actions speak louder than words

Thursday, January 29, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, January 29, 2009 in | No comments

Salam ukhwah ! selamat datang ! mufti Perlis yang baru :
Dr Juanda Jaya,
jauh berdagang dari Sarawak ke Perlis!

elakkan kontrovesi, tingkatkan prestasi!

ALLAHU AKBAR!!!


Wednesday, January 28, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 28, 2009 in , | No comments
Artikel ini saya copy paste dari laman harian metro tulisan saudara idris musa (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090123092948/Article/indexv_html). Ia menarik minat saya kerana ada kaitan dengan headline blog saya!

Dalam kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?
Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.


Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)

Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."

Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.

Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.

Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.

Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan.

Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.

Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.

"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."

Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.

Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.

Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.

Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.

Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.

Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.

Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.

Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.

"Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)

Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.

Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.

Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.

Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.

"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.

Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.

Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.

Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.

Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."

Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."

Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.

Tuesday, January 27, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 27, 2009 in , | No comments
sambungan...



gambar ini saya dapat dari email yang dihantar kepada saya...
Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 27, 2009 in , | No comments
sambungan...







Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 27, 2009 in , | No comments
Add Imagesambungan...

Remove Formatting from selection






Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 27, 2009 in , | No comments
Ini mungkin ada kaitan dengan permohonan satu pertubuhan Kristian untuk menggunakan nama Allah bagi melambangkan nama Tuhan mereka!


Friday, January 16, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, January 16, 2009 in , , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
Posted by yuss yusoff on Friday, January 16, 2009 in , , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah

Thursday, January 15, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, January 15, 2009 in , | No comments

Wednesday, January 14, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, January 14, 2009 in | No comments
Kesibukan di minggu-minggu awal persekolahan menghadkan masa saya ketika ini tambahan dengan tugasan yang baru memerlukan saya "study" keperluan memenuhi tanggungjawab di sekolah. Apapun isu yang semua orang mesti " cakna" kata orang kelantan, berita dan cerita keperitan hidup saudara seIslam di Palestine angkara Israel laknatullah. Menghadapi keperitan hidup untuk tempoh 16 hari bukanlah sesuatu yang mudah namun begitulah hakikatnya di Palestin kini.

Sejarah lama dan moden telah banyak membuktikan,(malahan telah diakui oleh ramai umat dunia) bahawa bangsa Israel, Yahudi atau Zionis (sebutlah dengan apa nama sekalipun) telah bersungguh-sungguh membuktikan hakikat kejahatan dan kekejaman bangsa yang mengaku sebagai "the choosen one " ini.

Namun begitu saya tidak berniat mengulas lanjut mengenai asal-usul pencerobohan Israel ke atas Palestine ini walaupun ada bekas pelajar saya meminta sedikit ulasan, mungkin ada blog atau website yang lebih bagus untuk diterokai. (maaf Irwan) seperti palestinkini dll.

Menarik juga isu yang dibawakan oleh radio IKIM.fm 2 hari lepas :

  1. Boikot?


2. Derma

3. Demonstrasi


Apa pilihan dan status kita?

Tuesday, January 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Tuesday, January 13, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah

Monday, January 12, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, January 12, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
Posted by yuss yusoff on Monday, January 12, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
Posted by yuss yusoff on Monday, January 12, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
Posted by yuss yusoff on Monday, January 12, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah

Friday, January 09, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, January 09, 2009 in , | No comments

Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
Posted by yuss yusoff on Friday, January 09, 2009 in , | No comments
Ini ada sedikit panduan untuk pelajar yang ingin menyertai pertandingan MTQ KPM khususnya dalam kategori syarahan. Selamat Berjaya!


Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah

Sunday, January 04, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, January 04, 2009 in | No comments

Mungkin belum terlambat mengucapkan TAHNIAH di atas pengiktirafan yang diperolehi oleh sahibussamah Dato` Seri Dr. Hj Harussani Zakaria, merangkap Mufti bagi Kerajaan Negeri Perak kerana diiktiraf sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 H bersama dengan seorang lagi cendekiawan Syiria Prof Dr Wahbah al Zuhaily.

Pengiktirafan sebegini sepatutnya diberikan liputan yang meluas oleh media, kerana para alim ulamak dan cendekiawan memainkan peranan yang cukup penting dalam memperkasakan kehidupan beragama. bak kata "ulamak adalah pewaris nabi-nabi".

Siapa yang tidak kenal dengan Mufti Perak ini, banyak kali media-media melaporkan isu-isu yang yang diulas atau diperkatakan oleh Dato` Mufti : dianggap kontrovesi padahal ianya merupakan pendedahan tentang kebenaran yang perlu dihapuskan agar tidak menjadi duri dalam daging bagi umat Islam di negara kita. Siapa yang pernah lupa tentang isu orang Melayu murtad, sureheboh haram, pertandingan SMS berbentuk judi, isu bollywood, kes liwat Dato` Seri Anwar, penggunaan botox haram
(sekadar menyebut beberapa isu).

Namun ada segelintir dari pemimpin Islam sesetengah pemimpin negeri di negara kita lebih gemar dan cenderung memberikan pengiktirafan kepada 'artis' yang hanya memberikan sekelumit sumbangan kepada rakyat (umumnya umat Islam), negeri mahupun negara berbanding mengiktiraf tokoh-tokoh cendekiawan agama dalam negara. Begitulah rendahnya mentaliti orang Islam.

Cuma saya sedikit khuatir apabila Dato` Mufti mengatakan beliau "tidak pernah ditekan" sepanjang menjadi mufti, walhal semua tahu bahawa bila ada isu-isu (seperti disebut di atas) Dato` Mufti mesti 'kena' oleh akhbar-akhbar yang didokong oleh orang politik. Macamana tu?

Jangan kerana diberi pengiktirafan oleh orang politik saja dah mula berubah haluan. Teruskan perjuangan Dato` Mufti.

Friday, January 02, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, January 02, 2009 in | No comments

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter