actions speak louder than words

Thursday, October 29, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, October 29, 2009 in , | No comments
Salam.

Saya percaya berita tentang insentif khas yang akan diberikan kepada pendidik yang berjaya menaikkan nama sekolah atau institusi disambut baik oleh semua pihak khasnya para pendidik. Insentif khas itu dikatakan akan diraih oleh segenap lapisan pendidik di sekolah termasuk dari pengurusan tertinggi (pengetua) sampai kepada lapisan bawahan (para guru).

Walaupun bentuk insentif khas itu belum diputuskan secara tetap sehingga akhir tahun ini (dikatakan akan diberikan dalam bentuk fulus : nilaiannya sebulan atau dua bulan gaji), namun itu bukanlah menjadi persoalannya.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah dari sudut mana ukuran dan penilaian akan dibuat bagi memuktamadkan sekolah yang berhak. Jika dinyatakan penilaiannya bukan saja didasarkan kepada kecemerlangan peperiksaaan sahaja bahkan lebih kepada isu kepemimpinan di sekolah dan kriteria-kriteria lain. Apa kriteria-kriteria lain ni?. Adakah sama dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Annex? Sama-sama kita tunggu pengumumannya akhir tahun ini.

Saya berpendapat pihak kerajaan (KPM) sepatutnya memperkasakan isu 30 sekolah Kluster terawal yang telah dilaksanakan pada 2006 dulu, di mana matlamat tuntasnya adalah memperkasakan kecemerlangan mengikut bidang atau 'kluster' masing-masing. Namun begitu matlamat ini nampak samar (walaupun dah 3 tahun berlalu) dan banyak lagi yang belum terlaksana seperti isu guru di sekolah kluster :

  1. memenuhi kriteria guru cemerlang.
  2. pengekalan prestasi untuk kekal.
  3. boleh dapatkan pakar dalam niche area.
  4. nisbah kelas dan guru 1:2

Itu belum bincang isu akauntabiliti pemimpin sekolah dan autonomi sekolah. Banyak perkara yang masih jauh dari jangkauan dan belum nampak keberkesanannya. Antara lainnya yang pernah dibincangkan tentang insentif untuk guru-guru di sekolah Kluster yang masih belum dimuktamadkan. Adakah pengumuman ini menjadi titik noktahnya? Jika benar bersyukurlah para guru.

Apa yang penting ketulusan dan keikhlasan dalam menilai pencapaian guru perlu diutamakan.

Wallahua`lam.

Sunday, October 25, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 25, 2009 in , | No comments
Salam.

Sekarang ni tengah berlangsung Mini MAHA (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) 2009. Dah masuk hari last dah pun. Buat kat depan rumah saya di Changloon ni. Programnya bagus tapi promosinya nampak macam tak bersungguh je.

Saya memang minat dengan pertanian ni, maklumlah darah daging petani, 'pure' kampung mari. Dibesarkan dengan bau-bauan lembu dan kambing, kebun getah menjadi 'taman permainan' bahkan saya lebih teruja berada di rimbunan hutan berbanding , 'rimbunan' batu bata moden sekarang.

Rumah saya yang sekelilingnya batu dan pasir ni pun saya cuba sedaya upaya jadikannya 'hijau' macam kat kampung sana. Tapi 'kehijauannya' agak terbatas atas faktor cuaca. Panas sangat kat utara ni. Payah pokok nak hidup.

Namun begitu saya tidak berkesempatan menjengah di awal pelancarannya, kerana terpaksa ke USM P.Pinang pada hari Jumaat lepas dan balik sini semula petang tadi. Jadi terlepaslah beberapa program awal yang bermanafaat seperti kuliah oleh Y.Bhg. Ust Dato Abu Hasan Din al-Hafiz (Jumaat malam hari itu). Lama dah dengar ceramah Y.Bhg. Ust Dato Abu Hasan Din al-Hafiz ni tapi apa nak buat, tak ada rezki.

Insyaallah petang sikit ingat nak berkunjung juga ke MAHA ni, bawa anak-anak tapi macam nak hujan pulak. Semoga Allah permudahkan segala. Amin.


Sunday, October 18, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, October 18, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hangat juga isu penarafan universiti seluruh dunia THE-QS bagi tahun 2009 baru-baru ini. Ada yang mengiktiraf keputusan tersebut dan tak kurang juga ada yang agak sinikal lagi tak berpuas hati. Setiap mereka ada hujjahnya yang tersendiri.

Pada saya adalah adil seseorang itu mengutarakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap sesuatu, apatah lagi ianya melibatkan diri atau organisasi yang dinaungi atau diterajuinya. Itu sudah lumrah alam. Namun begitu, rasa ketidakpuasan itu bukanlah satu ukuran yang menjadikan hujjahnya itu diterima pakai oleh orang lain apatah lagi mendapat pengiktirafan.

Baru-baru ini (13 oktober) di Utusan Malaysia, saya ada membaca tulisan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor Universiti Sains Malaysia) : "Bencana Penarafan Universiti?" di mana tulisannya banyak memperkatakan tentang ketidakadilan dan ketidakseimbangan dalam menentukan kedudukan dan penarafan universiti-universiti di seluruh dunia.

Sehingga dikatakan wujud di dalamnya unsur-unsur "rasuah" (jika benar kenyataan Prof. TSDAR) sehingga menjadikan universiti yang mendapat pengiktirafan itu akhirnya akan menjadi seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa mempedulikan sedikitpun nilai kejujuran dan keluhuran dalam kelimuan yang akhirnya akan menjerumuskan mereka semata-mata ke arah nilaian komersial yang tidak bermaruah.

Sekalipun begitu, saya secara peribadi juga percaya bahawa pihak THE-QS telah menetapkan kritirea-kritiria yang tertentu untuk dijadikan bench-marking kearah penarafan yang diterima pakai oleh semua. Apapun tulisan dan pandangan Prof. TSDAR juga tidak boleh diketepikan begitu saja. Semoga para penaung dan pentadbir universiti-universiti di Malaysia menjadikan isu ini sebagai cabaran.

Wallahua`lam.


Wednesday, October 14, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, October 14, 2009 in , , , | No comments
Salam.

Semasa entry ini ditulis pelajar form 3 sekolah saya gegak gempita, senyum melebar. Gembira sungguh nampaknya. Macam lepas hutang seribu. Gembira itu tak salah tapi biar kena pada tempatnya dan kenalah berpada-pada. Takut nanti terlebih gembira, kecewa pula nanti.

Begitulah lagak dan gaya pelajar sekarang ini, tuntutan akhlak dan adab diketepikan kerana meraikan sesuatu yang belum tentu hala tujuan dan hasilnya.

Namun begitu TAHNIAH juga kepada semua pelajar kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab yang terpikul dibahu. Sebaliknya sebagai pendidik seluruh harapan dan doa dirafa`kan pada yang Esa untuk kejayaan anak didik tercinta. Semoga dimakbul segala doa. Amin.

Wassalam.

Saturday, October 10, 2009

Posted by yuss yusoff on Saturday, October 10, 2009 in , | 2 comments
Salam.

Gundah gulana dan marah sungguh segelintir rakyat Indonesia dengan isu tarian Pendet ni. Marah mereka semakin marak, sama maraknya marah mereka dengan isu angklung dan batik suatu waktu dulu. Lucunya rasa marah mereka semakin membuak-buak kepada Malaysia dan rakyatnya hanya kerana sebuah tarian. Ntahla apa istimewanya Pendet ni. Kalau batik fahamla juga.

Agak malang sungguh kalau orang Islam mempertahankan 'hak tarian' sebegitu rupa. Sehingga menggunakan segala tenaga usaha yang merendahkan secara nyata akhlak dan martabat diri : termasukla isu buluh runcing, pengusiran dan sebagainya.

Tapi saya mengandaikan tarian yang popular di Indonesia (Bali) itu hanyalah menjadi kemaruk si kelompok Hindu di Bali. Biarlah! apa perlunya mempertahan hak untuk perkara sebegituitu. Merugikan, langsung tidak menguntungkan. Bahkan kalau kita sengaja 'menenggelamkan' diri dengan keasyikan tarian tersebut, tidak mustahil bahkan hampir pasti bakal merubah akhlak dan akidah... Wal`iyazubillah. Lihat sajalah DISINI


p/s :Agak lucu juga bila sahabat-sahabat saya di sekolah menyarankan agar hentikan segera bantuan kemanusian kepada Indonesia...emosional juga sesetengah rakyat Malaysia ni.

Wallahua`lam.



Friday, October 09, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, October 09, 2009 in , , | No comments
Salam.

Tahniah atas penarafan UM sebagai universiti ke 180 terbaik dunia. Rasa bangga juga bila universiti tempat saya menadah ilmu ini mendapat penarafan sebegitu rupa, berjaya menempatkan diri dalam 200 terbaik dunia. Sekaligus berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu.

Walaupun ianya bukanlah yang terbaik (berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, China, India dan Hong Kong) namun ianya agak melegakan sekaligus menangkis hujjah-hujjah pedas si pengkritik terhadap universiti tertua itu.

Pencapaian ini juga pada awalnya agak mengejutkan banyak pihak seperti Don Olcott (Head of the Observatory on Borderless Higher Education ) yang dipetik berkata :

"Are we really naive enough to think that China, India, Malaysia, South Korea, the Gulf states and others do not want to build long-term, high-quality, sustainable university systems?" he told Times Higher Education.

Times Higher Education-QS World University Rankings 2009: full coverage and tables


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter