hati saya terdetik : agaknya beginilah perasaan mereka yang terperangkap dalam rusuhan barangkali.

Malang bagi penyokong Wira Merah, kerana sebahagian dari kenderaan mereka dipancitkan tayar, dipecahkan side-mirror, no plate, signal oleh penyokong Singa Utara yang agak tidak stabil emosinya. Namun bekal kemenangan mengatasi segalanya. Saya agak kagum juga dengan penyokong Wira Merah pada malam tadi. Biasanya mereka yang penuh dengan semangat 'keghas keng' akan tunjuk 'gedeber' terlebih dulu, tetapi mereka sangat-sangat bertolak ansur pada malam tadi. Ajaib!

Apapun TAHNIAH buat skuad Wira Merah. Semoga 7 November nanti bakal menjajnjikan sesuatu yang lebih manis. Jadikan kegagalan final Piala FA April lalu sebagai azimat berguna menentang Jang Hoben nanti. Semoga impian menjadi kenyataan.

Gomo Kelate Gomo.


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter