actions speak louder than words

Monday, July 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, July 13, 2009 in , | No comments
Salam.

Esok (14 Julai 2009) adalah hari penentuan antara dua parti politik terbesar tanah air sekali lagi mempamerkan kualiti sebenar kemampuan yang mereka miliki. kejayaan yang bukan hanya akan dicapai dan dikecapi untuk seketika cuma tapi bakal menentukan halatuju masing-masing.

Agak lambat saya mengulas isu PRK ini walaupun kawasan yang terlibat adalah negeri dan jajahan saya (tanah tumpah darah). Namun saya percaya tempoh 8 hari berkempen cuma satu tempoh saja. Kerana saya benar-benar yakin dan percaya bahawa para pengundi telah "memangkah" calon mereka lebih awal lagi. Idaman sudah tersemat dikalbu.

Kredibiliti kedua-dua parti pasti akan teruji dengan isu yang berlaku , baik PAS atau UMNO. PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan dan UMNO dengan isu kekalahan demi kekalahan bermula dari PRU 2008 hinggalah PRK 2009.

Saya yakin dengan taktik yang digunakan sejak sekian lama oleh UMNO iaitu menggunakan seluruh kuasa media elektronik dan cetak melakukan provokasi ke atas rakyat dan pengundi-pengundi kawasan terbabit hanya mengundang nahas yang maha hebat (merekodkan satu lagi kekalahan).

Agak lucu apabila saya mendengar janji-janji yang ditaburkan oleh wakil2 UMNO yang mahu menjadikan Manik Urai sebagai salah satu kawasan yang membangun?? Bila tu? Berapa bajetnya?

Lagi tergelak bila baca Utusan Melayu hari ini (m/s 4 hasil tulisan Mohd Kamil Yusoff) siap tulis "siapa yang berjanji dalam Islam wajib tunai kalau mungkir besar dosanya". (sangat sesuai ditujukan kepada pemimpin UMNO). Lagi lucu bila kaitkan kemiskinan yang melarat (kata kat orang Manik Urai la tu) dengan ketidaktenangan melakukan ibadat. Melarat sangat ke orang Manik Urai? Tidak tenangkah diaorang selama ini ?

Nampaknya UMNO tidak serik-serik, dengan mengutarakan isu-isu kemajuan kebendaan, infrasturktur, fizikal, peluang pekerjaan dan segala macam material (termasukla jambatan) kepada orang Kelantan adalah satu kesilapan yang amat besar. Apa sebenarnya yang rakyat Kelantan mahukan? bangunan pencakar langit? resort mewah? kilang bertaraf antarabangsa? Semuanya tersemat di hati, tepuk dada tanya iman.

Meminjam kata-kata Mohd Kamil Yusoff (Utusan Melayu) "mengundilah dengan akal fikiran" + iman (saya tambah).

Wallahu`allam.

0 comments:

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter