actions speak louder than words

Thursday, August 27, 2009

Posted by yuss yusoff on Thursday, August 27, 2009 in , | 1 comment
Salam.

Isu Kartika Seri Dewi Shukarno dengan kes araknya semakin hari semakin galak diberi ulasan. Ulasan yang galak tidak mengapa, namun yang salahnya ialah galak yang tidak kena pada tempatnya atau lebih tepat lagi ulasan secara semberono. Ada juga tulisan yang agak keras tentang isu tersebut yang boleh saya katakan sebagai kritikan. Kritikan yang membina dan berpaksikan ilmu (agama) adalah sesuatu yang digalakkan. Tapi kritikan dan pertikaian yang semberono hanya mengundang musibah. Waspadalah kerana ini hanya membenarkan kepada tanda-tanda akhir dunia di mana orang yang bukan ahlinya memperkatakan tentang agama.

Sedih juga bila kritikan pedas ini dilemparkan sesuka hati seperti contoh terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.(sehingga menggelarkan hakim itu 'bodoh').

Banyak ulasan atau kritikan yang dibuat oleh akhbar, majalah, blogger sebenarnya saling tak tumpah seperti 'anjing menyalak bukit'. Mereka sebenarnya tidak memahami apa sebenarnya isu yang berlaku.Buktinya banyak pertikaian diperkatakan antaranya :

1. Tepat dan adilkah hukuman sebat dilaksanakan pada seorang perempuan?
2. Bolehkah disebat apabila telah mengaku salah?
3. Bagaimana, dimana dan siapa yang akan melaksanakan hukuman sebat itu?
4. Adakah peruntukan undang2 (hukuman sebat) dan dirujuk dari kitab mana?
5. Tidak bolehkah kita bersikap adil dengan memaafkan saja kesalahan beliau berdasarkan faktor-faktor tertentu?
6. Tidak zalimkah kita melaksanakan hukuman sebegitu?
7. Takkan seorang saja yang disebat, peminum lain yang ramai macamana?

Persoalan dan pertikaian yang sebegitu sebenarnya jelasnya hanya menonjolkan kejahilan si penuturnya sahaja. Sepatutnya sebelum mengkritik, mengulas, mempertikaikan tentang sesuatu isu atau tindakan sesuatu pihak yang lebih berautoriti (Hakim) kita perlulah 'practitioner' dalam bidang tersebut .

Janganlah memperkatakan sesuatu secara berlebih-lebihan sehingga teramat sangat menonjolkan kejahilan kita. Jangan jadikan kemampuan akal yang serba terbatas itu sebagai paksi kepada hujjah-hujjah kita. Yakinlah bahawa Allah Maha Adil atas segala sesuatu. Sedarlah, semoga kita jauh dari terjerumus ke lembah kemurkaan Allah kerana mempertikaikan Kekuasaan dan Keadilan yang terang nyata. Na`uzubillah.

Sebagai maklumat tambahan bolehlah baca DI SINI.

Wallahu`alam.

Sunday, August 23, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, August 23, 2009 in , | No comments
Salam Ramadhan.

Malam kelmarin adalah malam kedua berterawih,saya bersama ayah, mak dan adik lelaki (yang datang dari kampung) bersama-sama bersolat tarawih di Masjid Ihya` Ulumuddin di Changlun.

Alhamdulillah ahli jemaahnya ramai seperti tahun-tahun sebelumnya. Menjadi satu kebanggaan tinggal di pekan kecil ini,kerana masjidnya berfungsi dengan baik sekali. Tak lekang dengan majlis-majlis ilmu walaupun pada bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sekalung tahniah untuk Ahli Jawatankuasa masjid.

Malam tadi berlaku perkara yang aak luar biasa di masjid ini. Sepanjang saya berjemaah di sini selama hampir 4 tahun seingat saya tak pernah berlaku peristiwa sebegini. Apabila selesai solat 8 rakaat, segelintir jemaah mula 'berundur' . Namun suasana dingin hujan dihangatkan dengan suara seorang kakak yang agak marah-marah dan tak puas hati.

Dalam keadaan bersesak dengan jemaah saya sempat bertanya, apa yang berlaku..rupanya beg tangan beliau telah dicopet semasa solat tarawih tadi..masyaallah dalam hati saya terdetik : masih ada lagi manusia yang berhati batu, walaupun telah diperdengarkan dengan segala macam kelebihan dan kebaikan di bulan mulia ini, tapi keburukan juga yang dipilih. Begitulah hakikatnya, kalau di masjid pun tidak selamat di luar sana apatah lagi.

Dalam benak saya asyik terfikirkan : bukan kisah si kakak yang kehilangan barang berharganya, (yang saya fikirkan sampai balik), namun siapakah si 'polan'yang terlebih dahulu "kehilangan" adab dan sopannya.

Friday, August 21, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, August 21, 2009 in , , | No comments
Salam.

Marah sungguh Pak Samad dan geng-geng GMP nya apabila Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (kerajaan) menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017. Bahkan itu dianggap sebagai penghinaan yang berterusan dan melanggar Akta Bahasa. Siapa nak jawab ni? Sabar Pak Samad.

Sebelum itupun KP Tan Sri kita bagi amaran tegas, mana-mana guru yang mengajar Sains dan Matematik sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Siapa nak pantau ni Tan Sri?

Rasanya kecut perut juga la sahabat-sahabat saya kat DERMA tu, "hang pa kena ingat skit amaran ni, jangan pandai-pandai sendiri pulak". Kasihan juga kat guru-guru kita yang tergagap-gagap nak sebut istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris ni.

Di sinilah untungnya saya, mengajar dalam Bahasa Melayu+Arab sikit dan guna juga perkataan Bahasa Inggeris yang telah diMelayukan : vitamin, provokasi : adalah dua tiga empat lagi. Sebab tu saya sokong penggunaan Bahasa Melayu.

Semoga maju jaya sahabat-sahabtku dengan PSSMI (ingat hang pa dapat elaun tau).
Posted by yuss yusoff on Friday, August 21, 2009 in , | No comments
Salam.

Ketika dan saat ini SPR dan SPRM adalah dua badan yang menjadi tumpuan semua. Masing-masing dalam suasana yang agak cemas apabila perlu menyelesaikan masaalah yang tidak kurang hebatnya. Bahkan keputusan yang bakal dibuat ini akan menentukan halatuju dan kecenderungan sokongan terhadap sesuatu pihak.

SPR :
  1. Perlu membuat keputusan tentang kesahan calon BN Rohaizat Othman yang bertanding di Permatang Pasir dikatakan terlibat dengan penyelewengan dan pecah amanah sehingga ditarik balik lesen guamnya. (Dah ada pendedahan te ntang kebenarannya : ) tunggu saja la. Ntah2 Yusri Ishak pulak yang kena. tengok je la.
  2. Perlu selesaikan status ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya kerana ketidakhadiranya di persidangan DUN. Nampak gayanya lepas ni bermacam-macam bukti yang timbul. Tunggu je la
SPRM :

Kes Teoh Beng Hock yang semakin rumit dan bercelaru ini. Dah terkeluar macam2 nama dan cerita (bukti barangkali) tapi nampak gayanya makin banyak pendedahan makin 'bias' la keputusannya

Apapun jawab-jawab.

Wednesday, August 19, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, August 19, 2009 in , | 3 comments
Salam.

17 hb yang lepas hari yang mengujakan buat saya, dikurniakan Allah SWT cahayamata kedua. Lelaki. Semakin besar rasanya tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang bapa. Semakin mengerti erti susah payah seorang bapa (ayah) membesarkan seorang anak dengan harapan diselimuti segala kebaikan, dipesongkan segala kemudharatan semata-mata untuk anak, semoga dikurniakan dan mencapai tujuan. dipermudahkan Allah SWT jalan untuk

Kegembiraan saya agak terbatas hari itu bila mendapat SMS dari sahabat saya Roslan Esa (bekas Pegawai Istinbat di Perlis sekarang di JAKIM Putrajaya) "Pak Halim meninggal pagi tadi"... Innalillaahiwainnailaihiraji`uun... teringat serta merta wajah guru saya di API UM dulu (94-99). Abdul Halim Mat Diah (Prof. Madya masa tu) : cukup sinonim dengan gaya, cakap dan ideanya persis rakyat Indonesia sejati, bahkan cukup mahir dengan sejarah, tamadun dan politik Indonesia, tak keterlaluan jika dikatakan allahyarham lebih mahir tentang selok belok Indonesia berbanding segelintir rakyat Indonesia sendiri.

Hilang sebutir permata entah bila kilauan baru akan menjelma. Semoga dirahmati Allah sentiasa atas ilmu yang dicurahkan selama masa.

al-fatihah...

Friday, August 14, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, August 14, 2009 in , | No comments
Salam.

Seperti kebiasaan setiap pagi, dalam perjalanan ke sekolah yang mengambil masa sekitar 35 minit, saya lazimnya akan mengisi halwa telinga dengan menekan punat stesen IKIM.fm. Rasanya dah dekat 4 tahun saya terbiasa begitu. Tahun-tahun sudah saya rasa amat bertuah kerana perjalanan saya yang bermula 6.30 pg ditemani oleh 'tazkirah' tafsir oleh Ustaz Zahazan diikuti oleh Dur Hikmah.

Sejak awal tahun ini, rancangannya sudah banyak benar berubah, mungkin atas kematangan usia 8 tahun radio IKIM, barangkali?. Sedikit sebanyak orang yang 'seperjalanan' dengan saya rugi kerana tak berkesempatan lagi mendengar Dur al-Hikmah (asalnya bermula slps tafsir) tapi telah dibah ke 7.30pg kerana dah sampai waktu kerja (di sekolah). Entahlah siapa sasaran (pendengar) untuk rancangan ini. Mereka yang masuk kerja pukul 8 barangkali.

Namun (minggu lepas kalau tak silap saya) terdengar bacaan deejay (Z&Z) tentang berita JAKIM yang 'mengharamkan' bacaan doa untuk menolak bala yang dikatakan diedar dan dipelopori oleh seorang ustaz, di mana andaian pihak JAKIM doa itu boleh mengelirukan dan 'menyesatkan'.

Apa yang dikesali, pihak berwajib macam tak bersungguh atas arahan untuk uamat Islam mengadakan solat hajat sebagai satu langkah untuk menghindari bala pandemik H1N1 ini, seperti bersungguhnya pihak berwajib 'mengiklankan' 1Malaysia. Seingat saya suatu ketika kita begitu bersungguh mengadakan solat hajat untuk kedamaian dan keselamatan rakyat Palestin setiap kali selepas solat Jumaat bahkan dimasukkan 'maksud tujunnya' dalam doa Jumaat.

Malangnya untuk bumi bertuah Malaysia semacam dianaktirikan, sepatutnya inilah yang diutamakan, bukannya saling menunding jari menyalahkan sesama. Sehingga entry ini ditulis hampir 50 kematian diakibatkan oleh H1N1+sakit kronik. Cukupkah dengan arahan memakai topeng muka?membasuh tangan berkali-kali?

Sedarlah di mana keutamaan kita..
Posted by yuss yusoff on Friday, August 14, 2009 in , , | No comments
Salam.

Pagi kemarin bila saya sampai kat bilik peperiksaan suasananya agak kalut. Kalut dengan celoteh guru-guru yang menguruskan bilik tersebut. Apa tidaknya pening bila memikirkan karenah guru-guru lain yang berurusan untuk mengambil atau menghantar soalan dan skrip jawapan. Ada yang tersalah ambil sehinggakan kawan-kawan lain terpinga-pinga mencari serata ceruk tempat. Ada yang lupa langsung nak ambil sedangkan paper lagi 5 minit nak mula.

Namun keadaan senyap seketika bila Cikgu Roslela bagitau dia dapat sms dari sahabatnya di KL kata Ustaz Asri Rabbani meninggal. Innalillahiwainnailaihiraji`uun..tetiba deringan sms hp saya berbunyi. Isteri saya mengkhabarkan berita yang sama. Baru kemarin saya baca berita, tentang konsert Rabbani di Konsert Antara Dunia. Teringat foto beliau dengan aksi melutut sambil mengalunkan lagu dengan penuh semangat dalam paper yang saya baca.

Seingat saya, dulu ahli kumpulan Hijjaz yang meninggal, lepas tu Raihan, ni ahli kumpulan Rabbani pula. Dalam hati saya cuma terdetik Allah Maha Berkuasa. Teringat pertanyaan salah seorang pelajar saya. Kenapa orang baik-baik mati cepat?

al-fatihah.

Monday, August 03, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, August 03, 2009 in , , | No comments
Salam.

Hari ini pelajar tingkatan 5 SMK Derma, secara rasminya menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. (tak termasuk yang ambil PSV@tasawwur-awal lagi la depa). Nampaknya ceria je muka depa, mesti tak tension : pasal hari ni paper BM, bertuah sungguh!

Mohon ampun dan maaf banyak2 sebab tak dapat tunaikan janji, nak bagi tips seminggu sebelum exam (Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya). Planningnya dah bagus tapi malangnya terpaksa bermalam 4 malam di wad PMC .

Apapun selamat berjaya untuk semua anak muridku. Insyaallah Allah bersama mereka yang sentiasa beriltizam dan berusaha.

Hayya bil Jihad!

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter