actions speak louder than words

Tuesday, March 31, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, March 31, 2009 in , | 6 comments

Semoga Allah mengurniakanmu keberkatan usia
untuk kehidupan yang lebih bermakna dan diredhaiNya.
Insyaallah!
Posted by Picasa

Friday, March 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, March 13, 2009 in , , | No comments
Semalam (kemarin kata orang Perlis) keputusan SPM 2008 telah diumumkan dengan rasminya. Pelbagai riak terukir di wajah pelajar2, ada yang berdebar, teruja, cemas dan tak kurang juga yang kaku diri seolah2 tiada apa yang penting sangat dengan suasana yang sebegitu.

Alhamdulillah SMK Derma telah mencatat keputusan membanggakan dengan 7 pelajar mendapat straight 1A dan 21 pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil cukup mengujakan pelajar2 terbabit, guru2 bahkan ibubapa2. Tahniah di atas usaha keras masing2 dan kerjasama dan sokongan hebat PIBG sekolah bawah pimpinan Che Mat Noh! Jazakallahukhairan!

Kedatangan Tuan Pengarah Pelajaran Perlis mengesahkan lagi keputusan sekolah memang membanggakan. Alhamdulillah syukur, semoga anak-anak pelajar mencapai apa jua yang di cita-cita kan baik di dunia mahupun di akhirat. Man Jadda Wa Jada

Err... dengar khabar SMSSI (SBPIM) juga dapat result yang cukup membanggakan. TAHNIAH kepada semua warga SMS Sultan Iskandar Mersing & Ust Wan Nazri PPPD Kurikulum Mersing.

Thursday, March 12, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, March 12, 2009 in | No comments
Malam semalam saya bersama isteri dan anak berkesempatan menghadiri Wacana Warisan Kedah di Auditorium Perpustakaan Negeri Kedah. Pada mulanya saya agak teruja untuk mengikuti diskusi ilmiah tentang sejarah Kedah ini, khususnya dalam slot yang pertama yang bermula jam 9.00 mlm itu yang menampilkan ahli panel dari UM iaitu Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali.

Tetapi perasaan teruja saya langsung terhakis bahkan semangat untuk menadah ilmu semakin menjauh lantaran kata-kata 'celupar' ahli panel yang kedua dari USM Prof. Madya Dr Mohd Isa Othman yang membincangkan ruang lingkup 'Politik Moden di Kedah".

Cukup mengguris hati sesiapa saja yang mendengarnya. Apa tidaknya, cuba fikirkan "Kalau UMNO mahu merampas kembali Kedah maka perlu di bom pondok2" . (kerana pondok2 telah melahirkan ramai pemimpin2 PAS di Kedah-kata2nya terlebih dulu). Masyaallah! Apa salahnya pondok2 di Kedah? Berdosakah orang yang menuntut ilmu di pondok2?

Pada hemat saya kata2 ini tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang ahli akademik yang bergelar profesor!, kecualilah pembentangan kertas kerja itu mempunyai agenda yang tersembunyi di sebalik objektif asal yang dipaparkan di pamplet.

Dato` Taha (saya pun tidak kenal tapi ahli panel mengenalinya). Orang yang hebat juga pada hemat saya kerana ahli panel dalam pembentangannya telah memerli beliau yang dulunya sibuk dengan demonstrasi jalanan sehingga tertinggal sijil2, telah bangun dalam sesi soal jawab meluahkan perasaan tidak puas hati atas kata2 nista itu, kerana beliau juga adalah dari didikan pondok.

Sedikit terubat hati saya, walaupun begitu perasaan teruja saya sama sekali telah luput habis digantikan dengan perasaan menyesal kerana hadir di majlis cercaan begitu. Saya serta merta memutuskan untuk pulang sahaja ke Changloon walaupun majlis soal jawab masih lagi berlangsung. Semoga Allah SWT merahmati saya kerana hadir di majlis sebegini, tetiba saya teringat akan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 26 yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Semoga mereka yang sombong bongkak bangga diri dengan sedikit kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, akan insaf akan kelemahan dan keceluparan diri. Astaghfirullahal`azim.

Monday, March 09, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, March 09, 2009 in , | No comments
Hari ini Maulidurrasul disambut serentak di seluruh negara, dengan temanya tahun ini "wahdah pemangkin khaira ummah" . Sedap bunyinya walaupun agak kekok nak menyebutnya apatah lagi nak memahaminya (kata pelajar saya). Lucu juga bila dengar keluhan sebegitu tapi sebagai guru fahamlah kita di mana tahap penguasaan pelajar, khususnya dalam 'lughah'. (ringkas saja kata saya 'ia kacukan Arab Melayu').

Kalau ikutkan tiada sambutan yang direncanakan dalam kalendar negeri Perlis (Perlis satu-satunya negeri yang "terkeluar" dari program bulan dakwah tajaan JAKIM). Tetapi itu tidak menghalang sebahagian pelajar dan guru di sekolah saya dengan beberapa inisiatif dan kerjasama unit kurikulum, HEM dan koku maka sambutan tetap dijalankan walaupun agak sederhana dengan pengisian yang Insyaallah memanafaatkan pelajar dan guru.

Hari ini juga hari ulangtahun kedua 'maulid' bagi anak perempuan sulung saya kalau ikut kalendar Hijri (kalendarMelayu kata orang kampung). Walaupun ikut kalendar Masehi 31 Mac adalah tarikhnya. alfun mabruk anakku semoga menjadi anak yang patuh pada perintah dan larangan Allah SWT, RasulNya dan Ibubapa. Amin.


Sunday, March 08, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, March 08, 2009 in | No comments

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter