actions speak louder than words

Tuesday, February 24, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, February 24, 2009 in | No comments
Sebenarnya saya baru balik dari menghadiri Seminar Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Pan Pacific KLIA dari 19-21 FEB lepas. Seminar 2 hari anjuran YADIM, YADMI, KPM dan KPT ini sangat menarik. Syukur kepada Allah SWT kerana mentakdirkan saya hadir di majlis ilmu bertaraf global ini. (sepatutnya saya perlu berada di sekolah untuk hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahunan).

Sesuai dengan kehendak semasa yang memungkinkan masyarakat memerlukan penerangan dan perincian yang jelas dan jitu melalui dawabit2 yang sahih lagi meyakinkan, maka pembentangan kertas kerja seperti "Ancaman Islam Liberal", Refleksi Pembaharuan ASWJ", Kerangka Spiritual Dalam Pembentukan Akhlak", Tasawuf dan Peranannya Dalam Pembinaan Kerangka Spiritual ASWJ" dll amat bertepatan.

Maklumlah sekarang ini banyak sangat anasir-anasir luar dan dalam, mula mempengaruhi peribadi, perlakuan, perkataan bahkan akidah seseorang sehingga saling menyalahkan sesama sendiri sampai sanggup mengkafirkan saudara seagama yang lain. Masyaallah!

Dengan kehadiran alim ulama terkenal Malaysia seperti Dr Uthman El Muhammady (Fellow ISTAC), Dr Mahmood Zuhdi (UIA), Dr. Idris Zakaria (UKM), Dr. Abdul Manam Mohamad (UDIM), Prof. Zakaria Stapa (UKM) dan pembentang kertas kerja dari Indonesia seperi Bapak Tarmizi Tahir ( Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia/Mantan Menteri Agama Indonesia), KH Maaruf Amin (Ketua Komuniti Fatwa Majlis Ulama Indonesia), Dr. H. Ahsin Sakho Muhammad (Rektor Institut Ilmu al-Quran, Jakarta) dan Prof. Dr. Sirajuddin Zar (Rektor Institut Agama Islam Negeri, Padang).

Terasa amat kecil diri ini apabila menyebut nama-nama di atas, apatah lagi duduk bergandingan dan mendengar pepatah ilmu dari mereka. Apapun saya dan 250 orang peserta yang lain termasuklan wakil dari IPT, PUM, Persatuan Ilmu Falaq dll, termasuk juga individu dan pesara-pesara seperti Tn Hj Dangiran (Bekas Pengarah JAPIM) semestinya dan sesungguhnya akan merasa bertuah kerana sedikit sebanyak dapat menyelami martabat ilmu-ilmu seperti tasauf, tauhid, feqh, sirah, hadis terutamanya yang bersangkut paut dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Allahuakbar

Monday, February 23, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, February 23, 2009 in , , | No comments
Minggu lepas adalah waktu yang paling sibuk. Dengan tugas dan tanggungjawab baru di sekolah, yang memerlukan saya memastikan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 49 SMK Derma berjalan lancar, merupakan satu tugas yang maha berat buat saya yang tiada pengalaman langsung dalam bidang koku ni.

Namun setelah semuanya bertungkus lumus dari mula rehearsal sampailah ke akhir kemuncak perasmian kejohanan, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, berjaya juga akhirnya. berkat kesabaran dan pertolongan sahabat-sahabat seperjuangan guru-guru yang memang arif dalam bidang koku ni dan tak lupa pelajar-pelajar yang tak jemu-jemu berusaha memastikan ianya berjalan seperti yang dirancang. Sedikit kelemahan dan salah silap minta diampunkan. BERUSAHA TETAP BERJAYA! Insyaallah! Syukran Jazilan semua. MAJU DERMA MAJU DERMA!

Hari ini pun kalut lagi kat sekolah. Keberangkatan DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke SMK Derma untuk Penganugerahan Kecemelangan dan Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra, walaupun sekejap je tapi persediaan ambil masa hampir dua minggu. Bagus juga ada program macam i berubah sakanla wajah sekolahku, kalau tidak ntah bila la nak berubah.

Tapi yang tak sedapnya persediaan yang lama telah dikaburi oleh kesilapan2 yang memang tak terduga! Dari upacara menaikkan bendera dan macam2 lagilah. Dirgahayu Tuanku! Itulah kuasa Allah SWT tiada siapa yang boleh menghalangnya dari berlaku sesuatu peristiwa baik atau buruk. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang (pelaksana) !

Saturday, February 07, 2009

Posted by yuss yusoff on Saturday, February 07, 2009 in | 1 comment
Salam, entry saya kali ini masih lagi tentang pelantikan mufti kerajaan negeri Perlis, tempat saya berkhidmat di jalan Allah SWT (semoga Allah SWT meredhainya samada yang jahar dan sirr) .

Setelah memasukkan entry sebelum ini, adalah satu dua sahabat yang menegur tentang ucapan alaun saya, seolah-olah saya suka dan redha tentang pelantikan mufti baru ini. Ingin saya tegaskan saya bukannya penyokong golongan ini. TIDAK sama sekali!!

Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang yang amat alim untuk menilai keperibadian seseorang, tetapi saya percaya ianya boleh di atasi dengan menyelusuri bukti-bukti yang ada. Benarlah khabar yang mengatakan ada sebab utama yang kukuh tentang pelantikan mufti baru ini. Antaranya ialah asas kefahaman dan perjuangan yang sama dengan mantan mufti yang lepas! bahkan ianya dikatakan dicadang oleh mantan mufti itu sendiri.

Bagi saya ada juga benarnya, mustahil tidak ada seorang pun di utara ini walaupun bukan dari negeri Perlis yang layak memegang jawatan yang mulia itu!

Mantan mufti yang lalu penuh dengan kontroversi yang sukar dijangkakan, bahkan ada sebahagiannya menyebabkan keadaan agak berkocak di negeri Perlis ini bahkan ada sebahagian lagi menggegarkan negara. (saya pernah tulis dalam entry yang lepas).

Persoalan layak atau tidak? saya serahkan kepada anda untuk menilainya :
sebagai maklumat tambahan anda boleh menyelusuri ke laman ini

http://al-hanief.blogspot.com/2009/02/50-sebab-kenapa-juanda-tidak-layak-jadi.html

Namun begitu besar harapan saya agar isu ini sampai juga ke penghujungnya walaupun itu hanya mimpi indah indah di siang hari, kerana dari apa yang ucapkan oleh mufti baru ini dalam wawancaranya, perjuangan mantan mufti akan diteruskan menggunakan uslub yang lebih lembut.
Sama-sama kita berdoa
agar Allah sentiasa meletakkan hati kita kekal di jalan yang benar,
AMIN.



Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter