actions speak louder than words

Sunday, June 28, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, June 28, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini tirai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Zon Utara 2009 berakhir. Perasmian penutupannya dilakukan oleh En. Nuzrin Nuiman, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perlis.

Sebelumnya, perlawanan akhir bolasepak antara pasukan SMK Derma (Perlis) dengan Penang Free School (Penang) berlangsung penuh debaran. Perlawanan itu akhirnya menobatkan Penang Free School sebagai Johan selepas aksi sepakan penalti 3-0.

Perlawanan yang berlangsung sengit di awal permainan sehinggalah ke masa tambahan tanpa sebarang jaringan. Permainan kedua-dua pasukan agak seimbang, namun SMK Derma dilihat lebih menguasai permainan dengan menggunakan pelbagai strategi serangan untuk mematahkan benteng lawan namun tidak berjaya. Manakala Penang Free School berjaya dengan taktikal bertahannya dengan 5 pertahanan.

Namun kegagalan memanafaatkan beberapa peluang keemasan pasukan SMK Derma, terpaksa berputih mata kerana gagal memecah 'badi kejohanan' : Naib Johan selama 4 tahun percubaan dalam perlawanan akhir.
Pujian harus diberikan kepada pasukan SMK Derma, selepas melalui pelbagai halangan dalam pasukan (kecederaan dan kad merah) namun berjaya juga menyajikan perlawanan yang menarik dan memberangsangkan (4 perlawanan tanpa kalah).

Tahniah juga kepada pasukan Bola Jaring SMK Derma yang meraih Naib Johan selepas tewas kepada juara bertahan, SMKT Bukit Mertajam. Dua pemain SMK Derma dipilih sebagai pemain terbaik Phim a/p Eran (Bola Jaring) dan Mohd Iqman Mohd Noor (Bolasepak).

Tahniah untuk semua kontijen SMK Derma semoga tahun hadapan lebih gemilang.
Maju Derma Maju Derma.

Thursday, June 25, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, June 25, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini bermula Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Premier Zon Utara 2009. Ia melibatkan 15 buah sekolah dari 3 negeri (Pulau Pinang, Kedah & Perlis sebagai tuan rumah) yang akan bertanding dalam tiga acara iaitu Bola Sepak, Hoki dan Bola Jaring.

Acara Bola Sepak telah bermula pada jam 4.00 petang tadi. Perlawanan pertama telah berlangsung di padang SM Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, menemukan pasukan SMK Derma, Kangar, Perlis dengan SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.

Perlawanan yang berat sebelah itu telah dimenangi oleh SMK Derma dengan jaringan gol yang besar iatu 6-0.

Tahniah untuk kontijen pasukan Bola Sepak SMK Derma! Semoga pencapaian dapat diteruskan dalam perlawanan kedua menentang SMK ST. Xavier esok (26 Jun 2009) jam 4.00 petang.


Monday, June 22, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, June 22, 2009 in , | No comments
Salam.

Sambutan Hari Bapa telah pun berlalu, sejujurnya saya tidak pernah menyambut hari bapa dengan kera`ian kad, kek ataupun tiupan lilin. Itu jauh sekali. Bukan bermakna tiada sekelumit penghargaan buat insan bergelar "ayah", Namun saya merasakan ianya wajar dijelmakan melalui tindakan yang sememangnya hanya difahami oleh insan yang bergelar anak dan bapa.Dan sememangnya itulah amalan saya.

Balik ke kampung cuti sekolah yang lepas, agak berbeza kali ini. Ketara kesihatan Ayah agak lemah, walaupun cuba tunjukkan muka ceria melayan cucunya, maklumlah jarang berjumpa. Kerut dahinya menggambarkan segala.

Walaupun mengambil masa yang lama untuk "serasi", kesabaran untuk bemesra dengan cucunya (kadangkala payah untuk saya amalkan) menjadikan saya kagum dengan sikap Ayah.

Teringat zaman persekolahan dulu. Ayah cukup tegas orangnya, maklumlah guru Quran katakan. Pantang silap sikit, mesti kena. Sebatan rotan jadi "trademark" . Tiada siapa yang berani mendongak kepala apabila dia menyinga, termasuk la kami adik beradik, sepupu dan anak murid Qurannya. Tapi saya bersyukur kerana "trademark"nya lah saya menjadi. Amat berbekas ajarannya.

Itu dulu, sekarang ayah sangat-sangat berbeza pewatakannya (mungkin faktor usia), mudah berlembut walaupun sekali sekala agak tegas. Banyak perkara kami anak beranak bercerita. di serambi rumah yang tidak siap-siap itu, bermula dari masaalah keluarga (kami adik beradik), karenah jiran, anak getah dimakan babi, kisah menoreh, lembu kambing, sehinggalah kepada pengundian di Manik Urai.

Agak lancar cerita ayah walaupun sesetengahnya saya anggap rahsia besar (keluarga kami) Mungkin saya anak yang sulung. Lebih dipercayai? Agaknya..

Kadangkala saya cuba praktikkan gaya laku ajaran Ayah kepada saya (dan kami adik beradik ), kepada anak saya, namun kebanyakan tidak berjaya...barulah saya tahu betapa susahnya menjadi seorang Ayah yang berbkati..Berkeras sikit anak merajuk, berlembut sangat nampak macam tidak patuh...Itulah kredibiliti seorang Ayah yang tidak boleh dibeli...walaupun cuba diikuti...

Semoga berbahagia Ayah dan terus menginspirasi...Amin Ya Rabbal `Alamin...
Posted by yuss yusoff on Monday, June 22, 2009 in , , | No comments
Salam.

Sabtu lepas (20 Jun 2009), saya berkesempatan mengiringi 17 pelajar sekolah saya (SMK Derma) menyertai Pertandingan Lalulintas SHELL yang diadakan di Sungai Batu Pahat Perlis.

Pertandingan yang disertai oleh 14 buah sekolah menengah dan 16 buah sekolah rendah seluruh Perlis yang ratanya berjumlah 450 orang pelajar, mempertandingkan 3 kategori utama iaitu pedalcar, basikal dan pejalan kaki. Selain ujian bertulis dan ujian berkomputer yang telah diadakan sehari lebih awal.

Pertandingan yang bermula jam 8.45 pagi berakhir sekitar jam 1.30 petang, telah di rasmikan majlis penutupannya oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato` Seri Dr. Md Isa Sabu.

Secara peribadi saya merumuskan program tanggungjawab sosial SHELL ini merupakan satu pendidikan jasmani dan rohani yang sangat baik untuk generasi muda. Ini kerana kita rakyat Malaysia mempertaruhkan nyawa yang bukan sedikit dalam kemalangan jalanraya saban tahun. Harapnya program sebegini dapat memberi kesedaran di usia muda.

Jesteru tu tidak hairanlah program ini telah berjalan lebih 50 tahun dan akan dilaksanakan bagi tempoh 50 tahun lagi (janji Pengurus Besar SHELL Wilayah Utara : Calvin Eng)
Alhamdulillah pasukan SMK Derma, telah berjaya menjadi Naib Johan Keseluruhan, Naib Johan Berbasikal, Keempat Pejalan kaki, Naib Johan Ujian Berkomputer dan Naib Johan Ujian Bertulis. Kejayaan ini berjaya memperbaiki kedudukan pada tahun lepas (keempat).

Tahniah diucapkan.

Friday, June 19, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, June 19, 2009 in , | 2 comments
Salam.

Heboh satu "Malaya" bila TGNA berdehem sikit. Dehemannya agak bertenaga kali ini, apabila dilaporkan mendesak insan nombor dua dalam organisasi PAS, melepaskan jawatan dalam organisasi dan Parlimen.

Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa agaknya "deheman" TGNA kali ini agak bertenaga berbanding biasa yang selalunya melankolik tapi penuh berhemah dan berbekas.

Dalam pertanyaan dan agakan itu ramai juga yang tersasar dalam menafsirkan maksud dan tujuan sebenar TGNA. Ini termasuklah beberapa ahli akademik (yang malap jiwa dan mindanya dalam mengenali hati budi seseorang) yang bertaraf profesor . Kenyataan mereka ini disiarkan dalam Berita Harian dan akhbar2 yang lain.

Bagi sesiapa saja yang pernah bersemuka, bertemu muka, bersalaman, menziarahi, berurusan, bekerja dan hidup bersama dengan TGNA, kenyataan oleh pensyarah dan seorang yang bergelar profesor ini amat dangkal dan dungu. Di sini saya copy pastekan kenyataan tersebut sekiranya ianya tidak dapat dicapai:

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata tindakan berkenaan jelas bertentangan dengan prinsip parti itu yang melaungkan demokrasi, tetapi bertindak secara autokratik.

“Ia jelas menggambarkan Nik Abdul Aziz sebagai seorang yang tidak demokratik walaupun sebelum ini melaung dan menuntut demokrasi.

“Tindakan itu juga membuktikan kepemimpinan Pas hari ini tidak boleh menerima pandangan atau pendapat orang lain, tidak boleh berlaku percanggahan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan terbabit yang meminta Nasharuddin meletakkan semua jawatan yang disandangnya kini dan menyertai Umno jika terus menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Sementara itu Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata Nik Abdul Aziz menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan kerana bimbang kedudukannya terjejas.

Katanya, ketika pembentukan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional pada 1973 hingga 1977, sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Datuk Asri Che Muda, Nik Abdul Aziz gagal mendapat sebarang kedudukan istimewa.

“Pada saya apa yang beliau (Nik Abdul Aziz) serik untuk bekerjasama dengan Umno dan BN ialah bimbang sejarah hitam yang dilaluinya akan berulang kembali, selain bimbang dengan kedudukannya kini.

“Sewaktu kerajaan campuran Pas tidak menderita yang menderita adalah Nik Abdul Aziz, walaupun beliau menang setiap pilihan raya, namun dipinggirkan Presiden Pas ketika itu,” katanya.

Dari kenyataan tersebut secara jelas menyatakan TGNA amat materialistik, gila kuasa dan kedudukan, tidak demokratik dan autokratik. Wal`iazubillah..

Untuk lebih mencerahkah hati dan jiwa yang kelam sama-sama berkunjung ke Pulau Melaka. Insyaallah akan jernih la ia.


Wednesday, June 17, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, June 17, 2009 in | No comments
Salam.

Masih lagi hangat dengan isu "penghadan" matapelajaran yang perlu diambil untuk peperiksaan SPM. Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam entry sebelumnya, perlu ada pengkajian yang khusus sebelum diwarwarkan pelaksanaanya, agar tidak mengganggu gugat atau memnggusarkan pihak lain khusnua sekolah-sekolah aliran agama.

Walaupun sebahagian besar dari kita menganggap isunya sudah hampir selesai dengan pengumuman pihak Kementerian Pelajaran melalui Menterinya yang membenarkan pihak sekolah agama mengambil 11 mata pelajaran, namun bagi saya isunya juga amat-amat merugikan pelajar yang sememangnya amat berpotensi.

Apatah lagi ianya seolah-seolah tiada perancangan khusus tentang pelaksanaanya. Apabila adanya rayuan dari pihak sekolah-sekolah aliran agama barulah pihak kementerian "melonggarkan" syaratnya. Ia juga nampaknya berlawanan dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan 'permata gemilang' bagi negara.

Apa jua keputusannya diharapkan ianya menzahirkan cita-cita melahirkan anak bangsa yang celik jiwa dan mindanya.

Monday, June 01, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, June 01, 2009 in , | No comments
Agak lama tidak menulis, kesibukan tugas membataskan segala-segalanya. Namun sedikit kelapangan yang dikurniakan untuk guru-guru memberikan banyak kelegaan sebenarnya. Tidak terhingga ucapan syukur kepada yang Esa didahulukan.

Keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh pihak Kementerian Pelajaran telah diwar-warkan kepada umum. Walaupun belum nampak implemen yang tuntas tentang perkara tersebut (kerana melibatkan banyak pihak dan birokrasi), namun gayanya semacam direalisaikan secepat yang mungkin.

Pada hemat saya alasan yang gunapakai oleh pihak Kementerian (khususnya melalui Menterinya) untuk melunaskan agenda baru ini, iaitu mengimbangi masa pelajar supaya tidak semata-mata tertumpu kepada kurikulum bahkan melibatkan diri dalam kokurikulum, bukan satu alasan yang kukuh bahkan agak ganjil bagi saya.

Umum mengetahui pelajar yang mengambil lebih mata pelajar adalah pelajar yang sememangnya berkeyakinan dan berpotensi tinggi untuk mencapai kejayaan ni telah dibuktikan oleh Sdr Nur Amalina Che Bakri (17 1A 2004, Johor) Azali Azlan (21 A 2007, Kedah) dan terbaru Nik Nur Madihah (20 A 2008, Kelantan). Saya sangat-sangat percaya mereka ini telah diyakini kemampuan masing-masing oleh guru-guru mereka dan bahawasanya mereka juga mampu menangani apa jua situasi yang menghalang.

Sudah tentunya pelajar yang terkedepan ini melibatkan diri dalam kokurikulum yang berbentuk koku akademik seperti syarahan, kuiz, pidato & sebagainya. Mungkin mereka ini agak tengelam dalam koku sukan, tapi percayalah dengan keazaman yang ada bakal mengatasi segalanya.

Apa akan jadi dengan pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sekolah-sekolah SAR, SAN dan SABK di negeri2 lain seperti Johor dan Selangor dan sebagianya, yang sepengetahuan saya lebih awal dan telah lama dulu mengambil lebih dari 10 matapelajaran dan telah mencatat rekod lebih dari 10 A?(walaupun tidak diwar-warkan oleh media arus perdana).

Apakah idea ini benar-benar menghasilkan pelajar serba boleh? atau kita sekadar membataskan kemampuan, kebijaksanaan dan potensi insan-insan terpilih?. Sama-sama fikirkan!

Wallahua`alam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter